Ads

Jaja Ishak Teruja, Anggap Kerjasama Hasilkan OST Bersama Haqiem Rusli Satu ‘Jackpot’ – “Saya Ingat Dia Berlagak, Rupanya Sangat Mesra, Rendah Diri.”

Penerbit drama, Jaja Ishak menyifatkan perkenalan dan kerjasamanya dengan penyanyi, Haqiem Rusli sebagai satu ‘jackpot’ apabila bersetuju untuk menyanyikan lagu Katamu Sekejap yang turut diangkat sebagai lagu tema (OST) bagi drama terbaharu terbitannya, Sepenuh Hati Rindu.

Jaja meluahkan rasa teruja dan gembira apabila tawarannya diterima baik Haqiem, memandangkan syarikatnya lebih dikenali sebagai syarikat penerbitan drama dan bukannya sebuah label muzik besar.

Menurut Jaja, Haqiem menjadi antara penyanyi pilihannya untuk menyampaikan lagu tema bagi drama berkenaan kerana tertarik dengan kekuatan vokal serta penghayatan emosi penyanyi yang pernah memenangi tempat di Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) menerusi lagu Mimpi itu.

Jaja Ishak Teruja, Anggap Kerjasama Hasilkan OST Bersama Haqiem Rusli Satu ‘Jackpot’ - “Saya Ingat Dia Berlagak, Rupanya Sangat Mesra, Rendah Diri.” Jaja Ishak Teruja, Anggap Kerjasama Hasilkan OST Bersama Haqiem Rusli Satu ‘Jackpot’ - “Saya Ingat Dia Berlagak, Rupanya Sangat Mesra, Rendah Diri.”

Baca Artikel Lain;

https://www.mediahiburan.my/jangan-disebabkan-saya-sudah-berkahwin-anda-tidak-minat-lagi-haqiem-rusli-percaya-rezeki-allah/

Haqiem Sebagai Pilihan Tepat

Jaja turut menambah, karakter vokal dan identiti muzik Haqiem dilihat bersesuaian dengan jalan cerita Sepenuh Hati Rindu yang banyak mengetengahkan pelbagai emosi, termasuk kesedihan, kedukaan dan kekecewaan.

Malah jelasnyq lagi, lagu tema memainkan peranan penting dalam menghidupkan sesebuah drama.

Justeru, dia seboleh-bolehnya mahu terlibat secara langsung dalam proses penghasilan lagu berkenaan.

Ads

Pendekatan itu membolehkannya menyumbangkan idea berdasarkan pemahamannya terhadap jalan cerita, konflik serta perjalanan emosi setiap watak dalam drama tersebut.

Menerusi lagu Katamu Sekejap, Jaja berkongsi tanggungjawab menulis lirik bersama Haqiem dengan masing-masing menyumbang sebanyak 50 peratus.

Manakala komposisi lagu berkenaan dihasilkan oleh Haqiem dengan kerjasama Iqie Hugh.

Jaja Ishak Teruja, Anggap Kerjasama Hasilkan OST Bersama Haqiem Rusli Satu ‘Jackpot’ - “Saya Ingat Dia Berlagak, Rupanya Sangat Mesra, Rendah Diri.”

Jaja Ishak Teruja, Anggap Kerjasama Hasilkan OST Bersama Haqiem Rusli Satu ‘Jackpot’ - “Saya Ingat Dia Berlagak, Rupanya Sangat Mesra, Rendah Diri.”

Ads

Haqiem Rupanya Mesra & Rendah Diri

Dalam pada itu, Jaja turut mendedahkan tanggapan awalnya terhadap bintang berusia 28 tahun itu, sebelum mereka berpeluang mengenali satu sama lain dengan lebih rapat.

Jaja mengakui pernah menyangka pemilik nama Ridzuan Haqiem Rusli itu seorang yang sombong dan sukar didekati, memandangkan statusnya sebagai artis popular.

Bagaimanapun, persepsi tersebut berubah sepenuhnya selepas mereka pertama kali bertegur sapa dan meluangkan masa berbual di belakang tabir ketika menghadiri sebuah majlis.

“Biasalah kita ini ada rasa segan dan ego. Masa itu rasa tidak mahu panggil budak ini, ingat dia berlagak ke apa kan?

“Tapi lepas disaran rakan-rakan untuk bertegur sapa, saya pergi jumpa dia dan ajak makan sekali.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

“Bila berborak, saya baru sedar budak ini sebenarnya tidaklah sombong seperti yang disangka. Walaupun dia artis hebat dan berstatus tinggi, dia sangat mesra dan rendah diri.

“Dari situ terus timbul ilham untuk bekerjasama hasilkan lagu Katamu Sekejap ini,” katanya lagi.

Lagu Katamu Sekejap, dilancarkan di platform penstriman digital sebagai lagu tema utama drama Sepenuh Hati Rindu mulai 26 Oktober ini.

Drama 20 episod yang dibintangi Shah Jazle, Farah Nabilah, Razzuan Rosli dan barisan pelakon lain itu bersiaran menerusi slot Samarinda TV3 bermula 27 Oktober ini.

Jaja Ishak Teruja, Anggap Kerjasama Hasilkan OST Bersama Haqiem Rusli Satu ‘Jackpot’ - “Saya Ingat Dia Berlagak, Rupanya Sangat Mesra, Rendah Diri.” Jaja Ishak Teruja, Anggap Kerjasama Hasilkan OST Bersama Haqiem Rusli Satu ‘Jackpot’ - “Saya Ingat Dia Berlagak, Rupanya Sangat Mesra, Rendah Diri.”

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial)

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

“Teruja Dapat Jumpa Orang Temerloh!” – Tomok Bakal Meriahkan Fiesta Tun...

Penyanyi Tomok, meluahkan rasa teruja apabila diberi peluang menghiburkan masyarakat Temerloh, menerusi Fiesta Tun Teja yang bakal berlangsung pada 6 hingga 8 November 2026...