
Bukan sekadar nilai sebuah kenderaan mewah, sebaliknya hadiah yang hadir bersama penghargaan dan tanda kasih seorang isteri terhadap suami.
Itulah kejutan istimewa yang disediakan usahawan, Datin Seri Nur Shahida buat suaminya, Datuk Seri Aliff Syukri apabila menghadiahkan sebuah SUV elektrik, BYD Sealion 7 lengkap dengan nombor pendaftaran eksklusif ALF 1 yang dilaporkan bernilai mencecah RM1 juta, baru-baru ini.
Kejutan berkenaan bukan sahaja membuatkan usahawan sensasi itu terharu, malah mencuri perhatian ramai apabila pasangan tersebut turut ‘berarak’ membawa kenderaan istimewa berkenaan mengelilingi kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Majlis penyerahan hadiah berlangsung dalam suasana meriah di bilik pameran BYD @ TREC Showroom, Kuala Lumpur dengan kehadiran ahli keluarga terdekat serta pasukan pengurusan mereka.
Menurut Nur Shahida atau nama sebenarnya, Nur Shahida Mohd Rashid, pemberian tersebut sebagai tanda penghargaan buat suaminya yang selama ini tidak pernah berhenti bekerja keras demi keluarga.
Malah, keputusan membeli nombor pendaftaran istimewa ALF 1 itu juga dibuat selepas dia bosan mendengar suaminya berulang kali menyuarakan hasrat untuk memilikinya.
“Mula-mula, macam-macam dia cakap kepada saya, kereta itu untuk kegunaan pejabat dan sebagainya. Memang saya tak bagi pada awal, tetapi bila dia dah merentan-rentan, saya bagi (beli) sahajalah.
“Nombor plat itu juga sebenarnya dia sudah lama inginkan, tetapi sekejap nak beli, sekejap tidak.
“Namun, apabila berulang kali dia ulang perkara sama, akhirnya saya buat keputusan biarlah saya sahaja yang belikan.
“Bagi saya dia sudah kerja kuat, siang malam ‘live’ sana-sini. Jadi apa salahnya reward diri sendiri. Lagipun duit dia sendiri,” katanya.
Shahida turut menjelaskan, pemilihan nombor pendaftaran ALF 1 juga mempunyai kaitan dengan nama suaminya, Aliff dan ia mempunyai nilai tersendiri, selain berpotensi meningkat pada masa akan datang.
“ALF 1 itu sebab Aliff. Sebelum ini kami sudah ada nombor ADH 1 dan PMD 1. Harganya memang mencecah enam angka kerana nombor plat satu digit seperti nombor 1 ini memang mahal.
“Bagi saya nombor plat ini, kita boleh gunakan daripada generasi ke genarasi, harga pasaran juga boleh meningkat,” katanya lagi.

Baca Artikel Lain;
Tanda Penghargaan Buat Suami
Menurut Nur Shahida, pemberian tersebut merupakan tanda penghargaan mendalam buat suaminya yang sentiasa bekerja keras dan berkorban demi keluarga.
Selepas acara penyerahan, pasangan berkenaan meneruskan sambutan dengan membawa SUV elektrik itu menyusuri sekitar Bukit Bintang.
“Kejutan ini adalah tanda penghargaan mendalam saya buat suami yang sentiasa bekerja keras dan berkorban demi keluarga.
“Memilih lokasi di pusat bandar serta merakamkan memori bersama di Bukit Bintang, KL pula menjadikan detik ini lebih istimewa dan bermakna buat kami,” katanya.
Bagi Aliff pula, hadiah berkenaan menjadi satu kejutan yang cukup bermakna, selain meluahkan rasa terharu dengan dedikasi isteri yang sanggup memberikan kejutan istimewa itu.
Anda mungkin berminat dengan
Aliff Luah Penghargaan Buat Shahida
Dalam pada itu, Aliff turut menzahirkan penghargaan terhadap isterinya yang sanggup menunaikan hasrat tersebut.
“Saya berjanji akan lakukan apa saja untuk awak. Walaupun harga kereta itu tidak mahal tetapi awak mahal di hati saya.
“Sekarang ini nombor plat 1 dah ada tiga, kalau awak (Shahida) bagi, saya nak beli satu lagi,” tambah penyanyi Ingin Bahagia itu.
Kejutan tersebut turut dikongsikan menerusi platform media sosial rasmi pasangan berkenaan.
Malah, video penyerahan hadiah dan perjalanan mereka di sekitar Bukit Bintang menerima pelbagai reaksi warga maya yang rata-ratanya teruja melihat pemberian istimewa Nur Shahida.
Di sebalik kemewahan sebuah kenderaan, kejutan tersebut sebenarnya memperlihatkan satu sisi lain kehidupan pasangan usahawan berkenaan, iaitu cara mereka meraikan kejayaan, menghargai pengorbanan dan mencipta kenangan bersama.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
View this post on Instagram
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!


