Ads

“Bila Orang Hina, Anak-Anak Sampai Malu” – Aliff Syukri Sebak & Akui Terkesan Isu Live Solat, Ujian Berdepan ADHD & Disleksia

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri mengakui terkesan dengan kecaman netizen susulan kesilapan bacaan surah al-Fatihah dan al-Fil ketika mengimamkan solat berjemaah bersama anak-anaknya.

Aliff atau nama sebenarnya, Aliff Syukri Kamarzaman, 39, berkata, komen negatif yang dilemparkan terhadapnya turut memberi kesan kepada emosi anak-anak sehingga mereka berasa malu dan mempersoalkan perkara yang berlaku.

Jelas Aliff, dia mengakui kekhilafan tersebut dan tidak menafikan kekurangannya dalam membaca serta menghafal ayat al-Quran, apatah lagi dirinya berdepan masalah ADHD dan disleksia.

“Bila orang menghina saya, anak-anak sampai malu dan tanya kenapa jadi macam ini.

“Anak-anak tahu saya ni membaca al-Quran pun tak betul. Jujur saya ada masalah ADHD dan disleksia, saya struggle nak menghafal.

“Sekarang inilah saya dapat mengaji, bagi takzkirah dekat anak-anak, sebelum ini saya tak pernah buat. Kalau baca komen tu rasa macam saya terus down,” katanya.

Aliff berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Majlis Pelancaran YES (Year End Sale Promotions) D’Herbs yang berlangsung di Wisma Dherbs, Kota Damansara pada Sabtu.

Ads

“Bila Orang Hina, Anak-Anak Sampai Malu” – Aliff Syukri Sebak & Akui Terkesan Isu Live Solat, Ujian Berdepan ADHD & Disleksia

“Bila Orang Hina, Anak-Anak Sampai Malu” – Aliff Syukri Sebak & Akui Terkesan Isu Live Solat, Ujian Berdepan ADHD & Disleksia

“Bila Orang Hina, Anak-Anak Sampai Malu” – Aliff Syukri Sebak & Akui Terkesan Isu Live Solat, Ujian Berdepan ADHD & Disleksia

Baca Artikel Lain; 

Ads

https://www.mediahiburan.my/aliff-syukri-mohon-terus-sokong-bisnes-boleh-tingkatkan-jualan-demi-sumbangan-zakat-bantu-sikit-saya-jenama-ni-dah-lebih-20-tahun-di-malaysia/

Tidak Berniat Perlekehkan Agama

Dalam pada itu, Aliff menegaskan dia tidak pernah berniat mempermainkan atau memperlekehkan agama menerusi tindakannya berkongsi rakaman solat di media sosial.

“Saya tak pernah memperlekehkan atau merendahkan agama. Saya buat itu (live solat) tak ada niat apa-apa pun.

“Saya mengaku ada khilaf dan memohon maaf, namun netizen banyak membuat provokasi seolah-olah macam saya ini mainkan agama.

Ads

“Kenapa orang kejam sangat dengan saya? Banyak lagi orang buat video yang menggarut tapi Saya pula dihina melampau-lampau,” ujarnya lagi.

Anda mungkin berminat dengan

Kesilapan Bacaan Cetus Perhatian

Terdahulu, tular video yang memaparkan Aliff mengimamkan solat berjemaah bersama anak-anaknya. Rakaman tersebut menjadi bualan ramai selepas terdapat kesalahan dalam bacaan surah al-Fatihah dan surah al-Fil.

Menerusi temu bual bersama mStar sebelum ini, Aliff mengakui kesilapan tersebut dan tampil memohon maaf.

Bagaimanapun, penceramah bebas, Ustaz Hafiz Afandi yang meneliti video berkenaan menjelaskan bahawa terdapat banyak kesalahan dilakukan Aliff ketika membaca surah al-Fatihah, iaitu salah satu rukun dalam solat.

Pada masa sama, Hafiz turut menyarankan agar Aliff mendapatkan bimbingan daripada individu yang lebih arif mengenai bacaan dalam solat.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Anak Linda Rafar Selamat Bergelar Suami Dengan Sekali Lafaz, Sebak Saat...

Anak kepada penyanyi dan pelakon, Linda Rafar iaitu Rezaril Keflin Keifli, selamat bergelar suami kepada pilihan hatinya, Nurizzati Syafiqah Datuk Ishak, dengan sekali lafaz dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Cava Hall, Petaling Jaya.