Ads

“Cukup Menawan,” – Hannah Yeoh Puji Kejelitaan Bella Astillah Dalam Busana Pengantin, Tersentuh Hayati Lagu ‘Bersama Aku Setia’

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh memuji kejelitaan penyanyi dan pelakon, Bella Astillah, selain tertarik dengan persalinan yang digayakan sepanjang empat majlis resepsi perkahwinannya baru-baru ini.

Menurut Hannah, dia cukup teruja melihat setiap persalinan Bella yang disifatkan menawan, terutama perincian renda konvensional serta sulaman manik tradisional yang menghiasi busana pengantin penyanyi itu.

Teruja Hayati Setiap Perincian Busana Pengantin Bella

“Cukup Menawan,” - Hannah Yeoh Puji Kejelitaan Bella Astillah Dalam Busana Pengantin, Tersentuh Hayati Lagu ‘Bersama Aku Setia’

“Saya sudah lama menyimpan hasrat untuk menulis hantaran ‘non-work’ ini sejak majlis resepsi perkahwinannya yang lalu.

“Saya benar-benar teruja melihat dan menghayati setiap perincian busana pengantin Bella yang menampilkan renda konvensional serta sulaman manik tradisional.

“Ketika saya menyangka mustahil untuk dia tampil lebih memukau berbanding busana sebelumnya, Bella sekali lagi membuktikan sebaliknya. Cukup menawan!,” tulisnya.

Perkara itu dikongsikan Ahli Parlimen Segambut berkenaan menerusi satu hantaran di Instagram Stories.

Ads

Dalam masa sama, Hannah turut mengagumi kekuatan cinta yang ditampilkan Bella bersama suaminya yang juga Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, sejak awal perkenalan mereka sehingga disatukan sebagai suami isteri.

“Cukup Menawan,” - Hannah Yeoh Puji Kejelitaan Bella Astillah Dalam Busana Pengantin, Tersentuh Hayati Lagu ‘Bersama Aku Setia’

“Cukup Menawan,” - Hannah Yeoh Puji Kejelitaan Bella Astillah Dalam Busana Pengantin, Tersentuh Hayati Lagu ‘Bersama Aku Setia’

Malah, Hannah turut mengakui dirinya tersentuh apabila mendengar bait lirik lagu Bersama Aku Setia Selamanya nyanyian Bella.

Ads

Tersentuh Dengan Keindahan Ungkapan Cinta Pasangan

“Namun, bagi saya, perkara paling indah dalam penyatuan mereka adalah ungkapan kata-kata yang diluahkan antara satu sama lain.

“Saya juga tidak henti-henti menghayati lirik lagu ini yang cukup sederhana, menyentuh jiwa dan penuh keikhlasan,” kongsinya lagi.

Sementara itu, Hannah turut menitipkan ucapan tahniah buat Bella dan Syed Saddiq yang kini telah selamat melayari bahtera perkahwinan.

Ads

“Cukup Menawan,” - Hannah Yeoh Puji Kejelitaan Bella Astillah Dalam Busana Pengantin, Tersentuh Hayati Lagu ‘Bersama Aku Setia’ “Cukup Menawan,” - Hannah Yeoh Puji Kejelitaan Bella Astillah Dalam Busana Pengantin, Tersentuh Hayati Lagu ‘Bersama Aku Setia’

Anda mungkin berminat dengan

“Tahniah Bella atas perjalanan baharu yang begitu indah dan penuh keanggunan,” ujarnya.

Terdahulu, Bella dan Syed Saddiq selamat melangsungkan majlis pernikahan pada 10 Oktober lalu.

Pasangan ini turut mengadakan tiga majlis resepsi yang berlangsung di Kuala Lumpur, Muar dan Kota Kinabalu.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Hannah Yeoh

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

“Saya Hanya Fikir Yang Positif,” – Pernah Turun Ke Jalanan Edar...

Penyanyi, Faizal Ramly mengakui tidak pernah berasa malu untuk melakukan pelbagai pekerjaan demi mencari rezeki, meskipun pernah mengecapi populariti dan dikenali sebagai anak seni.