Ads

TTMM2: Tersingkir Mengejut Di Minggu Ketiga, Nana Mahazan & Althea Catat Markah Rendah 56.67% & Anak Ani Maiyuni Masih Nombor Satu!

Selebriti Nana Mahazan dan anaknya, Althea menjadi pasangan pertama yang tersingkir daripada meneruskan saingan Talk To My Manager 2 (TTMM2) Ahad depan selepas pasangan ini mencatatkan markah terendah dalam saingan minggu ketiga, malam tadi.

Mereka hanya meraih 58.67% daripada juri menerusi persembahan Halaman Cinta, nyanyian asal Misha Omar.

Selain Nana dan Althea, turut berada dalam kelompok tiga terbawah ialah Dato’ Fazley & Fariedz Fazley yang memperoleh 60.00%, serta Adira & Anggrek dengan 59.00%.

TTMM2: Tersingkir Mengejut Di Minggu Ketiga, Nana Mahazan & Althea Catat Markah Rendah 56.67% & Anak Ani Maiyuni Masih Nombor Satu! TTMM2: Tersingkir Mengejut Di Minggu Ketiga, Nana Mahazan & Althea Catat Markah Rendah 56.67% & Anak Ani Maiyuni Masih Nombor Satu! TTMM2: Tersingkir Mengejut Di Minggu Ketiga, Nana Mahazan & Althea Catat Markah Rendah 56.67% & Anak Ani Maiyuni Masih Nombor Satu!

Viviana Terus Sukses!

Sementara itu, Ani Maiyuni & Viviana sekali lagi mendahului carta dengan markah tertinggi minggu ini iaitu sebanyak 84.33%, diikuti Safura & Kim Khairii (81.67%) dan Dato’ A. Aida & Azeva (74.33%).

Ads

Kedudukan seterusnya menyaksikan Linda Jasmine & Ratu meraih 69.00%, Jamilulhayat & Hussain (65.00%), Dato’ Sri Vida & Cik B (61.33%) serta Pak Azad & Amarra dengan 60.33%.

Anugerah Inspirasi Kasih Eskayvie bagi minggu ketiga pula menjadi milik Safura & Kim Khairii, membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,000 berserta hamper sumbangan Eskayvie.

Dato’ A Aida pula diundi peminat sebagai Manager Paling Perform untuk dua minggu berturut-turut.

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial)

Program ini dikendalikan oleh pengacara Aznil Nawawi, bersama barisan juri iaitu Sarimah Ibrahim, Dato’ AC Mizaldan Ramli M.S selaku juri jemputan.

Setiap pasangan ‘pengurus-artis’ dinilai secara keseluruhan dengan pecahan 60 peratus untuk pengurus dan 40 peratus untuk artis.

Ads

Saksikan konsert TTMM2 setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam.

Anda mungkin berminat dengan

Program ini juga boleh distrim secara On Demand menerusi aplikasi Astro GO dan Sooka.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial)

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Lain Dari Lain! Sam Lim & Parisa Ardina Pilih Pre-Wedding Selepas...

Pasangan pempengaruh media sosial, Sam Lim dan Parisa Ardina sekali lagi mencuri perhatian apabila perkongsian mereka menjalani penggambaran ‘pre-wedding’ selepas sah bergelar suami isteri tular di media sosial.
error: Hello. Cannot.