Ads

Azmi Saat Seru Ibu Bapa Tak Ragu Daftar Anak Kad OKU – “Jangan Kerana Takut Dengan Pandangan Masyarakat, Kita Sendiri Tutup Pintu Peluang Anak.”

Penyanyi Azmi Saat menyeru ibu bapa yang mempunyai anak berkeperluan khas agar tidak ragu-ragu mendaftarkan anak mereka sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) hanya kerana bimbang terhadap stigma masyarakat.

Menurut Azmi, pendaftaran OKU bukanlah sesuatu yang akan membataskan masa depan anak-anak.

Sebaliknya, ia membuka peluang kepada mereka untuk mendapatkan pelbagai kemudahan dan bantuan yang disediakan.

Menerusi satu hantaran di Instagram, vokalis kumpulan Caliph Buskers itu turut berkongsi pengalaman menguruskan pendaftaran kad OKU anaknya, Khalisa, yang disifatkan sangat mudah dan pantas.

Azmi Saat Seru Ibu Bapa Tak Ragu Daftar Anak Kad OKU - “Jangan Kerana Takut Dengan Pandangan Masyarakat, Kita Sendiri Tutup Pintu Peluang Anak.”

“Kad OKU Khalisa dah siap. Saya tak pasti di negeri lain, tapi di JKM KL, hari Khamis minggu lepas saya daftar kad OKU Khalisa, hari Jumaat mereka bagitahu dah siap.

“Semalam baru berkesempatan ambil. Memang cepat urusannya.

Ads

“Saya pernah dengar ada ibu bapa yang takut atau ragu-ragu nak daftarkan anak sebagai OKU.

“Mungkin sebab stigma masyarakat, mungkin juga takut peluang anak pada masa depan akan terbatas.

“Kawan-kawan, pendaftaran OKU bukanlah penghalang masa depan. Sebaliknya, ia adalah kunci untuk mendapatkan pelbagai kemudahan, bantuan dan sokongan yang disediakan,” tulisnya.

Kad OKU Bukan Penghalang Masa Depan Anak

Dalam hantaran sama, Azmi menjelaskan pemilikan kad OKU tidak bermakna seseorang individu perlu mendedahkan status berkenaan kepada umum.

Ads

Malah, dia menambah, ibu bapa masih mempunyai hak untuk menentukan kepada siapa status tersebut ingin dikongsikan, selain terus membimbing anak-anak mengikut kemampuan dan potensi masing-masing.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azmi Saat (@azmi_saat)

 “Lagipun, kad OKU ni bukannya perlu digantung di leher supaya semua orang tahu kita OKU. Nak beritahu siapa, itu hak kita.

“Perjalanan hidup anak kita masih boleh kita corakkan mengikut kemampuan dan potensi mereka.

“Dan jangan lupa, huruf O dalam OKU tu masih bermaksud Orang. Bukannya lepas daftar, terus hilang status sebagai manusia.

Ads

“Jadi, kalau anak kita layak, jangan takut untuk daftarkan mereka,” kongsinya lagi.

Anda mungkin berminat dengan

Seru Ibu Bapa Jangan Tutup Pintu Peluang Anak

Mengakhiri perkongsian, bapa kepada seorang cahaya mata itu sekali lagi mengingatkan ibu bapa agar tidak membiarkan pandangan negatif masyarakat menjadi penghalang kepada anak-anak daripada menerima sokongan yang sewajarnya.

Azmi Saat Seru Ibu Bapa Tak Ragu Daftar Anak Kad OKU - “Jangan Kerana Takut Dengan Pandangan Masyarakat, Kita Sendiri Tutup Pintu Peluang Anak.”

“Sekali lagi saya katakan, kad OKU bukan penghalang masa depan, tetapi kunci untuk membuka lebih banyak peluang dan sokongan.

“Jangan kerana takut dengan pandangan masyarakat, kita sendiri yang menutup pintu peluang untuk anak kita,” ujarnya.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Mimi Lana Titip Kata Semangat Buat Individu Didakwa Alami Ketidakstabilan Emosi...

Pelakon Mimi Lana menitipkan kata-kata semangat kepada seorang individu yang menulis sebuah ciapan beserta dengam gambar yang menjadi sorotan di media sosial, sejak semalam.