Ads

Himpun 145,000 Penonton Dalam Dua Konsert Mega, Siti Nurhaliza Cipta Sejarah! Raih Pengiktirafan ASEAN & Asia Record… Hargai Kerja Keras Ribuan Kru

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi membuktikan keunggulan dan pengaruhnya dalam industri muzik apabila dua konsert mega, Legacy 30 dan Konsert Tradisional Gema Bumantara berjaya melakar sejarah tersendiri menerusi pengiktirafan ASEAN Record dan Asia Record.

Pengiktirafan pertama menerusi ASEAN Record diberikan atas kejayaan menghimpunkan jumlah penonton terbesar bagi dua konsert solo berskala stadium oleh artis rakaman berbahasa Melayu (Largest Combined Audience for Two Solo Stadium Concerts by a Malay-Language Recording Artist).

Himpun 145,000 Penonton Dalam Dua Konsert Mega, Siti Nurhaliza Cipta Sejarah! Raih Pengiktirafan ASEAN & Asia Record… Hargai Kerja Keras Ribuan Kru

Rekod tersebut menyaksikan seramai 145,000 penonton hadir secara keseluruhan menerusi penganjuran Konsert Legacy 30 pada 10 Januari 2026 dan Konsert Tradisional Gema Bumantara pada 17 Oktober 2026, yang berlangsung dalam tempoh hanya 10 bulan.

Sementara itu, Siti terus mencipta kejayaan apabila turut menerima pengiktirafan Asia Record menerusi kategori konsert solo muzik tradisional wanita terbesar dan paling ramai dihadiri (Largest and Most-Attended Solo Traditional Music Concert by a Female Recording Artist).

Himpun 145,000 Penonton Dalam Dua Konsert Mega, Siti Nurhaliza Cipta Sejarah! Raih Pengiktirafan ASEAN & Asia Record… Hargai Kerja Keras Ribuan Kru

Pengiktirafan berkenaan diraih menerusi Konsert Tradisional Gema Bumantara yang berjaya menarik kehadiran seramai 73,000 penonton.

Ads

Sepanjang persembahan yang berlangsung lebih tiga jam 30 minit itu, Siti berjaya memukau penonton menerusi rangkaian 34 buah lagu tradisional yang dipersembahkan secara langsung.

Dedikasi Kejayaan Buat Ribuan Kru Belakang Tabir

Mengulas mengenai dua pencapaian membanggakan itu, Siti menyifatkan pengiktirafan berkenaan tidak mungkin dapat diraih tanpa kerja keras individu-individu hebat di belakang tabir yang merealisasikan penganjuran dua konsert berskala mega tersebut.

Himpun 145,000 Penonton Dalam Dua Konsert Mega, Siti Nurhaliza Cipta Sejarah! Raih Pengiktirafan ASEAN & Asia Record… Hargai Kerja Keras Ribuan Kru

“Alhamdulillah kejayaan ini bukanlah untuk diri saya sepenuhnya. Ini juga merupakan hasil kerja keras beribu orang yang berada di belakang tabir.

Ads

“Saya dedikasikan anugerah ini kepada mereka juga. Ia kerja keras kita bersama. Kalau sayabseor sahaja nak buat tanpa mereka, ia tidak akan jadi sehebat dan segah ini,” katanya kepada MH.

Jelas Siti lagi, pengiktirafan tersebut bukan bertujuan untuk mengukur kehebatan atau mencetuskan persaingan, sebaliknya sebagai tanda penghargaan terhadap muzik irama tradisional tempatan yang wajar terus dipelihara dan diangkat ke tahap lebih tinggi.

Tanggungjawab Angkat Muzik Tradisional

Himpun 145,000 Penonton Dalam Dua Konsert Mega, Siti Nurhaliza Cipta Sejarah! Raih Pengiktirafan ASEAN & Asia Record… Hargai Kerja Keras Ribuan Kru

Ads

“Saya buat semua ini bukanlah untuk ditandingi atau nak suruh orang berlawan. Saya buat atas dasar tanggungjawab terhadap muzik irama tradisional.

Anda mungkin berminat dengan

“Saya nak tunjukkan kalau kita nak buat konsert tradisional, saya mahu berikan yang terbaik pada tahap kemampuan saya ketika ini.

“Jika lebih besar tajaan, kita boleh buat lebih hebat. Apa yang buat suasana lebih luar biasa apabila keadaan ketika itu hujan tapi orang tetap tidak berganjak,” akhirinya.

Kedua-dua anugerah berkenaan disampaikan oleh Penasihat Rekod ASEAN dan Asia, Tan Sri Profesor Abdul Latiff Abu Bakar pada Malam Apresiasi Meraikan Kejayaan Konsert Legacy 30 dan Konsert Tradisional Gema Bumantara yang berlangsung di KLGCC Convention Centre pada Ahad.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Kredit Foto: Instagram Siti Nurhaliza

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Siti Nurhaliza Terima Jemputan Nyanyi Lagu ‘Negaraku’ Di MotoGP Saat Akhir,...

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mendedahkan dia sebenarnya menerima jemputan untuk menyanyikan lagu kebangsaan, Negaraku pada saat akhir sempena acara MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), pada Ahad.