Ads

GVF: Stacy Sekali Lagi Tertinggi Raih 67.66% Diikuti Mawi 60.93%… Vince, Faizal & Shahir ‘Bottom 3’, Tiada Penyingkiran Diumumkan

Tiga bintang Gegar Vaganza Fantasia (GVF) iaitu Vince, Faizal dan Shahir yang berada di tiga kedudukan terbawah minggu ini boleh menarik nafas lega apabila tiada penyingkiran diumumkan, malam tadi.

Kedudukan dan keputusan itu diumumkan menerusi segmen ‘Ada Lagu Ada Lagi’ di segmen akhir program, sekali gus memberi peluang kepada kesemua peserta untuk meneruskan persaingan dalam minggu ketiga, Ahad depan.

Sementara itu, Stacy terus membuktikan keunggulannya apabila berjaya meraih markah tertinggi sebanyak 67.66%, sekali gus mengekalkan kedudukan di tangga pertama untuk minggu kedua berturut-turut.

Stacy menerima komen positif juri apabila tampil bertenaga membawakan lagu ‘Mewangi’ yang dipopularkan oleh Akim & The Majistret.

GVF: Stacy Sekali Lagi Tertinggi Raih 67.66% Diikuti Mawi 60.93%… Vince, Faizal & Shahir ‘Bottom 3’, Tiada Penyingkiran Diumumkan

Mawi Ikut Rapat Stacy

Mawi pula berada di tempat kedua dengan 60.93%, diikuti Firman yang menyampaikan lagu ‘Saksama’  di kedudukan ketiga dengan 57.11%.

Ads

Zahid pula menduduki tangga keempat dengan 52.41%, manakala Mila Jirin kelima memperoleh 51.91%.

Sementara itu, Faizul Sany mengumpul 50.00% untuk berada di kedudukan keenam, diikuti Vince di tangga ketujuh dengan 49.19%.

Faizal pula berada di kedudukan kelapan dengan 43.80 peratus, manakala Shahir yang menyampaikan lagu ‘Hidup Dalam Mati’, di kedudukan tercorot dengan meraih 37.82%.

GVF: Stacy Sekali Lagi Tertinggi Raih 67.66% Diikuti Mawi 60.93%… Vince, Faizal & Shahir ‘Bottom 3’, Tiada Penyingkiran Diumumkan

Ads

Baca Artikel Lain; 

https://www.mediahiburan.my/gvf-akim-tertinggi-undian-25-sah-jadi-peserta-gvf-bakal-bersaing-dengan-isteri-sendiri-ara-felix-farah-lengkapkan-senarai-peserta/

Empat Alumni AF Sertai Persaingan

Dalam pada itu, nama empat alumni Akademi Fantasia (AF) iaitu Farah AF2, Felix AF3, Akim AF7 dan Ara Johari (AF2016) telah diumumkan sebagai bintang yang berjaya mengisi kekosongan ‘hot seats’ dan bakal berentap bersama alumni yang lain.

Ads

Berlangsung selama 11 minggu, ‘GV13’ bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.

Anda mungkin berminat dengan

Program ini turut boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan Sooka.

GVF: Stacy Sekali Lagi Tertinggi Raih 67.66% Diikuti Mawi 60.93%… Vince, Faizal & Shahir ‘Bottom 3’, Tiada Penyingkiran Diumumkan

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Ramli MS Dedah Markah 37% Terendah Sepanjang 13 Musim & Tak...

Juri tetap merangkap maestro muzik, Datuk Ramli MS mengakui kurang berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkan barisan peserta pada saingan minggu kedua Gegar Vaganza...