Ads

“Apa Yang Bapa Amalkan, Dia Turunkan Kepada Saya…,” – Ibu Susun Perjalanan Seni Zaki Yamani, Tekankan Disiplin & Jaga Penampilan

Memulakan kerjaya seni seawal usia 13 tahun, penyanyi Zaki Yamani meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang ibu, Fatimatuzahra Samat yang bijak mengatur perjalanan hidup serta kerjayanya sehingga dia mampu bertahan dalam industri hiburan sehingga ke hari ini.

Menurut Zaki, pengalaman ibu yang pernah menguruskan bapanya, Datuk Jamal Abdillah, sedikit sebanyak memberikan kelebihan dalam memahami selok-belok dunia seni.

“Apa Yang Bapa Amalkan, Dia Turunkan Kepada Saya…,” - Ibu Susun Perjalanan Seni Zaki Yamani, Tekankan Disiplin & Jaga Penampilan

“Alhamdulillah saya punyai ibu yang sentiasa menyokong saya. Beliau juga pernah menjaga bapa saya satu ketika dahulu.

“Saya rasa beruntung kerana gaya hidup yang ayah saya amalkan, ibu turunkan kepada saya secara berperingkat. Saya tak berpeluang untuk tinggal sekali bersama ayah.

“Ada beberapa perkara sahaja yang saya dapat lihat dengan mata sendiri. Yang nampak segalanya adalah ibu saya.”

Demikian kata Zaki ketika ditemui pada majlis pelancaran single terbaharunya berjudul Akur yang berlangsung di A Quiet Place, Kuala Lumpur, pada Jumaat.

“Apa Yang Bapa Amalkan, Dia Turunkan Kepada Saya…,” - Ibu Susun Perjalanan Seni Zaki Yamani, Tekankan Disiplin & Jaga Penampilan

Penampilan Kemas Jadi Kunci Keyakinan

Dalam pada itu, Zaki turut berkongsi antara rahsia yang membuatkan dirinya sentiasa yakin adalah dengan memastikan penampilan sentiasa kemas dan bersedia walau ke mana sahaja dia pergi.

Ads

“Apa Yang Bapa Amalkan, Dia Turunkan Kepada Saya…,” - Ibu Susun Perjalanan Seni Zaki Yamani, Tekankan Disiplin & Jaga Penampilan

“Saya suka berpenampilan kemas dan tak selesa bila kelihatan kurang bersedia. Kalau keluar sahaja dari rumah, penampilan saya memang seperti nak pergi berjalan walaupun hanya nak ke kedai berhampiran sahaja.

“Saya akan sentiasa berkasut. Ada waktu tertentu sahaja saya berselipar. Pada saya, bila kita sentiasa menjaga penampilan diri, kemas dan wangi, rezeki akan lebih lancar.

“Mana tahu kita akan terjumpa dengan orang yang akan berikan tawaran persembahan. Dengan penampilan kemas, mereka akan lebih mudah tertarik. Mudah untuk kita jaga hubungan,” katanya lagi.

Selain menjaga penampilan, Zaki menjelaskan aspek kecergasan fizikal juga menjadi keutamaan bagi memastikan stamina sentiasa berada pada tahap terbaik, terutama ketika membuat persembahan.

Ads

“Apa Yang Bapa Amalkan, Dia Turunkan Kepada Saya…,” - Ibu Susun Perjalanan Seni Zaki Yamani, Tekankan Disiplin & Jaga Penampilan

“Saya bukan jaga penampilan sahaja, aspek fizikal juga saya ambil berat. Saya juga kerap pergi ke gimnasium untuk buat latihan kardiovaskular.

“Jika persembahan itu menuntut saya menyanyikan beberapa buah lagu bernada tinggi, setidaknya saya sudah bersedia.”

Lebih Matang Dalam Industri

Pada masa sama, Zaki mengakui dirinya kini lebih serius dan matang dalam menentukan hala tuju hidup serta kerjaya selepas melalui pelbagai pengalaman sejak mula menceburi bidang seni pada usia 13 tahun.

“Apa Yang Bapa Amalkan, Dia Turunkan Kepada Saya…,” - Ibu Susun Perjalanan Seni Zaki Yamani, Tekankan Disiplin & Jaga Penampilan

Anda mungkin berminat dengan

Ads

“Saya membesar di dalam keluarga yang tidak terlalu kaya dan tidak juga terlalu susah. Hidup kami sederhana sahaja. Saya hidup bersama ibu saya selama 20 tahun.

“Sejak usia 13 tahun, saya sudah dibentuk untuk menjadi lebih matang. Jika anda lihat diri saya yang dahulu, saya banyak main-main ketika menyanyi. Cara bercakap pun tidak serius.

“Saya betul-betul tersedar ketika masuk ke pertandingan Famili Duo. Ia membuka mata saya bahawa menyanyi ini boleh mendatangkan wang jika kita serius dan disiplin.

“Kita juga kena sentiasa positif. Kini personaliti saya juga banyak berubah,” akhirinya.

“Apa Yang Bapa Amalkan, Dia Turunkan Kepada Saya…,” - Ibu Susun Perjalanan Seni Zaki Yamani, Tekankan Disiplin & Jaga Penampilan

Terdahulu, Zaki baru sahaja melancarkan single terbaharunya berjudul Akur, hasil ciptaan bersama Bunga dan Amzar Razqa.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Lagu Patriotik Baharu ‘Kita Warga Malaysia’, Semarakkan & Perkasa Semangat Perpaduan

Bagi menyemarakkan lagi semangat patriotisme, sebuah lagu baharu berjudul Kita Warga Malaysia dilancarkan bersempena dengan bulan kemedekaan negara. Lagu patriotik itu membawa mesej bahawa tanpa mengira...