
Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida bersetuju bahawa kehadiran ke majlis perkahwinan wajar berlandaskan niat untuk meraikan pengantin, tanpa terlalu memikirkan soal tempat duduk atau hidangan yang disediakan.
Menerusi perkongsian di media sosial, Vida yang hadir lewat ke majlis resepsi pasangan selebriti, Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, baru-baru ini, turut berkongsi pengalamannya menghadiri acara berkenaan.
Datang Untuk Raikan Pengantin
“Saya pun lambat sampai ke majlis, saya tak terfikir untuk mencari seat atau makanan. Purposely untuk ucapkan congratulation.
“Dan setibanya saya di hall, saya terus santuni keluarga pasangan dan berjumpa YB & BELLA.
“Yang penting pukul-pukul (tangkap) gambar. Ahh gitue,” tulisnya.
Perkongsian berkenaan turut menjadi sorotan warganet apabila menerima lebih 200 komen yang memberikan pandangan masing-masing.
Baca Artikel Lain;

Bella Mohon Maaf
Terdahulu, Bella tampil memohon maaf kepada rakan-rakan terdekat yang didakwa terkesan dengan isu membabitkan kedudukan meja yang diberikan kepada tetamu pada majlis resepsi berkenaan.
Bella menjelaskan, urusan penyusunan tempat duduk bukan dikendalikan sepenuhnya olehnya atau suami, sebaliknya diserahkan kepada pembantu peribadi dan pengurusnya.
Pelakon dan penyanyi itu juga tiada niat untuk memperkecilkan mana-mana tetamu yang hadir, sebaliknya setiap individu yang dijemput mempunyai tempat tersendiri dalam kehidupannya.
Dalam masa sama, Bella menghargai usaha pasukannya yang bertungkus-lumus melakukan persiapan terbaik untuk majlis tersebut dalam tempoh yang singkat, termasuk memastikan penyusunan tempat duduk tetamu berjalan sebaik mungkin.
Majlis resepsi Bella dan Syed Saddiq yang berlangsung pada Oktober ini menghimpunkan kira-kira 3,000 tetamu, termasuk ahli keluarga, rakan selebriti serta kenalan daripada pelbagai latar belakang.
Anda mungkin berminat dengan
Pasangan itu sebelum ini selamat diijabkabulkan pada 10 Oktober 2026 di Menara Merdeka 118, Kuala Lumpur, dengan sekali lafaz.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
View this post on Instagram
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

