Ads

DJ Kidd Ulas Hubungan Dengan Emma Maembong – “Saya Akan Menjaga Hatinya, Tak Mahu Membuatkan Dia Bersedih Dan…”

Teman kepada pelakon Emma Maembong, DJ Kidd menyifatkan kehadiran aktres itu sebagai antara punca rezeki dalam kehidupannya.

Menurut pemilik nama Nur Irfan itu, dia mengakui tidak kisah apabila dirinya kini semakin mendapat perhatian ramai selepas menjalinkan hubungan dengan aktres berkenaan.

DJ Kidd Ulas Hubungan Dengan Emma Maembong - “Saya Akan Menjaga Hatinya, Tak Mahu Membuatkan Dia Bersedih Dan…”

DJ Kidd Ulas Hubungan Dengan Emma Maembong - “Saya Akan Menjaga Hatinya, Tak Mahu Membuatkan Dia Bersedih Dan…”

“Saya okay sahaja. Dia (Emma) banyak membawa rezeki dalam kehidupan saya. Emma adalah punca rezeki saya.

“Dia banyak membantu dan memberikan sokongan kepada saya. Walaupun ramai yang pernah memandang rendah terhadap saya, hanya Allah yang tahu apa yang saya lalui.

“Saya akan cuba memberikan yang terbaik buat Emma. Doakanlah yang terbaik untuk hubungan kami,” katanya kepada MH.

DJ Kidd berkata demikian ketika ditemui pada Anugerah Melodi Terhangat 2026, di Selangor International Trade Centre, Shah Alam pada Ahad.

Ads

Pernah Persoal Kesesuaian Diri, Akui Emma Tak Pandang Harta

Dalam pada itu, DJ Kidd mengakui pernah berasa rendah diri sehingga mempersoalkan kesesuaian dirinya untuk bersama Emma.

Bagaimanapun, dia menyifatkan Emma sebagai seorang wanita yang tidak materialistik, sebaliknya lebih mengutamakan hati budi seseorang lelaki.

DJ Kidd Ulas Hubungan Dengan Emma Maembong - “Saya Akan Menjaga Hatinya, Tak Mahu Membuatkan Dia Bersedih Dan…”

DJ Kidd Ulas Hubungan Dengan Emma Maembong - “Saya Akan Menjaga Hatinya, Tak Mahu Membuatkan Dia Bersedih Dan…”

“Sebelum ini, ramai yang memandang rendah terhadap saya.

Ads

“Saya selalu bertanya kepada Emma, adakah dia tidak rasa ‘downgrade’ ke bila berkawan dengan saya?

“Namun, Emma bukan seorang wanita yang memandang harta. Dia lebih mementingkan hati budi dan seseorang yang mampu bertanggungjawab terhadap dirinya.

“Jadi, saya mahu menghargai peluang ini dengan sebaik mungkin. Saya akan menjaga hatinya, tidak mahu membuatkan dia bersedih dan sentiasa memberikan perhatian kepadanya,” jelasnya.

Bangga Dengan Bakat Lakonan Emma

Pada masa sama, DJ Kidd turut meluahkan rasa bangga terhadap bakat dan kebolehan Emma dalam bidang lakonan.

DJ Kidd Ulas Hubungan Dengan Emma Maembong - “Saya Akan Menjaga Hatinya, Tak Mahu Membuatkan Dia Bersedih Dan…”

Ads

DJ Kidd Ulas Hubungan Dengan Emma Maembong - “Saya Akan Menjaga Hatinya, Tak Mahu Membuatkan Dia Bersedih Dan…”

Anda mungkin berminat dengan

“Bagi saya, Emma seorang wanita yang sangat menarik dan saya sentiasa berbangga dengannya.

“Saya tahu bakat dan kemampuannya dalam bidang lakonan. Di mata saya, dia adalah yang terbaik,” katanya lagi.

Sebelum ini, Emma pernah mengakui sedang berkawan rapat dengan DJ Kidd.

Hubungan mereka mula menjadi perhatian ramai sejak setahun lalu sebelum DJ Kidd mendedahkan bahawa dia dan Emma tidak lagi bersama pada Mac lalu.

Bagaimanapun, pada Jun lalu, pasangan itu kembali menjadi perbualan netizen selepas foto mereka berdua tular di media sosial.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

“Rozi Dan Siti, Terima Kasih Kerana Masih Mengingati Kak Ani,” –...

Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris meluahkan rasa syukur dan terharu selepas berkongsi pentas bersama Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi Konsert Tradisional Gema...