Ads

Farah ‘Breep Breep’ Tunggu Peluang Masuk GV Sejak 12 Tahun Lalu, Menangis Sebaik Terima Berita – “Bila Nampak Linda Nanuwil Bertanding, Idea Itu Datang Kembali.”

Penyanyi dan pengacara, Farah Diana Anuar meluahkan rasa syukur apabila impiannya untuk beraksi di pentas Gegar Vaganza Fantasia (GVF) akhirnya menjadi kenyataan.

Menurut Farah, dia sebenarnya sudah dimaklumkan mengenai keputusan pemilihannya sejak Jumaat lalu.

Justeru, dia mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan undian sehingga membolehkannya diserap masuk ke program berkenaan.

“Saya dapat tahu tentang keputusan ini pada malam Jumaat lepas. Saya sempat menangis bersama suami dan anak-anak dahulu. Kemudian, barulah saya maklumkan kepada keluarga.

“Saya memang berharap dapat masuk ke GVF ini tapi saya tahu saingan ‘hot seats’ ini ramai. Hanya empat nama sahaja yang akan terpilih. Saya pun gerakkan apa yang sepatutnya digerakkan.

“Saya juga masih ada kelab peminat daripada tahun 2004. Alhamdulillah dan berterima kasih sebab mereka memainkan peranan yang cukup penting. Saya tak sangka akan raih undian setinggi itu,” katanya kepada MH.

Bintang Akademi Fantasia musim kedua (AF2) itu berkata demikian ketika ditemui MH selepas tamat konsert minggu kedua GVF yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam, pada Ahad.

Farah ‘Breep Breep’ Tunggu Peluang Masuk GV Sejak 12 Tahun Lalu, Menangis Sebaik Terima Berita - “Bila Nampak Linda Nanuwil Bertanding, Idea Itu Datang Kembali.” Farah ‘Breep Breep’ Tunggu Peluang Masuk GV Sejak 12 Tahun Lalu, Menangis Sebaik Terima Berita - “Bila Nampak Linda Nanuwil Bertanding, Idea Itu Datang Kembali.” Farah ‘Breep Breep’ Tunggu Peluang Masuk GV Sejak 12 Tahun Lalu, Menangis Sebaik Terima Berita - “Bila Nampak Linda Nanuwil Bertanding, Idea Itu Datang Kembali.” Farah ‘Breep Breep’ Tunggu Peluang Masuk GV Sejak 12 Tahun Lalu, Menangis Sebaik Terima Berita - “Bila Nampak Linda Nanuwil Bertanding, Idea Itu Datang Kembali.”

Baca Artikel Lain; 

https://www.mediahiburan.my/ramli-ms-dedah-markah-37-terendah-sepanjang-13-musim-tak-puas-hati-prestasi-bintang-gvf-minggu-ini-turut-ulas-persembahan-shahir/

Ads

Menanti Sejak GV2, Rindu Kembali Beraksi

Mengulas lanjut, Farah menjelaskan dia ada mencuba mendapatkan peluang untuk menyertai program Gegar Vaganza (GV) sejak 12 tahun lalu.

Bagaimanapun, dia menganggap GVF sebagai platform terbaik untuk kembali membuktikan kemampuan dirinya sebagai seorang penyanyi.

“Saya sudah lama bertanyakan peluang untuk menyertai program GV. Ketika itu, jawapan pihak produksi, mereka belum buka penyertaan untuk alumni AF. Saya pasrah sahaja.

“Bila saya nampak Linda Nanuwil bertanding di GV, idea itu datang kembali. Apa salahnya kalau saya masuk juga. Ramai yang lama tidak melihat saya beraksi.

“Bila sampai ke program GVF ini, saya rasa ini adalah waktu yang paling tepat. Saya menanti peluang ini sejak GV2 lagi. Saya anggap musim-musim sebelum ini bukan rezeki saya,” katanya lagi.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Tangisan Dalam Kerinduan ini turut mengakui dirinya sudah bersedia untuk berhadapan dengan kritikan netizen, meskipun situasi sedemikian tidak pernah dilaluinya ketika menyertai AF2, 22 tahun lalu.

Ads

Menurut Farah, dia turut mendapatkan pandangan daripada rakan-rakan yang pernah menyertai GV sebelum ini mengenai cara berdepan dengan komen dan kritikan netizen.

“Kritikan juri sangat penting. Namun bila bercakap soal kritikan netizen pula, saya ada bertanya kepada rakan penyanyi yang pernah sertai GV sebelum ini, kata mereka sebolehnya tak perlu tengok dan baca segala komen.

“Namun, kita pun ada kelab peminat. Merekalah yang akan kongsikan perkembangan semasa.

“Tak mengapalah saya akan cuba ikut nasihat mereka walaupun kita sudah terbiasa layari media sosial setiap hari,” katanya lagi.

Berkongsi mengenai keterujaannya untuk membuat kemunculan semula, Farah mendedahkan dia amat merindui suasana membuat persembahan di pentas-pentas besar.

Ads

Jelasnya, sejak kebelakangan ini, dia lebih banyak menerima tawaran sebagai pengacara berbanding nyanyian, selain tidak mempunyai lagu baharu untuk diketengahkan.

Anda mungkin berminat dengan

“Saya sebenarnya rindu nak menyanyi semula. Sebelum ini, saya banyak terima tawaran kerja sebagai pengacara. Tawaran nyanyian pun jarang dan saya tiada lagu baharu.

“Jika tawaran nyanyian pula, selalunya adalah persembahan korporat atau acara tertutup. Jadi, orang ramai tidak tahu saya masih menyanyi.

“Bila ada yang nampak saya menyanyi, mereka terkejut. Antara faktor terdekat, saya rindu nak kembali buat persembahan,” akhirinya.

Selain Farah, tiga lagi peserta ‘hot seats’ yang turut diserap masuk ke GVF ialah Akim Ahmad, Felix Agus dan Ara Johari.

GVF berlangsung selama 11 minggu secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, bermula 9 November lalu dan bersiaran setiap Sabtu, pukul 9 malam menerusi Astro Ria (104).

Program berkenaan turut boleh distrim menerusi platform On Demand, Astro GO dan Sooka.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial)

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Ben Ali Tak Nafi Trend Pembelian Secara ‘Online’, Percaya Ada Yang...

Pelakon dan usahawan, Ben Ali berpandangan pengalaman membeli-belah secara fizikal masih mempunyai keistimewaan tersendiri meskipun pembelian menerusi platform dalam talian semakin menjadi pilihan pengguna...