Ads

“Harap Kita Dapat Berunding,” – Datuk Red Minta Maaf Secara Terbuka Kepada Adira, Mahu Hentikan Isu Demi Anak-Anak

Usahawan yang juga pempengaruh, Datuk Seri Adnan Abu tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada bekas isterinya yang juga penyanyi, Adira Suhaimi di atas segala tindakan dan keterlanjuran katanya di platform media sosial, sebelum ini.

Permohonan maaf itu dibuat oleh Adnan atau lebih mesra disapa Datuk Red menerusi satu hantaran video di aplikasi Tik Tok.

“Harap Kita Dapat Berunding,” – Datuk Red Minta Maaf Secara Terbuka Kepada Adira, Mahu Hentikan Isu Demi Anak-Anak

“Video ini ditujukan khas kepada bekas isteri saya, Siti Adira Suhaimi dan pihak peguamnya.

“Permohonan maaf ini ikhlas daripada saya di atas sifat keterlanjuran saya di media sosial secara langsung ataupun tak langsung,” katanya.

Menerusi video berdurasi 47 saat itu, Adnan turut berharap agar permohonan maaf ini dapat menamatkan persengketaan diantara dirinya dan Adira.

Ads

Katanya lagi, dia kini hanya mahu memberikan fokus untuk sama-sama membesarkan anak-anak walaupun dia dan Adira kini sudah tidak bersama lagi.

“Harap Kita Dapat Berunding,” – Datuk Red Minta Maaf Secara Terbuka Kepada Adira, Mahu Hentikan Isu Demi Anak-Anak

“Diharapkan dengan permohonan maaf ini, kita dapat tamatkan perbalahan dan boleh berunding tentang cara bagaimana untuk kita membesarkan dan mengaja anak-anak dengan haluan masing-masing,” ujarnya lagi.

Ads

Adira Pernah Luah Rasa

Sebelum ini, Adira meluahkan rasa terkilan dengan tindakan Datuk Red yang didakwa meletakkan syarat bagi menyelesaikan kemelut kes rujuk mereka.

“Harap Kita Dapat Berunding,” – Datuk Red Minta Maaf Secara Terbuka Kepada Adira, Mahu Hentikan Isu Demi Anak-Anak

Adira mendedahkan usahawan itu meminta bayaran sebanyak RM100,000 sebagai salah satu syarat untuk membatalkan kes selain menggugurkan kes saman sivil berkaitan tuntutan hutang.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Datuk Red bagaimanapun menyangkal dakwaan itu dan menegaskan tidak pernah membuat sebarang tawaran itu.

Dia juga turut hadir ke program Talk To My Manager 2 dua minggu lalu untuk memberi sokongan terhadap anaknya, Anggrek selain ingin memohon maaf kepada Adira atas kekhilafan yang berlaku di mahkamah semasa prosiding pengesahan rujuk mereka baru-baru ini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

Sumber & Kredit Foto: Tik Tok Datuk Red & Instagram Adira

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Sejarah Tercipta! KRISTAL OG Buktikan 25 Tahun Masih ‘Solid’, ZEPP KL...

Buat julung kalinya, Pertubuhan Kasih KhaiRosma (PKKR) berjaya menganjurkan konsert sulung mereka menerusi persembahan penuh bermakna, Konsert KRISTAL OG – 25 Tahun Perjalanan yang...
error: Hello. Cannot.