Ads

Anak Linda Rafar Selamat Bergelar Suami Dengan Sekali Lafaz, Sebak Saat Peluk Erat Bapa Ketika Salam Restu

Anak kepada penyanyi dan pelakon, Linda Rafar iaitu Rezaril Keflin Keifli, selamat bergelar suami kepada pilihan hatinya, Nurizzati Syafiqah Datuk Ishak, dengan sekali lafaz dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Cava Hall, Petaling Jaya.

Pasangan mempelai itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Datuk Ishak, dengan disaksikan jurunikah, Ustaz Nur Fahmi Zazli, tepat jam 9.30 pagi tadi.

Anak Linda Rafar Selamat Bergelar Suami Dengan Sekali Lafaz, Sebak Saat Peluk Erat Bapa Ketika Salam Restu

Dalam majlis berkenaan, Rezaril atau lebih mesra disapa Aril menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300, manakala wang hantaran tidak didedahkan kepada umum.

Selain itu, Aril turut menyerahkan lima dulang hantaran yang dibalas dengan tujuh dulang daripada pihak pengantin perempuan.

Ads

Anak Linda Rafar Selamat Bergelar Suami Dengan Sekali Lafaz, Sebak Saat Peluk Erat Bapa Ketika Salam Restu

Tampil Sedondon Serba Putih, Momen Peluk Bapa Undang Sebak

Pada majlis tersebut, Aril tampil segak mengenakan persalinan Baju Melayu berwarna putih, manakala Syafiqah pula kelihatan anggun menyarungkan dress putih yang menyerlahkan penampilannya.

Ads

Anak Linda Rafar Selamat Bergelar Suami Dengan Sekali Lafaz, Sebak Saat Peluk Erat Bapa Ketika Salam Restu

Bagaimanapun, suasana bertukar penuh emosi ketika sesi salam restu berlangsung apabila Aril dilihat tidak dapat menahan sebak saat memeluk erat bapanya, Keifli Othman.

Ads

Anak Linda Rafar Selamat Bergelar Suami Dengan Sekali Lafaz, Sebak Saat Peluk Erat Bapa Ketika Salam Restu

Anda mungkin berminat dengan

Anak Linda Rafar Selamat Bergelar Suami Dengan Sekali Lafaz, Sebak Saat Peluk Erat Bapa Ketika Salam RestuMomen menyentuh hati itu sekali gus mencetuskan suasana penuh emosi dalam majlis yang turut dihadiri kira-kira 100 tetamu terdiri daripada ahli keluarga serta rakan terdekat kedua-dua belah pihak.

Terdahulu, Aril dan Ika mengikat tali pertunangan pada 15 Oktober lalu.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

“Bila Orang Hina, Anak-Anak Sampai Malu” – Aliff Syukri Sebak &...

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri mengakui terkesan dengan kecaman netizen susulan kesilapan bacaan surah al-Fatihah dan al-Fil ketika mengimamkan solat berjemaah bersama anak-anaknya. Aliff...