Ads

Syed Saddiq & Bella Astillah Bakal Anjur Resepsi Bertemakan Kenduri Rakyat, Ajak Semua Sama-Sama Sertai Majlis Rewang… 10,000 Cenderahati Untuk Tetamu

Pasangan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Bella Astillah bakal mengadakan dua majlis resepsi bertemakan Kenduri Rakyat di kampung halaman masing-masing, iaitu di Muar, Johor dan Kota Kinabalu, Sabah.

Syed Saddiq berkata, majlis di Muar, Johor akan berlangsung pada 25 Oktober depan, manakala kenduri di sebelah bakal isterinya pula dijadualkan berlangsung pada 31 Oktober di Kota Kinabalu, Sabah.

Syed Saddiq & Bella Astillah Bakal Anjur Resepsi Bertemakan Kenduri Rakyat, Ajak Semua Sama-Sama Sertai Majlis Rewang… 10,000 Cenderahati Untuk Tetamu

Katanya, kedua-dua majlis berkenaan dirancang dalam tempoh kurang dua bulan selepas mengambil kira kekangan masa serta kesukaran mendapatkan lokasi untuk majlis perkahwinan.

Konsep Rewang, Jemput Orang Ramai

“Resepsi kami nanti bertemakan Kenduri Rakyat, di mana orang ramai dijemput untuk datang.

Ads

“Majlis kami nanti adalah bertemakan rewang. Kalau sebelum ini sambutan Hari Raya di Muar saja sudah mencecah 10,000 orang, jadi kita menjangkakan untuk kenduri kami nanti lebih ramai yang akan datang.

“Jadi majlis itu nanti majlis berkonsepkan siapa cepat dia dapat.

“Sekiranya makanan habis sekalipun, kami berdua akan tetap berada di sana untuk bersama dengan tetamu yang hadir,” kata kepada MH.

Ads

Saddiq berkata demikian pada majlis sidang media Walimatulurus Bella Astillah & Syed Saddiq di Pusat Konvensyen KLGCC, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Sedia 10,000 Cenderahati Untuk Tetamu

Sementara itu, sebanyak 10,000 cenderahati istimewa disediakan untuk tetamu yang hadir.

Ads

Syed Saddiq & Bella Astillah Bakal Anjur Resepsi Bertemakan Kenduri Rakyat, Ajak Semua Sama-Sama Sertai Majlis Rewang… 10,000 Cenderahati Untuk Tetamu

Anda mungkin berminat dengan

Bella dan Syed Saddiq sebelum ini mengumumkan bakal disatukan sebagai suami isteri pada 10 Oktober ini di Menara 118.

Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu dan sebelum ini turut berkongsi mengenai perancangan majlis akad nikah yang mengangkat konsep serba putih dengan elemen Arab dan Islamik.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

“Kami Tak Layak Dibandingkan Dengan Tun Mahathir & Allahyarhamah Tun Hasmah,...

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menganggap dirinya dan bakal isteri, Bella Astillah tidak layak untuk dibandingkan dengan pasangan negarawan, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.