Ads

Diva M Hadiahkan Honda Civic Hatchback RM100,000 Buat Pekerja Setia, Dibayar Tunai & Siap Serah Dokumen Pemilikan!

Usahawan dan pempengaruh, Diva M, memberikan kejutan kepada salah seorang pekerjanya yang telah berkhidmat lebih lima tahun apabila menghadiahkan sebuah Honda Civic hatchback bernilai kira-kira RM100,000 yang dibayar penuh secara tunai, termasuk penyerahan dokumen pemilikan.

Sambutan ulang tahun kelapan anak perempuannya di sebuah hotel lima bintang turut menjadi ruang buat Diva M menghargai kakitangan yang bersama-sama mengharungi susah senang perniagaan yang diusahakannya.

Majlis yang berlangsung di ibu kota itu turut dihadiri hampir 20 kakitangan dan rakan selebriti termasuk pengarah Michael Ang dan usahawan sensasi, Kak KM sekeluarga.

Bagi Diva M, kesempatan meraikan keluarga turut dimanfaatkan untuk menggembirakan pasukan yang banyak membantunya menguruskan perniagaan.

Hadiah kepada pekerja yang dikenali sebagai Wany itu diberikan sebagai tanda terima kasih atas khidmat, kesetiaan dan kerjasamanya sepanjang lebih lima tahun bersama.

Hargai Yang Bersama Ketika Susah & Senang

Menurut Diva M, perjalanan membina perniagaan memerlukan komitmen daripada banyak pihak, termasuk kakitangan yang memikul tanggungjawab dalam pengurusan salun, bahagian produk dan operasi harian.

“Saya sangat menghargai orang yang setia bersama saya. Mereka ada ketika susah dan senang, sama-sama bekerja dan membantu memastikan perniagaan ini terus berjalan. Banyak tanggungjawab yang mereka pikul setiap hari.

“Apabila ada rezeki lebih, saya mahu mereka turut merasai kegembiraan itu. Saya tahu usaha membina perniagaan ini turut dibantu oleh pasukan yang sentiasa memberikan kerjasama,” katanya.

Diva M menambah, pemberian kereta berkenaan mengambil kira keinginan penerima serta manfaatnya untuk kehidupan seharian.

Ads

Malah, Honda Civic hatchback itu merupakan kereta idaman Wany, sekali gus menjadikan hadiah tersebut lebih bermakna buat pekerjanya.

“Saya tahu itu kereta yang dia idamkan. Apabila ada kemampuan untuk tunaikan, saya rasa gembira dapat berbuat demikian. Saya harap pemberian ini dapat memudahkan urusannya dan memberi manfaat untuk dirinya serta keluarga.

“Saya faham hendak bekerja dan mencari rezeki bukan mudah. Kalau berdepan masalah pengangkutan, hendak pergi balik kerja dan menguruskan keperluan harian pun boleh menjadi susah,” katanya lagi.

Kereta berkenaan dibayar penuh secara tunai oleh Diva M, dengan dokumen pemilikan turut diserahkan kepada pekerjanya.

Pemberian itu membolehkan Wany menerima kenderaan tersebut tanpa perlu menanggung ansuran pembelian.

Ads

Diva M Hadiahkan Honda Civic Hatchback RM100,000 Buat Pekerja Setia, Dibayar Tunai & Siap Serah Dokumen Pemilikan! Diva M Hadiahkan Honda Civic Hatchback RM100,000 Buat Pekerja Setia, Dibayar Tunai & Siap Serah Dokumen Pemilikan! Diva M Hadiahkan Honda Civic Hatchback RM100,000 Buat Pekerja Setia, Dibayar Tunai & Siap Serah Dokumen Pemilikan! Diva M Hadiahkan Honda Civic Hatchback RM100,000 Buat Pekerja Setia, Dibayar Tunai & Siap Serah Dokumen Pemilikan!

Diva M Hadiahkan Honda Civic Hatchback RM100,000 Buat Pekerja Setia, Dibayar Tunai & Siap Serah Dokumen Pemilikan!

Baca Artikel Lain; 

https://www.mediahiburan.my/pempengaruh-diva-m-santuni-potong-rambut-percuma-warga-emas-sebak-teringat-arwah-ayah-allah-beri-saya-peluang-yang-sangat-besar/

Pernah Hadiahkan Kereta Kepada Pekerja Lain

Menurut Diva M, ini bukan kali pertama dia menghadiahkan kereta kepada kakitangan.

Ads

Beberapa pekerja sebelum ini turut menerima pemberian seumpamanya, manakala mereka yang mempunyai keutamaan berbeza diberi ruang menyatakan bentuk hadiah lain yang lebih sesuai.

Anda mungkin berminat dengan

“Ada yang mahukan kereta, ada juga yang memilih perkara lain kerana itu yang lebih diperlukan. Keperluan setiap orang berbeza, jadi saya cuba memahami apa yang boleh membantu mereka, mengikut kemampuan saya.

“Bagi saya, yang penting mereka tahu usaha dan kesetiaan mereka dihargai. Mereka sudah memberikan masa, tenaga dan kerjasama selama bertahun-tahun. Ini antara cara saya mengucapkan terima kasih,” katanya.

Selain memberikan hadiah, Diva M turut meluangkan masa bersama kakitangan menerusi jamuan makan, selaras dengan pendekatannya yang menganggap pekerja sebagai sebahagian daripada keluarga.

“Saya mahu mereka selesa bekerja dengan saya dan rasa dihargai. Sesekali kita keluar makan bersama, dapat berbual dan luangkan masa.

“Hubungan yang baik itu penting sebab merekalah orang yang banyak bersama saya dalam urusan perniagaan setiap hari,” katanya lagi.

Sebelum ini, Diva M bersama pasukan salunnya memberikan khidmat gunting rambut percuma kepada kira-kira 40 penghuni Rumah Seri Kenangan Cheras.

Dia juga pernah menyantuni Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras dan menawarkan perkhidmatan gunting rambut percuma kepada 112 penghuninya.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

“Saya Hanyalah Manusia Biasa, Setiap Orang Akan…,” – Ruhainies Pilih Terus...

Dalam meniti perjalanan kerjaya yang tidak sunyi daripada perhatian umum, pelakon Ruhainies memilih untuk terus melangkah ke hadapan dan memberi tumpuan kepada kehidupan serta...