
Pernah terfikir untuk bergelar pencipta kandungan tetapi masih tidak tahu bagaimana hendak memulakan langkah?
Kini, impian itu boleh direalisasikan menerusi seeNI Creator Academy, sebuah inisiatif yang menawarkan peluang kepada yang berminat untuk mempelajari dunia penciptaan kandungan secara terus daripada barisan pemain industri dan pencipta kandungan berpengalaman.

Diperkenalkan oleh seeNI di bawah syarikat Nu Ideaktiv Sdn Bhd, akademi ini diwujudkan bagi melahirkan generasi baharu pencipta kandungan digital tempatan menerusi pembelajaran yang lebih tersusun, praktikal dan selari dengan keperluan industri semasa.
Sepanjang program berlangsung, peserta akan mengikuti kelas secara dalam talian yang merangkumi pelbagai topik penting seperti penghasilan kandungan kreatif, teknik penceritaan, pembinaan personal branding, strategi digital serta asas penerbitan video.
Lebih menarik, peserta turut berpeluang menimba ilmu secara langsung daripada pakar industri dan pencipta kandungan berpengalaman termasuk Zaidi Aziz dan Kamil Hashim yang akan berkongsi pengalaman serta tip praktikal berdasarkan situasi sebenar dalam dunia kandungan digital.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn Bhd, Syamil Fahim, penubuhan seeNI Creator Academy bertujuan menyediakan platform pembelajaran yang mampu membantu lebih ramai bakat tempatan berkembang secara kreatif dan profesional.
“Melalui seeNI Creator Academy, kami berharap dapat menyediakan pendedahan, bimbingan dan peluang untuk berkembang secara kreatif dan profesional, dalam masa yang sama menyumbang ke pembangunan komuniti pencipta kandungan yang berkemahiran tinggi di Malaysia,” katanya.
Dua Pilihan Pakej, Peluang Bina Kerjaya Dalam Industri Digital
Bagi memenuhi keperluan peserta yang mempunyai tahap pengalaman berbeza, program ini menawarkan dua pilihan pakej iaitu Pakej Lite selama empat minggu pada harga RM299 serta Pakej Full selama lapan minggu dengan harga promosi RM799 untuk pendaftaran awal.

Program ini akan dilaksanakan menerusi dua kohort, dengan Kohort Pertama berlangsung dari 5 Oktober hingga 27 November 2026, manakala Kohort Kedua akan diadakan bermula 7 Disember 2026 hingga 29 Januari 2027.
Anda mungkin berminat dengan
Menerusi seeNI Creator Academy, peserta bukan sahaja berpeluang meningkatkan kemahiran kreatif, malah turut didedahkan kepada peluang membina kerjaya, menjalinkan kerjasama profesional serta memahami potensi monetisasi dalam industri kandungan digital.
Pendaftaran kini telah dibuka. Mereka yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut serta membuat pendaftaran menerusi platform rasmi seeNI dan Ideaktiv.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

