Ads

“Bukan Mudah Sebenarnya,” – Pernah Terpaksa Lepaskan Kelas Sebab Komitmen Kerja, Aniq Suhair Akhirnya Berjaya Genggam Ijazah!

Aniq Suhair
Aniq Suhair

Pelakon, Aniq Suhair membuktikan kesibukan membina kerjaya dalam industri seni bukan penghalang untuk merealisasikan impiannya apabila berjaya menggenggam segulung ijazah selepas menamatkan pengajian Bachelor of Business Administration di City University.

Selepas menamatkan pengajian peringkat asasi pada usia 19 tahun, Aniq mengambil keputusan untuk memberikan tumpuan kepada dunia lakonan sebelum kembali menyambung pelajaran.

Selepas enam tahun membina kerjaya seni, impiannya untuk memiliki segulung ijazah akhirnya menjadi kenyataan apabila berjaya menamatkan pengajian dalam tempoh tiga tahun tanpa menangguhkan walau satu semester.

“Bukan Mudah Sebenarnya,” - Pernah Terpaksa Lepaskan Kelas Sebab Komitmen Kerja, Aniq Suhair Akhirnya Berjaya Genggam Ijazah! “Bukan Mudah Sebenarnya,” - Pernah Terpaksa Lepaskan Kelas Sebab Komitmen Kerja, Aniq Suhair Akhirnya Berjaya Genggam Ijazah! “Bukan Mudah Sebenarnya,” - Pernah Terpaksa Lepaskan Kelas Sebab Komitmen Kerja, Aniq Suhair Akhirnya Berjaya Genggam Ijazah!

Tak Mudah Bahagi Masa Antara Kerjaya & Pengajian

Menurut Aniq, cabaran terbesar sepanjang tempoh pengajian adalah untuk membahagikan masa antara komitmen sebagai pelakon, menguruskan perniagaan dan tanggungjawab sebagai mahasiswa.

“Bukan mudah sebenarnya. Dalam kesibukan menghafal dialog, mendalami karakter dan menjalani penggambaran, saya masih perlu menyiapkan tugasan dan menghadapi peperiksaan.

“Ada ketika saya terlalu letih, demam dan berdepan tekanan. Malah, ada kelas yang terpaksa saya lepaskan kerana komitmen kerja. Namun, semangat untuk meneruskan pengajian serta doa dan sokongan keluarga dan orang sekeliling banyak membantu memudahkan perjalanan ini,” katanya.

Ads

Biarpun perlu berdepan jadual kerja yang padat, Aniq menyifatkan kejayaan tersebut sebagai satu pencapaian peribadi yang cukup bermakna.

Baginya, kerjaya dan pendidikan tidak seharusnya dilihat sebagai dua perkara yang saling menghalang, sebaliknya kedua-duanya boleh bergerak seiring sekiranya seseorang mempunyai kesungguhan.

“Saya percaya, sejauh mana pun kita melangkah dalam kerjaya, pendidikan tetap penting. Ilmu bukan sekadar bekal mencari rezeki, tetapi cahaya yang memandu perjalanan hidup.

“Setiap orang mempunyai perjalanan dan waktunya sendiri. Saya berharap pengalaman ini memberi semangat kepada mereka yang sedang bekerja sambil belajar. Kesibukan memang mencabar, tetapi jangan berhenti menuntut ilmu hanya kerana kita sudah mempunyai kerjaya,” ujarnya lagi.

Ads

“Bukan Mudah Sebenarnya,” - Pernah Terpaksa Lepaskan Kelas Sebab Komitmen Kerja, Aniq Suhair Akhirnya Berjaya Genggam Ijazah! “Bukan Mudah Sebenarnya,” - Pernah Terpaksa Lepaskan Kelas Sebab Komitmen Kerja, Aniq Suhair Akhirnya Berjaya Genggam Ijazah!

“Bukan Mudah Sebenarnya,” - Pernah Terpaksa Lepaskan Kelas Sebab Komitmen Kerja, Aniq Suhair Akhirnya Berjaya Genggam Ijazah!
 

Baca Artikel Lain;

https://www.mediahiburan.my/seluar-saya-longgar-aniq-suhair-kekal-pendirian-jaga-aurat-mohon-maaf-terlepas-pandang-babak-ternampak-pusat/

https://www.mediahiburan.my/tak-mahu-kedengaran-dibuat-buat-aniq-suhair-ada-sebab-all-out-dalami-dialek-perak-cerita-pengalaman-satu-frame-dengan-amy-mastura/

Ads

Aniq Hargai Doa & Sokongan Keluarga Sepanjang Pengajian

Dalam pada itu, Aniq turut menzahirkan rasa syukur kepada Allah SWT serta merakamkan penghargaan buat kedua-dua ibu bapanya yang tidak pernah putus mendoakan kejayaannya sepanjang perjalanan tersebut.

Anda mungkin berminat dengan

Dia juga berterima kasih kepada para pensyarah dan pihak pengurusan universiti atas segala bimbingan serta kefahaman yang diberikan terhadap komitmen kerjayanya.

Tidak ketinggalan, Aniq turut menghargai sokongan pengurusnya, Marr Mohamad, keluarga, sahabat serta seluruh sistem sokongan yang sentiasa berada di sisi dan membantunya sepanjang tempoh pengajian.

Menyifatkan tiga tahun pengajian itu sebagai perjalanan yang penuh pengalaman dan kenangan, Aniq meluahkan rasa syukur apabila segala usaha serta pengorbanannya akhirnya membuahkan hasil.

“Tiga tahun yang penuh warna. Segulung ijazah yang membawa seribu makna. Alhamdulillah, segala usaha akhirnya berbaloi,” akhirinya.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Norman Hakim Sibuk Persiapkan Majlis Kahwin Danish, Mahu Isteri & Anak...

Pelakon dan usahawan, Norman Hakim mengakui teruja membuat persiapan menjelang majlis perkahwinan anak sulungnya, Danish Hakim yang bakal berlangsung tidak lama lagi.