
Pelakon Mimi Lana meluahkan rasa bimbang susulan keadaan jerebu yang semakin teruk sehingga menjejaskan kesihatan dan pernafasannya.
Menerusi satu hantaran di Threads, Mimi mendedahkan dadanya terasa pedih selepas mengalami batuk yang tidak berhenti sejak semalam.
Menurut Mimi, keadaan jerebu yang dilihat dari luar rumah membuatkan dirinya berasa takut, malah dia tidak dapat membayangkan situasi yang sedang dihadapi penduduk yang turut sama terjejas.


“Dada rasa pedih sangat sebab batuk tak berhenti dari semalam. Tengok keadaan di luar rumah pun dah rasa takut.
“Kalau di Malaysia pun jerebu terasa macam ni, tak terbayang macam mana keadaan penduduk di Kalimantan tu. Ya Allah, sebak bila fikir,” tulisnya.
Titip Doa, Orang Ramai Jaga Keselamatan
Dalam masa sama, pelakon filem The Experts itu turut menitipkan doa agar segala urusan dipermudah, selain memohon agar orang ramai dilindungi daripada segala perkara yang tidak diingini.
Dia juga berharap agar hujan diturunkan bagi membantu memulihkan keadaan udara semasa.


“Semoga Allah permudahkan segala urusan penduduk di sana dan lindungi mereka dan kita semua daripada segala kemudaratan.
“Ya Allah, makbulkanlah doa-doa kami, turunkanlah hujan yang membawa rahmat, dan pulihkanlah udara agar semua dapat bernafas dengan lega semula.
“Semoga jerebu ini segera berlalu. Aamin,” ujarnya.
Dalam hantaran berasingan, isteri kepada pelakon Syafiq Kyle itu turut mengingatkan agar menjaga keselamatan diri dengan memakai pelitup muka ketika berada di luar rumah.
Anda mungkin berminat dengan


“Stay safe everyone, keluar pakai mask ya. Tak ada keperluan jangan keluar ok? Hugs,” kongsinya lagi.
Negara ketika ini dilanda masalah jerebu apabila mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat di beberapa buat kawasan utama, setakat 9 pagi tadi.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

