
Penyanyi remaja, Oddah memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan dirinya didekati seorang peminat lelaki yang didakwa bertindak agresif ketika menemuinya di sebuah acara konsert, baru-baru ini.
Menurut Oddah atau nama sebenarnya, Auddra Zulkifli, dia tidak mahu memanjangkan isu berkenaan kerana bimbang keadaan menjadi lebih buruk, selain mengakui turut bersimpati terhadap individu terbabit.

“Sebenarnya saya tak boleh nak menjawab persoalan ini. Pihak pengurusan saya minta saya tidak mengulas lanjut. Kita tak nak keadaan menjadi lebih teruk.
“Walaupun orang kasihankan saya dan memang rasa tak selesa ketika itu, saya sebenarnya rasa kasihan juga untuk individu tersebut.
“Saya ada ramai peminat lain dan pihak pengurusan yang boleh bantu saya. Individu itu tiada siapa nak menolongnya,” katanya kepada MH.
Anak kepada pengacara, Sharifah Shahirah itu berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Anugerah Bintang Popular ke-38 (ABP38) yang berlangsung di Ombak KLCC, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Dalam masa sama, Oddah berpandangan peminat perlu tahu menjaga batas ketika mendekati seseorang artis dan tidak terlalu obses sehingga menimbulkan rasa kurang selesa.

“Saya memang agak trauma tapi tidaklah terlalu berlebihan. Saya memang menjaga batas dengan peminat. Namun, saya rasa tindakan terlalu obses dengan artis ini tidak wajar.
“Sikap itu harus diubah. Kalau nak rapat dengan artis, anda kena buat mereka rasa selesa. Saya tak boleh nak tolong dia. Malah, tiada siapa pun boleh tolong,” ujarnya lagi.
Kurang Sihat Waktu Konsert, Sebenarnya Mahu Segera Pulang
Mengulas lanjut mengenai kejadian tersebut, Oddah menjelaskan dia sebenarnya berada dalam keadaan kurang sihat ketika menghadiri acara konsert dan perlu segera pulang untuk berehat.

“Ketika konsert itu, saya dalam keadaan sakit dan rasa nak demam. Saya kena pulang segera untuk berehat. Saya pun nak bergambar dengan dia tapi saya memang tak larat.
Anda mungkin berminat dengan
“Bila saya bangun tidur, saya nampak isu itu viral.
Saya kasihankan dia. Saya ada ramai orang yang boleh bantu dan lindungi saya.
“Ramai yang marahkan dia di media sosial. Saya rasa agak teruk,” kongsinya lagi.
Terdahulu, tular rakaman video di media sosial memaparkan seorang peminat lelaki yang didakwa bertindak agresif dan melulu ketika mendekati Oddah di sebuah acara terbuka.
Dalam perkembangan lain, Oddah turut berjaya membolosi senarai Top 10 kategori Artis Baharu Wanita Popular ABP38.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!


