Ads

Karangkraf Terima Pengiktirafan Antarabangsa, Raih ‘Anugerah Organisasi Ikonik’ Selepas 48 Tahun Dalam Industri

Kumpulan media dan penerbitan, Karangkraf terus melakar pencapaian membanggakan apabila menerima pengiktirafan antarabangsa menerusi Anugerah Organisasi Ikonik yang Membina Dunia Lebih Baik untuk Semua, baru-baru ini.

Anugerah berprestij itu diterima bersempena dengan penganjuran Annual Women Economic Forum (WEF) and G100 Global Meet 2026 yang berlangsung di International Youth Centre, Kuala Lumpur.

Pengiktirafan tersebut menjadi penghargaan bermakna buat Karangkraf yang sudah bertapak selama 48 tahun dalam industri media dan penerbitan tanah air.

Baca Artikel Lain; 

https://www.mediahiburan.my/nak-jadi-content-creator-seeni-creator-academy-buka-peluang-belajar-terus-dengan-pakar-industri/

Pengiktirafan Bermakna Selepas 48 Tahun

Pengerusi Karangkraf, Puan Firdaus Hussamuddin menyifatkan pengiktirafan daripada Women Economic Forum (WEF) itu sebagai satu kejutan yang tidak dijangka.

Ads

Dalam masa sama, beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua rakan strategik yang sentiasa memberikan kerjasama dan sokongan kepada Karangkraf sepanjang hampir lima dekad penubuhannya.

Anugerah berkenaan disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Suriani Ahmad, pada majlis yang berlangsung pada 14 Oktober lalu.

Sejak ditubuhkan pada tahun 1978, Karangkraf terus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara organisasi media dan penerbitan terkemuka di Malaysia menerusi pelbagai cabang perniagaan serta inisiatif yang dilaksanakan.

Karangkraf Terima Pengiktirafan Antarabangsa, Raih ‘Anugerah Organisasi Ikonik’ Selepas 48 Tahun Dalam Industri Karangkraf Terima Pengiktirafan Antarabangsa, Raih ‘Anugerah Organisasi Ikonik’ Selepas 48 Tahun Dalam Industri

Ads

Perkasakan Ekonomi, Bina Komuniti Lebih Kukuh

Sementara itu, penganjuran Annual WEF and G100 Global Meet 2026 turut memberikan penekanan terhadap usaha memperkasakan ekonomi wanita, khususnya dalam memperkukuh institusi keluarga dan pembangunan komuniti setempat.

Dalam ucapannya, Suriani turut menegaskan kepentingan peranan wanita dalam pembangunan negara menerusi pelbagai sektor, termasuk keusahawanan, pertanian, penghasilan produk tempatan, kraftangan dan perniagaan digital.

Beliau juga menekankan keperluan memperluaskan akses kepada pembiayaan, teknologi, kemahiran, pasaran serta rangkaian perniagaan, terutama bagi golongan wanita di kawasan luar bandar dan komuniti yang kurang mendapat kemudahan.

Ads

Pengiktirafan antarabangsa yang diterima itu bukan sahaja menjadi satu lagi pencapaian bermakna dalam perjalanan Karangkraf, malah menjadi dorongan buat organisasi berkenaan untuk terus menyumbang kepada perkembangan industri media dan penerbitan, selain memberikan manfaat kepada masyarakat.

Anda mungkin berminat dengan

Untuk rekod, Karangkraf adalah sebuah syarikat media dan penerbitan terkemuka di Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1978.

Syarikat ini merangkumi pelbagai cabang perniagaan, termasuk penerbitan Al-Quran dan buku, percetakan komersial dan keselamatan, media kandungan digital serta inisiatif kebajikan.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Linda Rafar Sebak Bila Anak Sulung Luah Hasrat Nak Berkahwin, Syukur...

Penyanyi Linda Rafar tidak dapat menahan sebak apabila anak sulungnya, Rezaril Keifli, menyatakan hasrat untuk mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, Nur Izzati Syafikah, pada Januari lalu.