Ads

“ Dia Masih Belum Boleh Bercakap, Saya Sayangkan Dia…,” – Rupanya Sudah 6 Tahun Faizul Bersara Jadi Penyanyi, Fokus Jaga Anak Istimewa

Selepas enam tahun memilih untuk bersara daripada dunia seni, penyanyi dan komposer, Faizul akhirnya terbuka hati untuk kembali ke pentas nyanyian menerusi program Gegar Vaganza musim ke-13 (GV13).

Mengakui sukar untuk menolak tawaran yang diberikan, Faizul menyifatkan GV13 sebagai sebuah pentas besar yang membuka ruang buat dirinya kembali mencabar kemampuan selepas sekian lama menyepi.

“ Dia Masih Belum Boleh Bercakap, Saya Sayangkan Dia…,” - Rupanya Sudah 6 Tahun Faizul Bersara Jadi Penyanyi, Fokus Jaga Anak Istimewa

“Saya memang tak boleh tolak tawaran ini kerana bagi saya pentas GV13 ini sangat besar. Walaupun saya sudah enam tahun bersara, bila dapat tawaran daripada Astro, saya terima,” katanya kepada MH.

Juara Akademi Fantasia musim ke-10 (AF10) itu berkata demikian ketika ditemui pada sidang media GV13 yang berlangsung di Menara Ken, Kuala Lumpur, pada Khamis.

Bersara Demi Sepenuh Perhatian Kepada Anak Istimewa

Jelas Faizul, keputusan untuk bersara dibuat bagi membolehkannya memberikan sepenuh tumpuan untuk menjaga anak sulungnya, Noah, yang menghidap Autism Spectrum Disorder (ASD).

“ Dia Masih Belum Boleh Bercakap, Saya Sayangkan Dia…,” - Rupanya Sudah 6 Tahun Faizul Bersara Jadi Penyanyi, Fokus Jaga Anak Istimewa

“Selama saya bersara, saya memang tidak menyanyi lagi. Saya tumpukan sepenuh perhatian untuk menjaga anak saya yang kelainan upaya (OKU).

Ads

“Saya memang menjaga anak saya sepenuh masa. Namun, saya masih menerima bayaran royalti sehingga sekarang. Banyak juga tawaran persembahan yang saya terpaksa tolak.

“Saya memang tidak boleh memberikan komitmen,” ujarnya.

Bagi Faizul, kasih sayangnya yang mendalam terhadap anak menjadikan keputusan untuk meninggalkan dunia seni ketika itu bukan sesuatu yang sukar. Malah, dia tidak keberatan berbuat demikian demi memberikan perhatian sepenuhnya kepada permata hatinya.

“ Dia Masih Belum Boleh Bercakap, Saya Sayangkan Dia…,” - Rupanya Sudah 6 Tahun Faizul Bersara Jadi Penyanyi, Fokus Jaga Anak Istimewa

“Anak saya dilahirkan ketika pandemik COVID-19. Ketika itu, tawaran kerja memang sudah tidak ada. Keputusan untuk bersara itu sangat mudah untuk dibuat.

Ads

“Saya sangat sayang dengan anak saya. Keadaannya sudah semakin okay dan usianya kini sudah enam tahun. Dia sudah pandai memberikan respon apabila kita panggil.

“Selepas makan, dia sudah pandai meletakkan pinggan di singki. Saya sebenarnya tak tahu nak jangkakan apa-apa daripada anak saya. Saya hanya mengharapkan yang terbaik.

“Dia masih belum boleh bercakap. Kita pun tak tahu sama ada dia boleh bercakap atau tidak. Dia tidak mudah mengamuk, segalanya masih boleh dikawal,” kongsinya lagi.

Bawa Ibu Bapa Dari Sabah Demi Komitmen GV13

Bagi memastikan komitmennya sepanjang saingan Gegar Vaganza musim ke-13 (GV13) berjalan lancar, Faizul mengambil inisiatif membawa kedua-dua ibu bapanya dari Sabah ke Kuala Lumpur untuk membantu menjaga anaknya sepanjang tempoh pertandingan.

“ Dia Masih Belum Boleh Bercakap, Saya Sayangkan Dia…,” - Rupanya Sudah 6 Tahun Faizul Bersara Jadi Penyanyi, Fokus Jaga Anak Istimewa

Ads

“Untuk GV13 ini, saya terbangkan ibu bapa saya daripada Sabah ke Kuala Lumpur. Mereka juga baru sahaja bersara. Perancangan Allah itu sangat baik.

Anda mungkin berminat dengan

“Untuk kembali aktif sepenuhnya, kita lihatlah nanti bagaimana. Namun, untuk GV13 saya akan berikan komitmen penuh,” akhirinya.

Terdahulu, GV Fantasia bakal bersiaran bermula 8 November ini menerusi saluran Astro Ria, Astro Go dan sooka.

Selain Faizul, antara barisan peserta yang turut bertanding termasuklah Mawi, Stacy, Firman, Vince, Zahid, Mila, Faizal dan Shahir.

“ Dia Masih Belum Boleh Bercakap, Saya Sayangkan Dia…,” - Rupanya Sudah 6 Tahun Faizul Bersara Jadi Penyanyi, Fokus Jaga Anak Istimewa

Empat lagi peserta masih menjadi tanda tanya dan bakal diumumkan pada konsert minggu pertama.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Mimi Lana Titip Kata Semangat Buat Individu Didakwa Alami Ketidakstabilan Emosi...

Pelakon Mimi Lana menitipkan kata-kata semangat kepada seorang individu yang menulis sebuah ciapan beserta dengam gambar yang menjadi sorotan di media sosial, sejak semalam.