Ads

“Lega Bila Pengantin Suka,” – Mekap Menantu Linda Rafar Raih Pujian, Azmier Hisyamuqris Terharu Hasil Sentuhan ‘Natural & Glossy’ Jadi Sorotan

Penampilan menantu sulung pelakon dan penyanyi, Linda Rafar iaitu Nurizzati Syafiqah Datuk Ishak atau Ika ketika majlis persandingannya bersama Rezaril Keflin Keifli atau Aril, pada Sabtu mencuri perhatian ramai.

Selain busana anggun pasangan pengantin, sentuhan solekan yang menyerlahkan kecantikan semula jadi Ika turut menerima pujian ramai di media sosial.

Di sebalik hasil solekan tersebut adalah sentuhan magis jurusolek, Azmier Hisyamuqris, 33, yang turut meluahkan rasa terharu apabila hasil kreativiti menerima maklum balas positif.

Menurut Azmier, dia amat menghargai kepercayaan Linda yang memilihnya untuk menggalas tanggungjawab sebagai jurusolek pada majlis raja sehari pasangan berkenaan.

“Saya sangat terharu bila dapat reaksi yang bagus dan ramai suka untuk ‘look’ Ika dan Aril pada majlis resepsi mereka.

“Saya berterima kasih kepada ibu pengantin iaitu kak Linda Rafar di atas kepercayaan beliau memilih saya,” katanya.

Lega Pengantin Puas Hati Dengan Hasil Solekan

Berkongsi mengenai pengalamannya mengendalikan solekan pada malam persandingan itu, Azmier mengakui setiap tugasan solekan pengantin sentiasa hadir dengan perasaan gementar.

Bagaimanapun, pengalaman kali ini ia sedikit berbeza memandangkan pengantin yang disoleknya menjadi perhatian peminat dan orang ramai.

Ads

“Alhamdulillah secara peribadi sebagai jurusolek di majlis perkahwinan setiap klien, saya akan ada rasa gementar.

“Cuma yang agak membeza kan kali ini ialah klien saya menjadi sorotan peminat. Masing-masing ada citrasa sendiri, tapi alhamdulillah setakat ini konsep dan ‘look’ malam persandingan mendapat pujian ramai,” kongsinya lagi.

“Lega Bila Pengantin Suka,” - Mekap Menantu Linda Rafar Raih Pujian, Azmier Hisyamuqris Terharu Hasil Sentuhan ‘Natural & Glossy’ Jadi Sorotan “Lega Bila Pengantin Suka,” - Mekap Menantu Linda Rafar Raih Pujian, Azmier Hisyamuqris Terharu Hasil Sentuhan ‘Natural & Glossy’ Jadi Sorotan

Baca Artikel Lain; 

https://www.mediahiburan.my/anak-linda-rafar-selamat-bergelar-suami-dengan-sekali-lafaz-sebak-saat-peluk-erat-bapa-ketika-salam-restu/

Ads

Konsep ‘Less Is More’, Pilih Solekan Natural & Glossy

Dalam pada itu, Azmier turut berkongsi konsep solekan yang diketengahkan untuk penampilan Ika pada malam persandingan berkenaan.

Jelasnya, dia berasa lega sebaik sahaja selesai menyolek apabila pengantin sendiri berpuas hati dengan hasil sentuhannya.

Malah, konsep solekan berkenaan telah ditetapkan lebih awal pihak pengantin dan menampilkan gaya ‘less is more’ yang lebih natural serta glossy.

“Selepas makeup sahaja saya rasa lega bila pengantin suka dengan konsep pada malam persandingan.

Ads

“Sebenarnya konsep makeup tersebut memang sudah di tetapkan dari pihak pengantin dan ini juga antara look yang saya jarang buat ‘less is more’, lebih kepada natural dan glossy,” kongsinya lagi.

Anda mungkin berminat dengan

Aril-Ika Selamat Begelar Suami Isteri

Terdahulu, Ika atau nama sebenarnya, Nurizzati Syafiqah Datuk Ishak selamat mendirikan rumah tangga bersama Aril atau Rezaril Keflin Keifli dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Cava Hall, Petaling Jaya, pagi Sabtu.

Pasangan mempelai itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Datuk Ishak, dengan disaksikan jurunikah, Ustaz Nur Fahmi Zazli.

Dalam majlis berkenaan, Aril menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300, manakala wang hantaran tidak didedahkan atas permintaan pihak pengantin.

Aril turut menyerahkan lima dulang hantaran yang dibalas dengan tujuh dulang daripada pihak pengantin perempuan dan majlis resepsi mereka turut dilangsukan di lokasi sama sebelah malamnya.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Diva M Kini Tukar Jadi Divo M – “Kalau Keluarga Mereka...

Usahawan penjagaan rambut yang juga pempengaruh, Mohd Muzakir yang sebelum ini dikenali sebagai Diva M, mengumumkan pertukaran namanya kepada Divo M menerusi siaran langsung...