
Pelakon dan penyanyi, Linda Rafar menitipkan nukilan istimewa buat anak sulungnya, Allahyarham Rezaimen Keiflin Keifli menerusi satu perkongsian penuh emosi di media sosial.
Menurut Linda, Allahyarham Rezaimen atau lebih mesra disapa Memen pastinya menjadi antara individu paling gembira sekiranya berpeluang menyaksikan hari bersejarah adiknya, Rezaril Keflin Keifli yang bakal melangsungkan majlis pernikahan, hujung minggu ini.
View this post on Instagram
“Memen, mama nak bagitahu sesuatu ini, Aril sudah nak kahwin lagi tiga hari, Men. Mama gembira sangat. Kalau Men ada, mesti Men pun gembira tengok kawan baik awak naik pelamin, kan?
“Mama tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan mama sekarang. Terlalu banyak yang bercampur dalam hati. Ada rasa bahagia, sebak, dan rindu yang tak pernah hilang,” tulisnya.
Luahan penuh emosi itu dikongsikan oleh anggota kumpulan Elite berkenaan menerusi satu hantaran di Instagram.
Rindu Terhadap Arwah Tak Pernah Hilang
Dalam masa sama, Linda turut mengakui dirinya masih berusaha mencari kekuatan untuk menerima hakikat bahawa anak sulungnya itu sudah tiada di sisi.
Namun, jauh di sudut hati, kerinduan terhadap arwah tidak pernah pudar.

“Kalaulah Men ada, mesti lagi lengkap semuanya. Mesti Men pun sibuk sama-sama dengan Aril, bergurau dan meraikan hari bahagia dia dgn adik-adik yang lain.
“Men, mama cuba kuat. Mama cuba senyum dan teruskan semuanya walaupun ada satu ruang dalam hati mama yang tak akan pernah terisi,” kongsinya lagi.
Titip Doa Buat Aril, Mohon Kekuatan…
Sementara itu, Linda turut berharap agar dirinya terus diberikan kekuatan untuk menghadapi kehilangan tersebut, selain memanjatkan doa agar segala urusan perkahwinan anaknya dipermudahkan.

“Doakan mama dari sana, sayang. Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan perkahwinan Aril, lindungi semua anak-anak mama dan berikan mama kekuatan untuk melalui setiap detik ini.
“Mama rindu Men. Terlalu rindu,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Allahyarham Rezaimen menghembuskan nafas terakhir ketika berusia 12 tahun akibat ketumbuhan kronik di dalam perut.
Untuk rekod, Linda pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas pelumba kereta, Keifli Othman pada 1999 sebelum mereka bercerai pada 2004.
Anda mungkin berminat dengan
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Rezaimen Keiflin Keifli dan Rezaril Keflin Keifli.
Linda kemudiannya berkahwin dengan pelakon, Syed Aiman pada 2 Disember 2006.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata lelaki iaitu Syed Rezaqiib, Syed Rezariiq dan Syed Rezaliif.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Linda Rafar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!


