Ads

“Kepada Yang Berhati Busuk Silalah Baca Ni,” – Puteri Sarah Perjelas Sebab Tak Datang Majlis BASS, Kongsi Perbualan Bersama Bella Astillah

Pelakon Puteri Sarah Liyana akui terkilan dengan sikap segelintir pihak yang membuat andaian sendiri susulan ketidakhadirannya pada majlis resepsi perkahwinan rakan artis, Bella Astillah bersama ahli politik, Syed Saddiq, Ahad lalu.

Menurut Puteri Sarah, dia tidak dapat menghadiri majlis berkenaan atas komitmen kerja yang tidak dapat dielakkan.

Justeru, dia menyifatkan tindakan segelintir pihak yang membuat spekulasi tanpa mengetahui perkara sebenar sebagai sesuatu yang tidak wajar, malah seolah-olah sengaja mencari ruang untuk memburukkan keadaan.

“Kepada Yang Berhati Busuk Silalah Baca Ni,” - Puteri Sarah Perjelas Sebab Tak Datang Majlis BASS, Kongsi Perbualan Bersama Bella Astillah

“Semua benda nak kena explain, penat. Kepada yang berhati busuk silalah baca ni dan selepas ini, tengok story saya ya sebelum menghakimi,” tulisnya.

Perkara itu dikongsikan pelakon drama Polis Peronda itu menerusi satu hantaran di aplikasi Threads.

Kongsi Mesej Peribadi Dengan Bella

Menerusi hantaran sama, Puteri Sarah turut berkongsi tangkap layar perbualannya bersama Bella, memaklumkan sebab dia tidak dapat menghadiri majlis berkenaan selain memohon maaf.

Dalam perbualan itu, Puteri Sarah turut menitipkan doa buat Bella dan Syed Saddiq agar perkahwinan yang dibina berkekalan serta bahagia hingga ke akhir hayat.

Ads

“Kepada Yang Berhati Busuk Silalah Baca Ni,” - Puteri Sarah Perjelas Sebab Tak Datang Majlis BASS, Kongsi Perbualan Bersama Bella Astillah

“Salam, tahniah! Maaf tak dapat datang sebab ada penggambaran telefilem.

“Tahniah atas perkahwinan awak. Semoga kalian dikurniakan kehidupan bersama yang dipenuhi kasih sayang tanpa penghujung, kebahagiaan dan kenangan indah.

“Semoga Allah memberkati perkahwinan kalian dengan ketenangan, persefahaman, keberkatan yang melimpah-ruah serta cinta yang semakin kukuh dari hari ke hari.

Ads

“Semoga kalian sentiasa menemukan ketenangan, keselesaan dan kebahagiaan dalam diri masing-masing. Salam juga buat suami awak ya,” tulis Puteri Sarah.

Bella Faham Komitmen Kerja, Balas Dengan Doa

Malah, mesej berkenaan turut mendapat reaksi Bella yang memahami situasi Puteri Sarah dan tidak berkecil hati dengan ketidakhadirannya pada majlis berkenaan atas urusan kerja.

“Kepada Yang Berhati Busuk Silalah Baca Ni,” - Puteri Sarah Perjelas Sebab Tak Datang Majlis BASS, Kongsi Perbualan Bersama Bella Astillah

“Waalaikumsalam, Sarah. Eh, tak apa, terima kasih banyak atas ucapan dan doa yang sangat indah! Amin ya Rabbal Alamin.

Ads

“Tak apa, jangan risau langsung! Saya sangat faham, kerja perlu diutamakan. Kata-kata baik dan doa awak pun dah cukup bermakna!

Anda mungkin berminat dengan

“Saya sangat menghargainya. Semoga Allah juga mengurniakan awak kebahagiaan yang tidak berkesudahan, rezeki yang melimpah ruah dan keberkatan dalam hidup. InSha Allah,” balasnya.

Terdahulu, Bella dan Syed Saddiq selamat melangsungkan majlis resepsi pertama mereka yang berlangsung di MAEPS, Serdang pada Ahad lalu.

“Kepada Yang Berhati Busuk Silalah Baca Ni,” - Puteri Sarah Perjelas Sebab Tak Datang Majlis BASS, Kongsi Perbualan Bersama Bella Astillah

Majlis tersebut dihadiri kira-kira 3,000 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, sahabat handai, rakan artis serta golongan kenamaan.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram & Threads Puteri Sarah Liyana

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Black Hanifah Bawa ‘Nyawa’ Ke Kedah, Showcase Intim Eksklusif Bakal Himpunkan...

Peminat seni suara tanah air di wilayah Utara bakal disajikan dengan persembahan berskala intim dan eksklusif menerusi showcase Nyawa by Black Hanifah yang dijadualkan...