Ads

“Untuk Anugerah Lain, Mungkin Saya Tarik Diri…,”- Siti Nurhaliza Mahu Terus Bertanding Di AIM, Mahu Terus Beri Ruang Buat Komposer Muda

Screenshot

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza kekal dengan pendirian untuk terus bertanding di Anugerah Industri Muzik (AIM), meskipun ada yang berpandangan statusnya sebagai figura berpengaruh dalam industri membuatkan dia tidak lagi perlu bersaing di pentas berkenaan.

Menurut Siti, dia tidak mahu mementingkan diri sendiri kerana pencalonan di AIM bukan sekadar mengenai dirinya sebagai penyanyi, sebaliknya turut membuka ruang untuk menghargai usaha dan karya insan lain di belakang tabir.

“Untuk Anugerah Lain, Mungkin Saya Tarik Diri…,”- Siti Nurhaliza Mahu Terus Bertanding Di AIM, Mahu Terus Beri Ruang Buat Komposer Muda

“Untuk anugerah lain, saya mungkin bersedia untuk menarik diri seperti di Anugerah Juara Lagu dan Anugerah Bintang Popular. Namun, untuk AIM ini, saya tidak boleh mementingkan diri sendiri.

“Ada ramai insan lain yang perlu saya hargai. AIM adalah pentas terbaik untuk menghargai usaha keras mereka. Jadi, tiada alasan untuk saya menarik diri.

“Apabila kita membikin album, kita sentiasa mencari formula baharu dan beri peluang untuk berkolaborasi dengan anak-anak muda.

“Mereka memberikan saya ilmu baharu dan variasi untuk terus hasilkan album. Jika peluang tidak diberikan, anda tidak akan dapat lihat komposer-komposer muda untuk naik ke pentas,” katanya kepada MH.

Ads

Siti berkata sedemikian ketika ditemui di acara sidang media AIM25 yang berlangsung di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), Sarawak pada Sabtu.

“Untuk Anugerah Lain, Mungkin Saya Tarik Diri…,”- Siti Nurhaliza Mahu Terus Bertanding Di AIM, Mahu Terus Beri Ruang Buat Komposer Muda “Untuk Anugerah Lain, Mungkin Saya Tarik Diri…,”- Siti Nurhaliza Mahu Terus Bertanding Di AIM, Mahu Terus Beri Ruang Buat Komposer Muda

Raih Empat Trofi, Hargai Penilaian Juri

Pada acara penuh berprestij itu, Siti berjaya membawa pulang trofi menerusi kategori Lagu Terbaik, Vokal Wanita Terbaik, Lagu Tradisional Terbaik dan Kolaborasi Terbaik Oleh Artis Tempatan Dan Artis/Penggubah Antarabangsa.

“Untuk Anugerah Lain, Mungkin Saya Tarik Diri…,”- Siti Nurhaliza Mahu Terus Bertanding Di AIM, Mahu Terus Beri Ruang Buat Komposer Muda “Untuk Anugerah Lain, Mungkin Saya Tarik Diri…,”- Siti Nurhaliza Mahu Terus Bertanding Di AIM, Mahu Terus Beri Ruang Buat Komposer Muda

Dalam masa sama, ibu kepada dua orang cahaya mata ini merakamkan ucapan penghargaan buat para juri AIM25 yang menilai lagu-lagu di dalam album Gema Bumantara berdasarkan kualiti dan bukan populariti semata-mata.

Ads

“Untuk Anugerah Lain, Mungkin Saya Tarik Diri…,”- Siti Nurhaliza Mahu Terus Bertanding Di AIM, Mahu Terus Beri Ruang Buat Komposer Muda

“Saya juga ingin berterima kasih kepada para juri kerana menilai lagu-lagu di dalam album Gema Bumantara ini berdasarkan kekuatan karya itu sendiri.

“Bukan kerana populariti saya atau merasakan mereka perlu bagi. Setiap album itu ada penilaian dan kualiti yang tersendiri.

“Saya memang menghantar pencalonan yang lebih kerana saya tidak tahu lagu mana yang berkenan di hati juri. Lagipun saya merasakan lagu-lagu saya ada kekuatannya.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

“Para pencipta lagu, penulis lirik, penggubah muzik dan penerbit sudah buat sehabis baik. Mereka tahu bila buat album Siti Nurhaliza, mereka ada stress yang luar biasa,” ujarnya lagi.

Dalam masa sama, Siti menyifatkan lagu Pesanan Buat Diri sebagai antara karya yang cukup istimewa, malah tidak menyangka karya berkenaan akhirnya mendapat perhatian barisan juri AIM25.

“Untuk Anugerah Lain, Mungkin Saya Tarik Diri…,”- Siti Nurhaliza Mahu Terus Bertanding Di AIM, Mahu Terus Beri Ruang Buat Komposer Muda

“Saya merasakan lagu Pesanan Buat Diri ini sesuatu yang istimewa cuma saya tak tahu juri nampak atau tidak. Alhamdulillah ternyata juri nampak.

“Sebab itu saya calonkan banyak lagu kerana semuanya ada keistimewaan sendiri cuma kita tak tahu lagu manakan yang akan ada rezeki,” akhirinya.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

KES: Jalaludin Hassan Nombor Satu Raih 75.86% & Fazlina Ahmad Daud...

Bintang Kilauan Emas Selebriti (KES), Datuk Jalaludin Hassan sekali lagi berjaya menempatkan diri di kedudukan tangga pertama menerusi persembahannya pada konsert minggu separuh akhir, pada Sabtu.