Ads

“Salah Seorang Bidadari Mak, Allah Pinjamkan Kepada Saya Sebagai Isteri,” – Nukilan Norman Hakim Buat Arwah Ibu Mentua Bikin Ramai Sebak

Pelakon, Norman Hakim menitipkan nukilan istimewa buat ibu mentuanya, Allahyarham Norlela Abdul Rahman yang telah menghembuskan nafas terakhir pada 28 Oktober lalu.

Menerusi hantaran di Instagram, Norman menyifatkan Allahyarham sebagai seorang ibu yang cukup cekal, penyayang dan tidak pernah lokek mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak serta menantu.

“Dari lubuk hati yang paling dalam, terima kasih Mak, atas pinjaman kasih sayang Mak sepanjang 15 tahun saya diterima sebagai sebahagian daripada keluarga ini.

“Mak adalah ibu yang begitu Agung. Membesarkan enam orang anak dengan limpahan kasih sayang, akhlak yang indah dan pegangan akidah yang kuat, semuanya dengan izin Allah SWT,” tulisnya.

Syukur Dikurniakan Isteri, Kenang Kasih Sayang Arwah Ibu Mentua

“Salah Seorang Bidadari Mak, Allah Pinjamkan Kepada Saya Sebagai Isteri,” - Nukilan Norman Hakim Buat Arwah Ibu Mentua Bikin Ramai Sebak

Ads

Dalam pada itu, Norman turut menzahirkan rasa syukur dan bertuah kerana dipertemukan dengan isteri tercinta, Memey Suhaiza, yang menjadi asbab kepada terjalinnya ikatan kekeluargaan mereka selama ini.

“Salah seorang bidadari Mak Allah ‘pinjamkan’ kepada saya sebagai isteri. Insan yang menyambut saya dengan penuh kasih sayang dan setia menemani perjalanan hidup ini.

“In sha Allah, akan saya bimbing dan pimpin sebaiknya, agar kita semua dapat bertemu kembali di negeri yang kekal dalam rahmat dan reda Allah,” kongsinya lagi.

Hargai Doa Dan Bantuan Sepanjang Urusan Pengebumian

Dalam masa sama, pelakon filem Gerak Khas The Movie 3 ini turut merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang menitipkan doa serta menghulurkan bantuan sepanjang urusan pengebumian ibu mentuanya itu.

Ads

“Salah Seorang Bidadari Mak, Allah Pinjamkan Kepada Saya Sebagai Isteri,” - Nukilan Norman Hakim Buat Arwah Ibu Mentua Bikin Ramai Sebak

“Alhamdulillah dengan izin Allah SWT, segala urusan Mak dipermudahkan.

“Bermula saat Mak menghembuskan nafas terakhir, perjalanan dari hospital pulang ke rumah, urusan memandikan dan mengafankan seterusnya dibawa ke masjid untuk disolatkan hingga ke liang lahad dan akhirnya dikebumikan, semuanya berjalan dengan begitu lancar.

“Terima kasih Ya Allah, atas bahagian dan ketenangan yang Engkau kurniakan buat Mak.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

“Terima kasih yang tidak terhingga kepada keluarga terdekat serta para qariah dan sahabat baik arwah Mak dari seluruh Felda Tenggaroh Selatan 1 yang bersama-sama membantu menguruskan perjalanan terakhir Mak.

“Terima kasih juga buat sahabat-sahabat team Normey yang sanggup bermusafir, hadir dan memberikan penghormatan serta kasih sayang terakhir buat arwah Mak. Kehadiran kalian sangat kami hargai,” akhirinya.

Terdahulu, Allahyarham Norlela dilaporkan meninggal dunia di Hospital Kota Tinggi, Johor pada jam 2.49 pagi, Rabu selepas diserang strok.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Norman Hakim

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

PU Riz Ambil Tindakan Undang-Undang, Tuntut RM1 Juta Susulan Dakwaan Penunggang...

Pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd. Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz mengambil keputusan untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap seorang pemilik akaun media sosial, susulan dakwaan fitnah yang melabel dirinya sebagai penunggang agama.