Ads

“Tiada Isu Dengan SOG, Saya Okey Sahaja…,” – Amir Masdi

Penyanyi Amir Masdi tampil memberikan penjelasan mengenai dua perkara yang menimbulkan salah faham ketika menerima kemenangan bersama kumpulan Sekumpulan Orang Gila (SOG) pada acara Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-25, baru-baru ini.

Menurut Amir, dia tidak berada di atas pentas ketika SOG diumumkan sebagai pemenang kerana ketika itu berada di belakang pentas untuk membuat persiapan bagi persembahan seterusnya.

“Tiada Isu Dengan SOG, Saya Okey Sahaja…,” – Amir Masdi

“Tiada Isu Dengan SOG, Saya Okey Sahaja…,” – Amir Masdi

“Tiada ada isu langsung dengan SOG. Ada dua insiden yang mungkin orang salah faham.

“Pertama, saya tidak naik ke pentas dan kedua, SOG terlupa untuk menyebut nama saya tetapi saya okey sahaja.

“Saya tidak naik ke pentas kerana ketika itu saya di belakang pentas. Saya juga ada berkongsi video di Instagram ketika mereka sedang naik ke pentas dan diumumkan sebagai pemenang.

“Ketika itu saya berada di belakang pentas, memakai ear monitor dan turut meraikan kemenangan mereka, Alhamdulillah.

“Selepas kategori itu, saya ada slot persembahan lain. Jadi, saya tidak dapat berada di atas pentas adalah kerana saya sedang bersiap untuk persembahan seterusnya,” katanya kepada MH.

Ads

Amir berkata demikian ketika ditemui pada Sidang Media AM:PM Showcase yang berlangsung di Petronas Twin Towers, Kuala Lumpur, pada Rabu.

Mengulas mengenai SOG yang terlupa menyebut namanya ketika menerima trofi, Amir mengakui perkara tersebut langsung tidak menjadi isu buat dirinya.

“Secara peribadi, saya tidak mempunyai apa-apa isu atau masalah langsung.

“Saya rasa ia lebih kepada kategori kugiran, jadi tumpuannya memang kepada mereka menerusi lagu ‘Mahkota’.

“Saya sangat gembira kerana dapat membantu dalam kategori tersebut dan mereka memang sangat layak menerimanya,” kongsinya lagi.

SOG Cari Amir Selepas Turun Pentas

Malah, penyanyi lagu NurCinta itu mendedahkan anggota SOG turut mencarinya selepas turun dari pentas untuk meraikan kemenangan tersebut bersama-sama.

Ads

“Tiada Isu Dengan SOG, Saya Okey Sahaja…,” – Amir Masdi

“Tiada Isu Dengan SOG, Saya Okey Sahaja…,” – Amir Masdi

“Selepas mereka turun dari pentas, SOG cari saya di holding room. Mereka tanya, ‘Amir, kau dekat mana?’ sebab mereka nak jumpa dan meraikan kemenangan bersama-sama.

“Bagaimanapun, kami tidak sempat berjumpa dan hanya berhubung menerusi panggilan telefon.

“Mereka beritahu terlupa menyebut nama saya kerana terlalu teruja dan saya katakan tidak mengapa.

“Saya berkata kemenangan tersebut adalah milik mereka dan saya gembira dapat menjadi sebahagian daripada lagu Mahkota,” ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Dalam masa sama, Amir turut merakamkan penghargaan kepada SOG atas peluang yang diberikan untuk bekerjasama.

“Tiada Isu Dengan SOG, Saya Okey Sahaja…,” – Amir Masdi

“Tiada Isu Dengan SOG, Saya Okey Sahaja…,” – Amir Masdi

“Saya berterima kasih kepada SOG kerana beri peluang kepada saya untuk berkolaborasi.

“Kami tiada masalah. Jika berjumpa pun, kami masih berpeluk,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Amir bakal menutup tirai tahun 2026 dengan mengadakan AM:PM Showcase yang akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 20 Disember ini.

Dianjurkan oleh AR United Music dengan sokongan Nova Music dan Rocketfuel Entertainment, acara tersebut bukan sekadar persembahan biasa, sebaliknya bakal menampilkan sisi lebih peribadi Amir sebagai penyanyi, penghibur dan pengkarya.

Tiket kini telah mula dijual dan boleh didapati menerusi platform myticketempire.com.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Aliff Syukri Mohon Terus Sokong Bisnes, Boleh Tingkatkan Jualan Demi Sumbangan...

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri mempersoalkan tindakan segelintir pihak yang dilihat lebih banyak mempromosikan produk daripada jenama luar.