Ads

Hani Fadzil Keguguran Selepas Hamil 5 Minggu, Alami Pendarahan & Kekejangan – “Tahap Kesakitan Yang Saya Alami Cecah 7 Hingga 10…”

Pengacara dan penyampai radio, Hani Fadzil reda menerima ketentuan Illahi apabila dia disahkan mengalami keguguran selepas lima minggu hamil cahaya mata kedua.

Menerusi hantaran di Instagram, Hani memaklumkan dia baru sahaja mengetahui tentang kehamilan tersebut pada penghujung minggu lalu.

Bagaimanapun, kegembiraan itu tidak bertahan lama apabila dia mula mengalami kesakitan disertai pendarahan yang banyak, selain kekejangan seperti kontraksi yang amat menyakitkan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hani Fadzil (@hahanybunch)

“Kami dapat tahu yang saya telah hamil lima minggu pada penghujung minggu lepas. Namun, pada hari ini, saya tidak lagi hamil.

“Perkara paling menakutkan yang boleh berlaku kepada seseorang yang sedang melalui trimester pertama kehamilan adalah apabila saya pergi ke tandas dan mendapati ada darah.

“Saya mula mengalami pendarahan yang banyak, disertai kekejangan seperti kontraksi yang menyakitkan sejak beberapa hari lalu.

“Tahap kesakitan yang saya alami mencecah 7 hingga 10 daripada skala 10,” tulisnya.

Reda Dengan Apa Saja Kemungkinan

Selepas membuat beberapa pemeriksaan, kandungan Hani dilaporkan mengalami keguguran disebabkan ‘chemical pregnancy’.

Ads

Hani Fadzil Keguguran Selepas Hamil 5 Minggu, Alami Pendarahan & Kekejangan - “Tahap Kesakitan Yang Saya Alami Cecah 7 Hingga 10…” Hani Fadzil Keguguran Selepas Hamil 5 Minggu, Alami Pendarahan & Kekejangan - “Tahap Kesakitan Yang Saya Alami Cecah 7 Hingga 10…”

“Ia sangat menakutkan. Saya ketakutan dan saya tahu suami saya juga risaukan keadaan saya.

“Namun, dalam diam, kami berdua sudah bersedia menerima apa sahaja kemungkinan yang bakal berlaku kepada kami. Kami cuba bertenang dan bertawakal kepada Allah.

“Selepas beberapa hari dibelenggu ketidakpastian dan kebimbangan, kami mendapatkan pemeriksaan daripada beberapa orang doktor.

Ads

“Akhirnya, kami menerima pengesahan yang selama ini kami nantikan dalam keadaan penuh debaran, iaitu saya mengalami kehilangan kandungan pada peringkat awal akibat kehamilan kimia (chemical pregnancy),” ujarnya.

Dalam masa sama, penyampai radio Mix FM itu turut merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang mengambil berat dan menitipkan kata-kata semangat buat dirinya sepanjang melalui detik sukar berkenaan.

Hani Fadzil Keguguran Selepas Hamil 5 Minggu, Alami Pendarahan & Kekejangan - “Tahap Kesakitan Yang Saya Alami Cecah 7 Hingga 10…”

Kongsinya lagi, dia kini memerlukan sedikit waktu untuk berehat dan memulihkan keadaan fizikal serta mentalnya sebelum kembali menjalani rutin harian seperti biasa.

Ads

“Terima kasih kepada semua yang mengambil berat dan bertanya khabar tentang keadaan saya. Buat masa ini, saya sedang berehat dan dalam proses pemulihan.

Anda mungkin berminat dengan

“Saya juga ingin memohon maaf kepada mereka yang masih belum menerima balasan daripada saya berkenaan urusan kerja.

“Saya akan memberikan maklum balas sebaik sahaja keadaan fizikal dan mental saya kembali pulih.

“Insya-Allah, semuanya akan kembali baik dan saya akan kembali bangkit seperti sedia kala dalam masa terdekat,” kongsinya lagi.

Sekadar informasi, Hani dan suami, Wan Faiz Wan Nor telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 7 Julai 2017.

Hasil perkongsian hidup tersebut pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata bernama Faris Salazar.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

“Tempoh Ini Amat Berat…,”- 10 Tahun Bergelar Anak Seni, Ara Johari...

Penyanyi Ara Johari mengakui perjalanan selama 10 tahun dalam industri muzik bukanlah sesuatu yang mudah.