Ads

Shahir Zawawi ‘Hilang’ 12KG Sebelum GV Fantasia, Berat Badan Pernah Cecah 100KG! – “Saya Diet Agak ‘Hardcore’ Juga.”

Penyanyi yang bakal bersaing di pentas Gegar Vaganza Fantasia (GV Fantasia), Shahir Zawawi mendedahkan dia kini berjaya menurunkan berat badan sebanyak 12 Kilogram (KG) dalam tempoh tiga minggu.

Menurut Shahir, dia sebelum ini terlalu selesa dengan keadaan dirinya sehingga tidak menyedari berat badannya pernah mencecah 100KG sebelum ini.

Berat Cecah 100KG, Shahir Mula Rasa Mengah

“Persiapan saya menjelang nak masuk GV Fantasia ni memang saya nak kuruskan badan. Sebelum ini saya sangat selesa dengan keadaan diri sebab tak ada buat apa-apa persembahan.

“Jadi, saya selesa pakai baju jubah sampai tak sedar yang badan ini sudah jadi semakin besar. Bila berat cecah 100KG, mulalah rasa mengah.

“Jadi bagus juga sertai ada GV ini, membuatkan saya mahu ‘pushm diri untuk kuruskan badan semula selain untuk jaga kesihatan juga,” katanya.

Shahir Zawawi ‘Hilang’ 12KG Sebelum GV Fantasia, Berat Badan Pernah Cecah 100KG! – “Saya Diet Agak ‘Hardcore’ Juga.” Shahir Zawawi ‘Hilang’ 12KG Sebelum GV Fantasia, Berat Badan Pernah Cecah 100KG! – “Saya Diet Agak ‘Hardcore’ Juga.” Shahir Zawawi ‘Hilang’ 12KG Sebelum GV Fantasia, Berat Badan Pernah Cecah 100KG! – “Saya Diet Agak ‘Hardcore’ Juga.”

Baca Artikel Lain; 

Ads

https://www.mediahiburan.my/gv13-bawa-kembali-fenomena-af-stacy-vince-mawi-barisan-bintang-af-bakal-gegarkan-pentas-4-lagi-peserta-diumumkan-minggu-pertama/

Akui Pernah Diet Ekstrem

Dalam pada itu, juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) ini mengakui dia mengamalkan diet yang ekstrem sehingga pernah tidak makan selama seminggu demi menurunkan berat badan.

“Saya diet agak ‘hardcore’ juga. Ada seminggu saya tak makan kemudian saya joging. Ada ketikanya saya makan sehari lepas itu, saya sambung tiga hari tak makan.

“Saya memang dari dulu begitu. Kalau siapa yang pernah melihat dulu, saya macam ‘yo-yo’ kan. Memang itulah caranya dan saya kena ada ‘push factor’ untuk dapatkan berat badan ideal.

Ads

“Kalau kata saja-saja nak kurus, tidaklah juga. Tapi bila ada macam ni seperti tuntutan kerja, okeylah. Kita akan cuba untuk ‘push’ diri kan,” ujarnya lagi.

Shahir Zawawi ‘Hilang’ 12KG Sebelum GV Fantasia, Berat Badan Pernah Cecah 100KG! – “Saya Diet Agak ‘Hardcore’ Juga.”

Shahir Zawawi ‘Hilang’ 12KG Sebelum GV Fantasia, Berat Badan Pernah Cecah 100KG! – “Saya Diet Agak ‘Hardcore’ Juga.” Shahir Zawawi ‘Hilang’ 12KG Sebelum GV Fantasia, Berat Badan Pernah Cecah 100KG! – “Saya Diet Agak ‘Hardcore’ Juga.”

Ads

GV Fantasia Bakal Jadi Fenomena!

Sementara itu, Astro secara rasmi memperkenalkan barisan bintang yang bakal bersaing dalam program realiti popular, Gegar Vaganza musim ke-13 (GV13), pada Khamis.

Anda mungkin berminat dengan

Membawakan tema Gegar Vaganza Fantasia, GV13 bakal menyaksikan persaingan sengit antara barisan penyanyi yang pernah mencipta nama menerusi program realiti popular terbitan Astro, Akademi Fantasia (AF), suatu ketika dahulu.

GV Fantasia bakal memulakan saingannya pada 8 November depan, jam 9 malam, secara langsung menerusi Astro Ria (saluran 104), berlangsung selama 11 minggu dari Auditorium MBSA, Shah Alam.

Program hiburan keluarga ini juga boleh ditonton menerusi platform Astro One dan sooka.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial)

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

GV13 Bawa Kembali Fenomena AF! Stacy, Vince, Mawi & Barisan Bintang...

Setelah sekian lama peminat berteka-teki, Astro akhirnya memperkenalkan barisan bintang yang bakal bersaing dalam program realiti popular, Gegar Vaganza musim ke-13 (GV13).