Ads

“Jika Lihat Sudut Negatif, Itu Masalah Hati…,” – Amir Ahnaf Sokong Filem Baga Angkat Isu Dadah, Bukan Sekadar Hiburan Tetapi Medium Kesedaran

Pelakon, Amir Ahnaf berpandangan isu penyalahgunaan dadah wajar diketengahkan menerusi karya layar lebar sebagai medium kesedaran dan pengajaran buat generasi akan datang.

Menurut Amir, negara juga perlu mengambil pendekatan sama dengan lebih proaktif, memandangkan filem bukan sekadar berfungsi sebagai medium hiburan, malah berupaya menyampaikan mesej serta membuka mata penonton terhadap isu sosial yang berlaku dalam masyarakat.

“Jika Lihat Sudut Negatif, Itu Masalah Hati…,” - Amir Ahnaf Sokong Filem Baga Angkat Isu Dadah, Bukan Sekadar Hiburan Tetapi Medium Kesedaran

“Isu dadah ini ada di semua negara. Bukan sahaja di Malaysia. Di luar negara, ada di antara mereka yang ketagih dadah jenis ‘flakka’ di tepi-tepi jalan. Para pembikin filem, mereka berani angkat isu tu.

“Kenapa orang Malaysia tak berani nak angkat hal yang sama? Mungkin orang kita tidak biasa lagi. Jadi sebagai generasi baharu, kita ini golongan-golongan yang penting.

“Selepas kita tua nanti, kita pula yang akan ajar generasi baharu untuk angkat isu-isu penting. Kalau orang-orang berpengalaman tak angkat isu ini, macam mana budak-budak muda ini nak faham?,” katanya kepada MH.

Ads

Bintang Hero Remaja 2021 itu berkata demikian ketika ditemui pada acara tayangan perdana filem Baga: Esok Milik Siapa, baru-baru ini.

“Jika Lihat Sudut Negatif, Itu Masalah Hati…,” - Amir Ahnaf Sokong Filem Baga Angkat Isu Dadah, Bukan Sekadar Hiburan Tetapi Medium Kesedaran “Jika Lihat Sudut Negatif, Itu Masalah Hati…,” - Amir Ahnaf Sokong Filem Baga Angkat Isu Dadah, Bukan Sekadar Hiburan Tetapi Medium Kesedaran

Puji Keberanian Filem Baga Angkat Isu Sensitif

Amir turut menyifatkan keberanian filem Baga mengangkat isu sensitif berkenaan sebagai satu usaha yang wajar diberikan penghargaan kerana mampu membuka mata penonton mengenai kesan buruk penyalahgunaan dadah terhadap kehidupan individu dan masyarakat.

“Jika Lihat Sudut Negatif, Itu Masalah Hati…,” - Amir Ahnaf Sokong Filem Baga Angkat Isu Dadah, Bukan Sekadar Hiburan Tetapi Medium Kesedaran

Ads

“Filem ini adalah satu alat propaganda satu masa dahulu. Sekarang ini, filem adalah satu bentuk kesedaran gerakan dan pengajaran. Alhamdulillah filem Baga berani untuk angkat isu sensitif ini.

“Tahniah buat pengarah, pelakon dan seluruh team produksi. Bila ramai yang tonton, mereka akan tahu yang dadah ini mampu hancurkan hidup kita dan masyarakat,” ujarnya lagi.

Mengulas lanjut, Amir menjelaskan penerimaan terhadap sesebuah karya juga bergantung kepada perspektif serta penilaian individu. Justeru, setiap penonton seharusnya mengambil mesej positif yang cuba disampaikan tanpa terlalu cepat membuat tanggapan negatif.

“Jika Lihat Sudut Negatif, Itu Masalah Hati…,” - Amir Ahnaf Sokong Filem Baga Angkat Isu Dadah, Bukan Sekadar Hiburan Tetapi Medium Kesedaran “Jika Lihat Sudut Negatif, Itu Masalah Hati…,” - Amir Ahnaf Sokong Filem Baga Angkat Isu Dadah, Bukan Sekadar Hiburan Tetapi Medium Kesedaran

Anda mungkin berminat dengan

Ads

“Kita ambil pengajaran dari sudut positif. Kepada mereka yang melihatnya daripada sudut negatif, itu masalah hati masing-masing.

“Pandangan positif dan negatif itu bergantung kepada akal, jiwa dan hati masing-masing. Jangan persoalkan orang lain. Lebih baik persoalkan diri sendiri,” kongsinya.

Filem Baga: Esok Milik Siapa bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula hari ini.

Selain Amir, filem berkenaan turut dibintangi barisan pelakon seperti Amirah Razak, Wan Hanafi Su, Mat Over, Cech Adrea dan Idham Maulana.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Shiha Zikir Menitis Air Mata, Tak Harapkan Apa-Apa Hadiah Sempena Hari...

Penyanyi dan usahawan, Shiha Zikir tidak mengharapkan hadiah mewah atau istimewa sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-39, sebaliknya hanya mengimpikan agar ibunya, Rohana Ibrahim,...