Ads

“Saya Hanya Fikir Yang Positif,” – Pernah Turun Ke Jalanan Edar Risalah, Faizal Tak Malu Buat Pelbagai Kerja… Kini Usaha Turunkan Berat Badan

Penyanyi, Faizal Ramly mengakui tidak pernah berasa malu untuk melakukan pelbagai pekerjaan demi mencari rezeki, meskipun pernah mengecapi populariti dan dikenali sebagai anak seni.

Menurut Faizal, setiap peluang yang hadir wajar dimanfaatkan sebaik mungkin, apatah lagi kerjaya dalam bidang nyanyian tidak menjanjikan tawaran persembahan pada setiap hari.

“Saya Hanya Fikir Yang Positif,” - Pernah Turun Ke Jalanan Edar Risalah, Faizal Tak Malu Buat Pelbagai Kerja… Kini Usaha Turunkan Berat Badan

“Saya pernah turun ke padang dan berikan pamphlet kepada orang ramai. Saya sudah lalui semua itu. Buat apa nak malu. Saya sudah pernah menjadi penyanyi. Saya hanya fikir yang positif.

“Kenapa nak malu bila kita cari inisiatif kerja sendiri? Kita menyanyi bukanlah hari-hari. Kalau tawaran nyanyian itu datang hari-hari, itu cerita lain.

“Jadi, kita kena cuba cipta kreativiti baharu dalam kehidupan seharian. Saya tak kisah buat macam-macam kerja. Mereka yang mengenali saya juga sentiasa sokong apa yang saya buat,” katanya kepada MH.

Faizal berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Gegar Vaganza Fantasia (GVF), baru-baru ini.

Ads

Usaha Turunkan Berat Badan

Dalam perkembangan lain, penyanyi lagu Lihatlah itu turut memaklumkan dirinya kini sedang berusaha menurunkan berat badan selain mengubah penampilan menjelang konsert minggu pertama GVF yang bakal berlangsung Ahad ini.

“Saya Hanya Fikir Yang Positif,” - Pernah Turun Ke Jalanan Edar Risalah, Faizal Tak Malu Buat Pelbagai Kerja… Kini Usaha Turunkan Berat Badan

“Dari segi persediaan, saya kena kecilkan sedikit berat badan saya. Selama ini, mungkin saya kurang menjaga aspek pemakanan. Saya pun tak sangka bakal menerima tawaran masuk ke GV13.

“Kalau saya tahu bakal terpilih, saya akan diet sejak empat bulan yang lepas. Kini, saya kena turunkan sedikit berat supaya nampak bertenaga bila menyanyi.

“Bila berat badan naik, sedikit sebanyak akan mengganggu persembahan walaupun kita masih boleh menyanyi.

Ads

“Kini saya sudah mulakan latihan. Hari-hari saya pergi ke gimnasium dan berenang di rumah,” kongsinya lagi.

Teruja Sertai GVF, Yakin Buka Lebih Banyak Peluang

Sementara itu, Faizal turut mengakui teruja apabila diberi peluang menyertai GV Fantasia (GVF) kerana percaya platform tersebut mampu membuka lebih banyak ruang dan peluang baharu, khususnya dalam mengembangkan perniagaan yang diusahakannya.

“Saya Hanya Fikir Yang Positif,” - Pernah Turun Ke Jalanan Edar Risalah, Faizal Tak Malu Buat Pelbagai Kerja… Kini Usaha Turunkan Berat Badan

“Saya nampak pelbagai perancangan baharu bila masuk GV Fantasia ini. Saya sangat teruja. Mungkin selepas ini, saya dapat jual produk dengan lebih mudah.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

“Bila buat sesi siaran langsung, tontonan akan semakin bertambah. Di zaman ini, pendedahan itu sangat penting. Untuk berniaga, kita kena ada tontonan yang kuat.

“Sebelum ini, bila saya buat sesi siaran langsung, orang mungkin tak tahu. Saya percaya platform GV Fantasia ini akan banyak bantu saya,” akhirinya.

Terdahulu, GV Fantasia bakal bersiaran bermula 8 November ini menerusi saluran Astro Ria, Astro Go dan sooka.

Selain Faizal, antara barisan peserta yang turut bertanding termasuklah Mawi, Stacy, Firman, Vince, Zahid, Mila, Faizul dan Shahir.

Empat lagi peserta kini masih menjadi tanda tanya dan bakal diumumkan pada konsert minggu pertama.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

“Cukup Menawan,” – Hannah Yeoh Puji Kejelitaan Bella Astillah Dalam Busana...

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh memuji kejelitaan penyanyi dan pelakon, Bella Astillah, selain tertarik dengan persalinan yang digayakan sepanjang empat majlis resepsi perkahwinannya baru-baru ini.