Ads

“Saya Bukanlah Orang Yang Sempurna…,” – Tya Arifin Nafi Bersikap Sombong, Akui ‘Introvert’ & Ada Masalah Rabun Jauh

Pelakon dan usahawan, Tya Arifin tampil memberikan penjelasan berhubung dakwaan segelintir pihak yang menyangka dan melabelkan dirinya sebagai seorang yang sombong.

Menerusi satu hantaran di Threads, Tya memohon maaf kepada mana-mana individu yang pernah mempunyai pengalaman kurang menyenangkan dengannya sehingga timbul tanggapan tersebut.

"Saya Bukanlah Orang Yang Sempurna...," - Tya Arifin Nafi Bersikap Sombong, Akui 'Introvert' & Ada Masalah Rabun Jauh

"Saya Bukanlah Orang Yang Sempurna...," - Tya Arifin Nafi Bersikap Sombong, Akui 'Introvert' & Ada Masalah Rabun Jauh

“Salam Semua, Tya rasa tya nak share pandangan Tya karna ini tentang Tya sendiri dan sedang menjadi bincangan ramai orang.

“‘Tya betul ke sombong?’ Before tu, Tya nak minta maaf dulu pada kalian pernah rasa Tya tak mesra atau sombong masa tu.

Menurut Tya, dia tidak pernah mempunyai niat untuk bersikap sombong terhadap sesiapa.

Jelasnya, dia dibesarkan dalam keluarga yang sederhana selain masih dalam proses belajar untuk menjadi lebih baik.

“Sejujurnya, ini dari dalam hati Tya. Yang Tya tak pernah ada niat macam tu.

Ads

“Karna Tya dilahirkan dari keluarga yang sederhana. Permulaan jalan Tya tak mudah dan masih jauh.

“Jadi untuk berniat sengaja nak sombong itu bukan niat dari diri Tya,” ujarnya.

Perlukan Kaca Mata Untuk Nampak Dengan Jelas

Dalam hantaran berasingan, pelakon filem Gending Sriwijaya itu turut mendedahkan bahawa dia mempunyai masalah rabun jauh yang mungkin menjadi punca dirinya tidak menyedari kehadiran individu di sekeliling.

"Saya Bukanlah Orang Yang Sempurna...," - Tya Arifin Nafi Bersikap Sombong, Akui 'Introvert' & Ada Masalah Rabun Jauh

"Saya Bukanlah Orang Yang Sempurna...," - Tya Arifin Nafi Bersikap Sombong, Akui 'Introvert' & Ada Masalah Rabun Jauh

Ads

“Lepastu, sebenarnya Tya ada rabun jauh, jadi perlukan contact lense or kaca mata untuk nak tengok orang dengan jelas.

“Kalau Tya tak pakai kaca mata atau tak balas senyuman kalian, i’m so sorry memang Tya tak nampak karna Tya rabun jauh,” kongsinya

Dalam masa sama, ibu kepada tiga cahaya mata itu menyifatkan dirinya sebagai seorang yang introvert, pemalu dan tidak begitu pandai bersosial.

Malah, Tya berkata dia hanya mempunyai beberapa orang rakan rapat sejak zaman persekolahan sehingga kini.

“Tya ni juga sebenarnya orang yang introvert, tak begitu pandai berkawan.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

“Kawan boleh hitung jari dari masa sekolah sampai hari ni. Untuk kalian yang personally kenal Tya, inshallah boleh tau Tya macam mana.

Mohon Maaf Jika…

Susulan itu, Tya sekali lagi memohon maaf kepada mana-mana individu yang pernah mempunyai pengalaman kurang baik dengannya.

"Saya Bukanlah Orang Yang Sempurna...," - Tya Arifin Nafi Bersikap Sombong, Akui 'Introvert' & Ada Masalah Rabun Jauh

"Saya Bukanlah Orang Yang Sempurna...," - Tya Arifin Nafi Bersikap Sombong, Akui 'Introvert' & Ada Masalah Rabun Jauh

“Tya bukanlah orang yang sempurna, masih banyak benda yang Tya pelajari, dan Tya juga akan improve jadi lebih baik. With love, Tya,” akhirinya.

Sebelum ini, nama Tya hangat diperkatakan di aplikasi Threads apabila ada seorang individu yang mendakwa Tya menolak ajakan untuk bergambar bersama di khalayalak ramai.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Liyana Jasmay Hanya Mahu Perkenal Tajuk Baharu Filem, Baju ‘Pemuja Syaitan’...

Ada warganet yang mengkritik gara-gara mengenakan baju-t yang tertera tulisan ‘Pemuja Syaitan’, pengarah dan pelakon, Liyana Jasmay menjelaskan dia dan barisan pelakon lain tidak mempunyai sebarang maksud tersirat.