Ads

“Saya Berkahwin Pada Usia 19 Tahun,” – Linda Rafar Anggap Kasih Sayang Bekas Suami Dengan Anak Sangat Kuat, Titip Nasihat Berumah Tangga Buat Aril & Ika

Pelakon dan penyanyi, Linda Rafar mengakui sebak untuk melepaskan anak lelakinya, Rezaril Keflin Keifli atau Aril, yang selamat melangsungkan pernikahan bersama pilihan hatinya, Nurizzati Syafiqah Datuk Ishak, pagi Sabtu.

Menurut Linda, meskipun perasaannya bercampur baur, dia tetap gembira apabila anak sulungnya itu bakal melangkah ke fasa kehidupan baharu sebagai seorang suami.

“Saya Berkahwin Pada Usia 19 Tahun,” - Linda Rafar Anggap Kasih Sayang Bekas Suami Dengan Anak Sangat Kuat, Titip Nasihat Berumah Tangga Buat Aril & Ika

“Sejak beberapa hari lepas, saya sangat menjaga emosi saya. Jika lihat hantaran saya di media sosial, perasaan itu agak bercampur baur. Ada sedih, gembira, sebak dan macam-macam lagi.

“Namun, saya tetap teruja apabila Aril merupakan anak pertama saya yang berkahwin. Ketika majlis akad nikah berlangsung tadi pun saya agak sebak lebih-lebih lagi ketika sesi salam restu.

“Saya besarkan Aril ini sejak dia bayi. Kami tak pernah berpisah sehinggalah usianya 26 tahun. Selepas ini, jaranglah ada momen bersama Aril. Selalunya dia akan tanya saya masak apa?

“Saya sebak bila teringatkan Aril. Dia seorang yang manja. Bila dia bakal memulakan kehidupan sendiri, ia seperti satu kehilangan besar,” katanya kepada MH.

Anggota kumpulan Elite itu berkata demikian ketika ditemui selepas majlis akad nikah Aril dan Syafiqah yang berlangsung di Cava Hall, Petaling Jaya.

Kasih Sayang Bapa & Anak Tetap Utuh

Mengulas mengenai momen sebak ketika Aril berpelukan bersama bapanya, Keifli Othman, Linda menyifatkan hubungan kasih sayang antara mereka sangat kuat meskipun dia dan bekas suaminya itu sudah lama berpisah.

Ads

“Saya Berkahwin Pada Usia 19 Tahun,” - Linda Rafar Anggap Kasih Sayang Bekas Suami Dengan Anak Sangat Kuat, Titip Nasihat Berumah Tangga Buat Aril & Ika

“Aril juga jarang berpisah dengan ayahnya. Walaupun kami bercerai ketika Aril masih kecil, namun saya tak pernah ajar tentang perceraian. Saya tak pernah larang mereka berjumpa.

“Bila-bila sahaja ayahnya nak datang dan berjumpa, boleh sahaja. Selepas berpisah, lama juga saya hidup sendiri. Ayahnya selalu datang berjumpa Aril dan Arwah Memen.

“Bila Memen meninggal dunia, Aril agak lost bila kehilangan orang yang dia amat sayang. Momen mereka berpelukan dan menangis itu, hanya mereka sahaja yang tahu perasaannya dan apa yang terbuku di hati.

“Saya rasa kasih sayang mereka terlalu kuat,” ujarnya lagi.

Dalam masa sama, Linda turut menitipkan pesanan buat Aril dan isterinya agar sentiasa tabah mengharungi setiap ujian sepanjang melayari bahtera perkahwinan.

Ads

“Saya Berkahwin Pada Usia 19 Tahun,” - Linda Rafar Anggap Kasih Sayang Bekas Suami Dengan Anak Sangat Kuat, Titip Nasihat Berumah Tangga Buat Aril & Ika

Pesan Linda Buat Pasangan Pengantin

Menurut Linda, dia sudah mengingatkan Aril bahawa alam perkahwinan hadir dengan pelbagai cabaran dan menuntut kesediaan untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami.

“Saya Berkahwin Pada Usia 19 Tahun,” - Linda Rafar Anggap Kasih Sayang Bekas Suami Dengan Anak Sangat Kuat, Titip Nasihat Berumah Tangga Buat Aril & Ika

“Saya ada nasihatkan Aril, perkahwinan ini adalah ujian yang tidak akan pernah habis. Bila dia sudah memegang tanggungjawab sebagai suami, dia kena sentiasa bersedia.

“Perkahwinan ini bukan hanya ada fasa bahagia sahaja. Kita akan diduga dengan fasa-fasa lain. Mereka kena kuat. Saya juga sudah menempuh pelbagai fasa.

Ads

“Saya berkahwin pada usia 19 tahun. Saya pernah bercerai dan berkahwin semula. Perjalanan itu bukan semua mudah. Kalau kita ada iman yang kuat, yakin dengan cinta dan ikhlas, insya-Allah mereka boleh kekal hingga ke jannah,” akhirinya.

Anda mungkin berminat dengan

Terdahulu, Aril sah bergelar suami kepada Syafiqah dengan hanya sekali lafaz dan mereka dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Datuk Ishak dan disaksikan jurunikah, Ustaz Nur Fahmi Zazli.

Untuk rekod, Linda pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas pelumba kereta, Keifli Othman pada 1999 sebelum mereka bercerai pada 2004.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Aril dan Rezaiman Keifli.

Bagaimanapun, Rezaiman meninggal dunia pada usia 12 tahun akibat ketumbuhan di dalam perut.

Linda kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Syed Aiman pada 2 Disember 2006.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata lelaki iaitu Syed Rezaqiib, Syed Rezariiq dan Syed Rezaliif.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Diva M Kini Tukar Jadi Divo M – “Kalau Keluarga Mereka...

Usahawan penjagaan rambut yang juga pempengaruh, Mohd Muzakir yang sebelum ini dikenali sebagai Diva M, mengumumkan pertukaran namanya kepada Divo M menerusi siaran langsung...