
Penerbit terkenal, Datuk A. Aida tidak menyangka apabila tiket untuk menonton filem Bisikan Nafsu bersama heroin yang juga anaknya, Azeva Natassha, selama lima hari bermula semalam kini hampir habis terjual.
Inisiatif tersebut diadakan sebagai tanda penghargaan kepada peminat yang selama ini memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada buat keduanya itu sepanjang hampir setahun bergelar anak seni.
Menurut A. Aida, pihaknya kini menerima banyak permintaan daripada peminat agar program tersebut diteruskan di lokasi-lokasi lain.
Tiket Hampir Habis Terjual
“Alhamdulillah tiket untuk menonton filem Bisikan Nafsu untuk lima hari bersama Azeva sudah pun hampir habis dijual. Untuk tayangan hari ini pula, semuanya sudah habis dijual.
“Malah, ramai yang minta Azeva tambah bilangan tiket dan tukar lokasi tayangan pula. Namun, semuanya sudah diatur lebih awal dan waktu tidak boleh diubah.
“Yang tidak dapat menonton bersama Azeva, jangan risau. Azeva ada lima hari lagi untuk menonton bersama peminat.
“Jadi, yang ingin menonton bersama Azeva, kalian perlu beli tiket diatas talian secepat mungkin. Terima kasih kepada suluruh rakyat Malaysia yang telah menyokong filem ini,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, A. Aida turut memuji usaha Azeva yang juga penerbit bersama filem berkenaan kerana turun padang mempromosikan karya tersebut.
“Saya juga terharu dengan segala usaha yang telah diberikan oleh Azeva selaku heroin, penyanyi OST dan penerbit.
“Memang sudah menjadi tugas penerbit untuk mempromosikan filemnya sendiri. Bila Azeva sendiri turun padang menonton bersama peminat, itu merupakan satu bentuk penghargaan,” kongsinya lagi.

Baca Artikel Lain;
Harap Sambutan Luar Biasa
Dalam pada itu, A. Aida turut berharap filem ini mendapat sambutan luar biasa daripada peminat kerana karya tersebut sarat dengan mesej positif dan nasihat.
Anda mungkin berminat dengan
“Harapan saya semoga filem ini mendapat sambutan yang luar biasa daripada semua rakyat Malaysia. Karya ini punyai banyak objektif dan mesej yang ingin disampaikan kepada penonton,” akhirinya.
Terdahulu, filem Bisikan Nafsu sudah mula ditayangkan di pawagam seluruh negara sejak semalam.
Selain Azeva, filem arahan Riza Baharudin itu turut menampilkan barisan pelakon seperti Aniq Suhair, Zul Huzaimi, Aleza Shadan, Raja Azmi dan Ezzaty Abdullah.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

