
Usahawan, Nur Nilam Ortiz menjelaskan keputusan untuk membuka tudung buat sementara waktu bukanlah sesuatu yang mudah, namun ia dilakukan atas faktor kesihatan susulan masalah pendarahan beku yang dialaminya di bahagian kepala.
Menurut Nilam, dia kini perlu beri fokus kepada kesihatan diri dan bakal menjalani dua prosedur pembedahan besar di Thailand sebagai ikhtiar untuk memulihkan keadaannya.

“Tahap kesihatan saya masih belum pulih sepenuhnya. Ini juga antara sebab saya buat keputusan untuk membuka tudung buat sementara waktu.
“Bila bercakap hal ini, mungkin ramai yang mengecam.
“Saya kini mahu bebas. Saya tak mahu fikir tentang orang lain. Keutamaan saya ketika ini ialah anak-anak.
“Jika saya tidak buat sesuatu, kemungkinan untuk mereka kehilangan ibu itu semakin tinggi.
“Saya akan buat apa sahaja cara untuk menyelamatkan diri saya. Saya akan jalani dua prosedur pembedahan besar di Thailand,” katanya kepada MH.
Tak Boleh Menerima Sebarang Tekanan Di Bahagian Kepala
Sementara itu, suami Nilam yang juga pelakon, Azlan Komeng menjelaskan keadaan kesihatan isterinya menyebabkan wanita itu tidak boleh menerima sebarang tekanan pada bahagian kepala.

“Penyakit ini melibatkan bahagian dalaman kepala. Kami hanya menjelaskan keadaan Nilam tanpa meminta orang lain untuk menerima atau faham.
“Kita yang lalui perkara ini dan hanya kita sahaja yang tahu.
“Saya tak pernah kongsikan hal ini kepada umum. Nilam sudah beberapa kali pengsan sebab situasi yang dihidapi. Kita risau keadaannya bakal bertambah buruk,” kongsinya lagi.
Harap Kesihatan Kembali Pulih
Dalam pada itu, Azlan berharap tahap kesihatan isterinya akan bertambah baik selepas menjalani pembedahan, sekali gus membuka peluang buat Nilam untuk kembali mengenakan hijab.
Anda mungkin berminat dengan

“Kami ada juga merujuk dari segi rukun. Orang tak tahu bagaimana Nilam rasa susah hati disebabkan kena kecam dengan teruk.
“Nasihat saya, tak mengapalah. Jangan fikir sangat. Ketika ini, jaga nyawa itu lebih penting.
“Selepas beberapa siri pembedahan ini, jika Allah izinkan, insya-Allah hal ini akan selesai,” akhirinya.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!


