Seiring dengan perkembangan pesat industri perfileman, genre seram kekal sebagai pilihan utama penonton.
Melihat kepada permintaan tinggi ini, rumah produksi Golden Star Pictures Sdn. Bhd. (GSPSB) tampil dengan filem sulung mereka berjudul Polong.
Pengarahnya, Zulkarnain Azhar, tertarik untuk mengarahkan filem ini kerana jalan ceritanya yang unik dan penuh dengan makna tersirat.
“Antara tarikan dalam naskhah ini, Polong adalah sebuah filem yang bertemakan dosa silam, legasi serta akibat yang tidak dapat dielakkan kesan daripada perbuatan masa lampau, terutama sekali dengan mengamalkan ilmu hitam.
“Ia bukan sekadar sarat dengan elemen seram, tetapi menjadi simbolik kepada kegelapan yang kita bawa dalam diri kita sendiri, sama ada melalui dosa masa lalu atau trauma yang tidak dapat diselesaikan,” jelasnya.
Ads
Mengangkat kisah Maria Hadi iaitu seorang wanita yang mengamalkan ilmu hitam dan dihantui dosa lampaunya, Polong membawa penonton menyelami perjalanan seorang manusia yang mencari keampunan di penghujung usianya.
Namun, segala yang ditinggalkannya menjadi beban kepada pewarisnya, termasuklah polong belaan yang menuntut bela atas kematiannya.
Filem ini bakal memulakan penggambaran pada Mei depan dengan menampilkan pelakon seperti Mimi Lana, Fad Anuar, Namron, June Lojong, dan Nadiya Nisaa.
Permintaan Pasaran Semasa
Dalam pada itu, penerbit eksekutif GSPSB, Onn Norshal Hamzah, menjelaskan pihaknya memilih genre seram sebagai projek pertama kerana filem sebegini sentiasa mendapat sambutan hangat di pasaran.
Ads
“Pemilihan Polong telah melalui satu proses diskusi yang sistematik dengan melihat kepada kekuatan komersil yang tinggi, selain dijangka mampu memberikan impak saingan dalam pasaran filem tempatan dan luar di pawagam.
“Dengan kualiti penceritaan, penerbitan dan kuasa pasaran yang kuat bagi genre seram, pihak GSPSB yakin dengan kemampuan kami untuk menawarkan kelainan dari segi karya dengan kekuatan yang merangkumi semua aspek penerbitan,” katanya.
Ads
Gabungan Pengarah Berpengalaman
Dalam memastikan kejayaan Polong, GSPSB memilih Zulkarnain Azhar sebagai pengarah berdasarkan rekod cemerlangnya menerusi filem-filem seperti Takluk, Air Force, dan J Revolusi.
“Dengan pemilihan Zulkarnain selaku teraju utama filem ini, kami yakin filem ini pasti menjadi satu lagi naskhah yang ditunggu oleh pencinta filem tempatan yang sentiasa dahagakan karya bertenaga dan komersil.
“Penglibatan 10 Star Cinemas Sdn. Bhd. sebagai pengedar dan agen pemasaran filem ini akan menjadi satu langkah strategik untuk mempersiapkan filem ini sebelum memasuki pawagam.
“Kami percaya 10 Star Cinemas Sdn. Bhd., yang memiliki rangkaian pawagam komuniti serta pasukan profesional pengedaran berpengalaman, mampu mengangkat filem ini ke destinasi pasaran yang disasarkan,” tambahnya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kecoh di media sosial sejak semalam apabila wujud satu akaun di aplikasi sosial, TikTok yang mendedahkan ‘sisi gelap’ lelaki yang didakwa sebagai seorang pelakon.
Apa yang mengejutkan, akaun TikTok berkenaan yang turut menggunakan nama lelaki itu mendakwa dia sedang mengandungkan anak aktor tersebut.
Bukan itu saja, individu terbabit juga mendakwa aktor itu tidak mahu bertanggungjawab dengan apa yang sudah terjadi.
Lalu, pelbagai reaksi telah diberikan warganet menerusi ruangan komen setiap hantaran yang dimuat naik menerusi akaun terbabit.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada dakwaan tersebut sahih atau sebaliknya.
Malah, akaun itu pun tidak pula menggunakan nama betul sebaliknya hanya gunakan nama aktor tersebut sebagai nama akaun TikTok.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tiap kali menjelang Ramadan dan Syawal, penyanyi Tajul Arif pasti teringatkan arwah bapa serta abangnya, Allahyarham Abdillah Murad Md Shari atau Achik Spin.
Kongsi Tajul atau nama lengkapya, Tajul Ariff Noor Md Shari, ikatan hubungan kekeluargaan di antara adik-beradik sememangnya akrab.
“Sejujurnya, kami semua adik-beradik memang rapat, jadi bila tiba waktu puasa dan raya, automatik semua akan teringat-ingat. Mula-mula ayah saya yang pergi, lepas tu arwah Achik pula.
“Jadi sudah dua orang tak ada pergi buat selama-lamanya. Apa pun saya reda,” katanya.
Tajul bagaimanapun tidak menafikan, tempoh hubungan bersama arwah abang berjalan singkat memandangkan dirinya masih kecil ketika itu.
Malah menurut penyanyi berusia 24 tahun lagi, arwahAchik yang juga penyanyi terkenal 90-an, jarang berada di rumah oleh kerana sibuk dengan kerjaya seninya, sebelum ini.
“Saya terus terang cakap, saya dengan dia sebenarnya masa saya kecil memang rapat. Cuma ketika saya dalam darjah tiga atau empat macam tu, kami jarang dapat isi masa sebab kami jarang jumpa.
“Dulu pun dia sibuk kerja, jadi arwah memang jarang balik dan ada kat rumah. Kebiasaannya, dapat jumpa dalam bulan puasa atau raya,” katanya lagi.
Tajul berkongsi hal tersebut ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa FMC Music di Hotel Tenera, Bangi, baru-baru ini.
Imbas kembali, Achik yang juga vokalis kumpulan Spin meninggal dunia pada 17 April 2010 dalam satu kemalangan di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd (Lekas).
Achik meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian anggota badan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi terkenal, Conor Maynard, sebelum ini terpalit kontroversi apabila namanya dipetik sebagai bapa kepada bayi yang baru dilahirkan bintang The Traitors, Charlotte Chilton.
Namun kini,...