Ads

Amir Masdi Bakal Gegarkan Zepp KL, ‘Showcase’ Serendah RM104 – “Saya Mahu Semua Yang Hadir Pulang Dengan Kenangan Yang Sukar Dilupakan.”

Penyanyi Amir Masdi bakal mengadakan persembahan eksklusif menerusi AM:PM Showcase yang dijadualkan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 20 Disember depan.

Showcase anjuran AR United Music dengan sokongan Nova Music dan Rocketfuel Entertainment itu memberi peluang kepada peminat untuk menikmati persembahan Amir dalam suasana lebih intim, selain menawarkan kelainan berbanding persembahan yang pernah dilakukannya sebelum ini.

Amir Masdi Bakal Gegarkan Zepp KL, ‘Showcase’ Serendah RM104 - “Saya Mahu Semua Yang Hadir Pulang Dengan Kenangan Yang Sukar Dilupakan.”

Amir Masdi Bakal Gegarkan Zepp KL, ‘Showcase’ Serendah RM104 - “Saya Mahu Semua Yang Hadir Pulang Dengan Kenangan Yang Sukar Dilupakan.”

Menerusi acara berkenaan, Amir optimis untuk menyajikan gabungan vokal bertenaga, susunan muzik segar serta elemen visual menarik, di samping beberapa kejutan istimewa buat peminat yang hadir.

Menurut Amir, penganjuran showcase itu tercetus daripada hasratnya untuk menghargai sokongan peminat yang sentiasa berada di belakangnya sepanjang perjalanan dalam industri muzik.

Dalam masa sama, dia juga mahu setiap individu yang hadir merasakan hubungan lebih dekat dengan setiap lagu dan cerita yang dibawakan sepanjang persembahan.

“Saya selalu percaya setiap lagu ada kisahnya sendiri, dan setiap peminat juga ada cerita yang menghubungkan mereka dengan lagu-lagu tersebut.

Ads

“Sebab itu saya mahu AM:PM showcase menjadi sebuah malam yang cukup istimewa.

“Saya juga mahu semua yang hadir bukan sekadar menonton persembahan, tetapi pulang dengan kenangan yang sukar dilupakan.

“Kami sedang menyiapkan pelbagai elemen baharu supaya pengalaman pada malam itu benar-benar berbeza daripada persembahan yang pernah saya lakukan sebelum ini,” katanya.

Mahu Tampilkan Sisi Berbeza Amir Masdi

Sementara itu, wakil AR United Music berkata, Amir dipilih berdasarkan konsistensinya dalam menghasilkan karya berkualiti serta kemampuannya menghiburkan penonton menerusi persembahan bertenaga.

Amir Masdi antara artis yang sentiasa konsisten menghasilkan karya berkualiti dan memberikan persembahan yang bertenaga di atas pentas.

Ads

Amir Masdi Bakal Gegarkan Zepp KL, ‘Showcase’ Serendah RM104 - “Saya Mahu Semua Yang Hadir Pulang Dengan Kenangan Yang Sukar Dilupakan.”

Amir Masdi Bakal Gegarkan Zepp KL, ‘Showcase’ Serendah RM104 - “Saya Mahu Semua Yang Hadir Pulang Dengan Kenangan Yang Sukar Dilupakan.”

“Melalui showcase ini, kami mahu menampilkan sisi Amir yang lebih dekat dengan peminat menerusi sebuah persembahan yang eksklusif, penuh emosi dan berbeza daripada konsert berskala besar.

“Setiap elemen yang dirancang, daripada susunan muzik, visual hinggalah pengalaman penonton, disusun dengan teliti bagi memastikan malam tersebut menjadi satu memori yang sukar dilupakan,” ujarnya.

Tambahnya lagi, pemilihan Zepp Kuala Lumpur juga dibuat kerana lokasi itu menawarkan suasana lebih intim, sekali gus mampu mewujudkan interaksi lebih dekat antara Amir dan para peminat.

Ads

Tiket Bermula RM104

Amir Masdi Bakal Gegarkan Zepp KL, ‘Showcase’ Serendah RM104 - “Saya Mahu Semua Yang Hadir Pulang Dengan Kenangan Yang Sukar Dilupakan.”

Anda mungkin berminat dengan

Amir Masdi Bakal Gegarkan Zepp KL, ‘Showcase’ Serendah RM104 - “Saya Mahu Semua Yang Hadir Pulang Dengan Kenangan Yang Sukar Dilupakan.”

“Kami percaya AM:PM showcase bukan sekadar sebuah persembahan, tetapi satu pengalaman muzik yang meraikan hubungan antara artis dan peminat.

“Dengan kapasiti yang eksklusif, setiap penonton akan dapat menikmati persembahan dalam suasana yang lebih dekat dan istimewa.

“Kami berharap peminat mendapatkan tiket lebih awal kerana sambutan yang diterima setakat ini amat menggalakkan,” jelasnya.

Tiket AM:PM Showcase kini mula dijual dan boleh dibeli menerusi platform Ticket Empire, dengan pelbagai pilihan kategori pada harga serendah RM104.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Ada Sebab Mierul Aiman Berambut ‘Blonde’, Tak Sabar Nak Berkongsi Projek...

Pelakon Mierul Aiman yang kini tampil dengan imej rambut ‘blonde’ mendedahkan perubahan penampilan itu dilakukan bagi memenuhi tuntutan watak yang bakal dibawanya menerusi sebuah naskhah terbaharu tidak lama lagi.