Ads

“Bangga Lihat Kawan-Kawan Lain Berjaya…,” – Hadie Elfardie Tak Rasa Ketinggalan, Pilih Utamakan Dahulu Pengajian

Penyanyi, Hadie Elfardie meluahkan rasa syukur apabila berjaya menamatkan pengajian serta latihan industri, sekali gus bersedia untuk kembali menyusun langkah bagi terus aktif dalam dunia seni.

Hadie yang juga anak sulung kepada penyanyi nasyid, Allahyarham Suhaimi Saad dan Ina Naim berkata, dia komited mahu menyelesaikan tanggungjawab sebagai pelajar terlebih dahulu sebelum memberi tumpuan sepenuhnya terhadap kerjaya nyanyian.

“Bangga Lihat Kawan-Kawan Lain Berjaya…,” – Hadie Elfardie Tak Rasa Ketinggalan, Pilih Utamakan Dahulu Pengajian

“Saya rasa lebih baik saya habiskan dahulu pelajaran. Perkara ini tak susah pun. Biarlah saya selesaikan dahulu apa yang harus diselesaikan.

“Soal cita-cita dan perjalanan kerjaya, saya boleh susun kemudian. Saya tidaklah terlalu nak mengejar apa-apa. Yang penting nama saya tetap ada, alhamdulillah,” katanya kepada MH.

Hadie berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran single terbaharu penyanyi, Odda berjudul Gelanggang Rasa, baru-baru ini.

Mengulas mengenai perkembangan rakan-rakan seperjuangan yang semakin mencipta nama dalam, Hadie mengakui dia tidak pernah berasa tercicir.

“Bangga Lihat Kawan-Kawan Lain Berjaya…,” – Hadie Elfardie Tak Rasa Ketinggalan, Pilih Utamakan Dahulu Pengajian

Ads

Sebaliknya, kejayaan mereka menjadi pembakar semangat untuk dirinya terus berusaha.

“Saya tidaklah berasa risau. Sebaliknya, saya bangga bila tengok kawan-kawan yang sama-sama naik dengan saya, kini mereka berjaya.

“Secara tidak langsung pencapaian mereka ini memberikan inspirasi kepada saya. Saya juga perlu jadi seperti mereka. Saya sentiasa percaya kepada rezeki,” kongsinya lagi.

Teliti Lagu Baharu, Jaga Suara Demi Kerjaya

Dalam pada itu, Hadie memaklumkan dia kini sedang meneliti beberapa karya sebelum tampil dengan single terbaharu.

Ads

Menurutnya, proses memilih lagu tidak boleh dilakukan secara terburu-buru kerana dia mahu memastikan karya yang dipilih benar-benar sesuai dengan karakter vokal dan jiwanya.

“Bangga Lihat Kawan-Kawan Lain Berjaya…,” – Hadie Elfardie Tak Rasa Ketinggalan, Pilih Utamakan Dahulu Pengajian

“Ada ramai komposer yang memberikan saya lagu. Namun, bila kita nak memilih karya, kita kena cari lagu-lagu yang sesuai dengan suara dan jiwa kita.

“Barulah kita boleh bawakan dengan ikhlas. Kalau lagu itu tak kena dengan kita, nanti tiada rasa pula. Pemilihan lagu ini mengambil masa. Kena pilih betul-betul.

Ads

“InshAllah single pertama saya berjudul Dusta Sebuah Cinta akan dikeluarkan tidak lama lagi,” ujarnya lagi.

Anda mungkin berminat dengan

Berkongsi mengenai perubahan fizikalnya yang kini semakin susut berat badan, Hadie menjelaskan dia sedang mengurangkan pengambilan gula sebagai usaha menjaga kualiti vokalnya.

“Bangga Lihat Kawan-Kawan Lain Berjaya…,” – Hadie Elfardie Tak Rasa Ketinggalan, Pilih Utamakan Dahulu Pengajian

“Saya sudah berhenti mengambil makanan atau minuman bergula. Jadual makan saya juga agak tidak teratur. Saya ini sejenis yang suara cepat rosak jika minum ais atau makanan manis.

“Saya kena kurangkan pengambilan makanan seperti itu. Kalau teringin sangat, saya akan makan sekadar merasa sahaja. Nak dekat setahun saya jalani rutin seperti ini.

“Sedar-sedar sahaja berat saya pun dah turun sekali,” akhirinya.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Syamel Akui Masih Terkesan, Lagu ‘Bila Kau Tiada’ Buat Air Mata...

Penyanyi Syamel mengakui sehingga kini dia masih belum mampu menyampaikan lagu Bila Kau Tiada secara langsung kerana karya tersebut terlalu dekat dengan kisah pemergian ibunya, Allahyarham Wan Faaizah Karim yang menghembuskan nafas terakhir pada 2021.
error: Hello. Cannot.