Ads

Norman Hakim Sibuk Persiapkan Majlis Kahwin Danish, Mahu Isteri & Anak Perempuan Turut Terlibat – “Sudah Masuk Fasa Ketiga Dari Total Lima…”

Pelakon dan usahawan, Norman Hakim mengakui teruja membuat persiapan menjelang majlis perkahwinan anak sulungnya, Danish Hakim yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Menurut Norman, segala perancangan dilakukan secara berperingkat dengan mengambil pendekatan sederhana bagi memastikan majlis tersebut berlangsung dalam suasana penuh bermakna.


“Sekejap masa berlalu. Diam tak diam sudah masuk fasa ketiga dari total lima fasa perancangan untuk majlis perkahwinan putera sulung saya, Danish Hakim.

“Majlis di KL sebelah saya ni, saya buat sederhana sahaja.

“Jemputan khusus untuk keluarga sebelah mak dan arwah ayah, keluarga besar Normey, anak-anak yatim dan tahfiz di bawah jagaan saya, ‘stakeholders’ dan sahabat seperjuangan dalam perniagaan, rakan-rakan agensi kerajaan serta swasta yang banyak membantu saya selama ini,” tulisnya.

Perkhabaran tersebut dikongsikan pelakon filem Pasrah itu menerusi satu hantaran di Instagram.

Mahu Memey & Anak-Anak Perempuan Turut Terlibat

Dalam pada itu, Norman turut mahu memastikan isteri tercinta, Memey Suhaiza dan anak-anak perempuan mereka turut sama terlibat dalam menguruskan persiapan majlis berkenaan.

Jelas Norman lagi, dia sengaja memberikan beberapa tanggungjawab kepada Memey agar isterinya mempunyai kesibukan sekali gus dapat melupakan seketika kesedihan selepas kehilangan ibu tercinta pada 28 Oktober lalu.

Ads

Norman Hakim Sibuk Persiapkan Majlis Kahwin Danish, Mahu Isteri & Anak Perempuan Turut Terlibat - “Sudah Masuk Fasa Ketiga Dari Total Lima…”

“Pengalaman pertama sebagai bapa bergandingan dengan putera sulung saya urus hal kahwin.

“Selain dari melantik perancang perkahwinan, untuk fasa tiga ini saya minta mummy dan anak-anak perempuan sama-sama terlibat dan bantu.

“Saya kena push dan buat mummy sibuk sebab situasi sekarang untuk dia sangat rapuh sejak mak meninggal dunia.

Ads

“Kalau ada ruang sunyi, dia akan cepat emosi dan menangis. In shaa Allah ia akan mengambil sedikit masa untuk sembuh,” kongsinya lagi.

Norman Tetap Teruskan Persiapan

Kongsinya lagi, meskipun keluarganya masih dalam fasa bersedih susulan kehilangan insan tersayang, Norman tetap mahu memastikan segala persiapan majlis perkahwinan anak sulungnya itu berjalan lancar seperti yang dirancang.

Norman Hakim Sibuk Persiapkan Majlis Kahwin Danish, Mahu Isteri & Anak Perempuan Turut Terlibat - “Sudah Masuk Fasa Ketiga Dari Total Lima…”

“Apa jua ujian yang hadir, kehidupan dan perjuangan tetap perlu diteruskan. Kita berusaha sebaik mungkin, bersangka baik dengan ketentuan Allah dan bertawakal kepadaNya.

Ads

“Semoga setiap urusan persiapan majlis ini dipermudahkan, diberkati dan menjadi kenangan indah buat seluruh keluarga,” kongsinya lagi.

Anda mungkin berminat dengan

Pada 29 Mac lalu, bekas isteri Norman iaitu pelakon Abby Abadi memaklumkan anak sulung mereka selamat mengikat tali pertunangan dengan seorang gadis berasal dari Singapura yang dikenali sebagai Shalinda.

Untuk rekod, Norman mendirikan rumah tangga dengan Memey atau nama sebenarnya, Suhaiza Suhaimi pada September 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, Muhammad Dikhriz Hakim dan Mikayla Delisha Hakim.

Sebelum itu, Norman pernah bernikah dengan Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan pada 2002, namun pasangan itu bercerai pada 2009.

Selain Danish, hasil perkahwinan tersebut mereka turut dikurniakan dua cahaya mata iaitu Marissa Dania dan Maria Danisha.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Kredit Foto: Instagram Norman Hakim

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Aniq Suhair

“Bukan Mudah Sebenarnya,” – Pernah Terpaksa Lepaskan Kelas Sebab Komitmen Kerja,...

Pelakon, Aniq Suhair membuktikan kesibukan membina kerjaya dalam industri seni bukan penghalang untuk merealisasikan impiannya apabila berjaya menggenggam segulung ijazah selepas menamatkan pengajian Bachelor...