Ads

Nu Ideaktiv Kini seeNI, Satukan 10 Jenama Dalam Satu Ekosistem! Buka Dimensi Baharu Industri Media, Perkukuh Kandungan, Komuniti & Komersial

Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, kini menyatukan portfolio jenama medianya di bawah identiti baharu, seeNI.

Peralihan ini merupakan sebahagian daripada strategi syarikat untuk membuka peluang pertumbuhan baharu menerusi kandungan berjenama, penajaan, kempen melibatkan bakat serta kerjasama komersial.

Berteraskan tiga tunjang utama iaitu Komuniti, Kandungan dan Komersial, penjenamaan semula daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI ini menyediakan satu platform yang lebih menyeluruh buat pengiklan dan agensi untuk mengakses rangkaian jenama media, bakat komuniti serta kepakaran kreatif syarikat bagi mencapai matlamat perniagaan.

Portfolio tersebut merangkumi antaranya seeNI Creator Academy, Media Hiburan, Borak seeNI, NONA, Remaja, Roda Panas, Rasa, Mingguan Wanita, Keluarga dan Pa&Ma.

Penyatuan kekuatan jenama ini bertujuan memperluas nilai komersial merentas pelbagai minat dan peringkat kehidupan khalayak, sekali gus melangkaui penawaran berasaskan satu jenama atau penempatan iklan secara berasingan.

Nu Ideaktiv Kini seeNI, Satukan 10 Jenama Dalam Satu Ekosistem! Buka Dimensi Baharu Industri Media, Perkukuh Kandungan, Komuniti & Komersial Nu Ideaktiv Kini seeNI, Satukan 10 Jenama Dalam Satu Ekosistem! Buka Dimensi Baharu Industri Media, Perkukuh Kandungan, Komuniti & Komersial Nu Ideaktiv Kini seeNI, Satukan 10 Jenama Dalam Satu Ekosistem! Buka Dimensi Baharu Industri Media, Perkukuh Kandungan, Komuniti & Komersial

Baca Artikel Lain; 

https://www.mediahiburan.my/ideaktiv-brand-hub/

Komuniti, Kandungan & Komersial Jadi Tunjang Utama

Menerusi tiga tunjang tersebut, Komuniti berperanan menghubungkan khalayak melalui minat dan pengalaman bersama, manakala Kandungan menggabungkan jenama media, penceritaan, kepakaran produksi serta bakat.

Sementara itu, Komersial pula menterjemahkan hubungan berkenaan kepada peluang kempen bersepadu, penajaan dan kerjasama. Gabungan ketiga-tiga elemen ini menjadi asas untuk memadankan matlamat pelanggan dengan khalayak serta pendekatan interaksi yang bersesuaian.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, menyifatkan peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama.

Ads

“Ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem yang lebih bersepadu, sekali gus mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial kami.

“Menerusi Komuniti, Kandungan dan Komersial, kami mahu melangkaui penempatan iklan secara berasingan dengan menawarkan peluang yang lebih menyeluruh kepada jenama untuk berhubung dengan khalayak melalui kandungan yang relevan, bakat dan penglibatan yang bermakna.

“Dalam melangkah ke fasa baharu ini, keutamaan kami adalah untuk memperkukuh kerjasama, membuka peluang pendapatan baharu dan membina perniagaan yang lebih mampan untuk masa hadapan,” katanya.

Nu Ideaktiv Kini seeNI, Satukan 10 Jenama Dalam Satu Ekosistem! Buka Dimensi Baharu Industri Media, Perkukuh Kandungan, Komuniti & Komersial Nu Ideaktiv Kini seeNI, Satukan 10 Jenama Dalam Satu Ekosistem! Buka Dimensi Baharu Industri Media, Perkukuh Kandungan, Komuniti & Komersial Nu Ideaktiv Kini seeNI, Satukan 10 Jenama Dalam Satu Ekosistem! Buka Dimensi Baharu Industri Media, Perkukuh Kandungan, Komuniti & Komersial

Menerusi seeNI Collective pula, seeNI turut menggabungkan kekuatan kandungan, komuniti, bakat kreatif dan rakan strategik bagi membuka peluang kerjasama yang melangkaui pengiklanan konvensional.

Antara kerjasama yang diketengahkan termasuk TVS dan Novel Karangkraf dalam penerbitan serta adaptasi kandungan, Komet Productions dalam usaha memperkasa bakat baharu industri kreatif menerusi seeNI Story Lab, selain Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA) dalam bidang fesyen serta gaya hidup.

Ads

Kesemua kerjasama ini bertujuan memperluas peluang buat jenama untuk berhubung dengan audiens menerusi pelbagai platform dan pengalaman.

seeNI Perkenal Barisan Kandungan 2027, Buka Peluang Kerjasama

Dalam pada itu, seeNI Talent dirangka untuk memadankan bakat yang bersesuaian dengan kandungan, kempen jenama, acara dan peluang komersial berdasarkan rekod kerja, kesesuaian khalayak serta kesediaan bakat untuk terlibat.

Kedua-dua penawaran ini menyokong penyelesaian yang lebih bersepadu bagi memenuhi keperluan pelanggan dengan menggabungkan keupayaan berdasarkan khalayak sasaran dan matlamat komersial.

Menerusi acara The New World of seeNI yang berlangsung di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City, seeNI mengetengahkan hala tuju baharunya selain memperkenalkan barisan kandungan untuk tahun 2027, barisan bakat serta peluang kerjasama kepada pengiklan, peneraju jenama dan pemain industri lain.

Acara ini turut menandakan satu pencapaian komersial penting dalam transformasi berterusan seeNI.

Berpandukan aspirasi More Begins Here, seeNI berhasrat menyediakan sebuah destinasi bersepadu yang membolehkan pelanggan meneroka lebih banyak kandungan, di samping membuka peluang baharu untuk perniagaan berkembang.

Ads

Nu Ideaktiv Kini seeNI, Satukan 10 Jenama Dalam Satu Ekosistem! Buka Dimensi Baharu Industri Media, Perkukuh Kandungan, Komuniti & Komersial Nu Ideaktiv Kini seeNI, Satukan 10 Jenama Dalam Satu Ekosistem! Buka Dimensi Baharu Industri Media, Perkukuh Kandungan, Komuniti & Komersial Nu Ideaktiv Kini seeNI, Satukan 10 Jenama Dalam Satu Ekosistem! Buka Dimensi Baharu Industri Media, Perkukuh Kandungan, Komuniti & Komersial

Anda mungkin berminat dengan

Mengenai seeNI

seeNI menyatukan portfolio jenama media, kandungan dan komuniti khalayak Nu Ideaktiv di bawah satu jenama induk.

Aplikasi agregator dan hab kandungan digitalnya menghimpunkan artikel, berita, video, drama vertikal serta kandungan janaan pengguna.

Berteraskan Komuniti, Kandungan dan Perdagangan, seeNI turut membangunkan peluang untuk pengiklan, agensi dan rakan komersial.

Nu Ideaktiv Sdn Bhd pula merupakan sebuah syarikat media digital terkemuka di Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2018 menerusi kerjasama strategik antara Astro dan Karangkraf.

Sebagai peneraju kandungan pelbagai platform, Nu Ideaktiv menghasilkan pengalaman yang dinamik, informatif dan menghiburkan bagi menarik minat audiens daripada pelbagai peringkat kehidupan, termasuk kanak-kanak, golongan belia, keluarga dan profesional.

Dengan kehadiran kukuh merentasi platform digital, media sosial, acara fizikal, televisyen dan penerbitan cetak, Nu Ideaktiv menyampaikan kandungan serta pengalaman yang mampu menghubungkan pelbagai komuniti di seluruh Malaysia.

Berpandukan strategi digital yang progresif, Nu Ideaktiv memastikan audiens dapat mengakses kandungan bermakna pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Misi syarikat adalah untuk membentuk masa depan media dengan kekal relevan, kreatif serta memberikan impak kepada komuniti yang disasarkan.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Ramli MS Tak Gentar Nak Kritik Bintang GV Fantasia, Letak Ekspektas...

Maestro muzik, Datuk Ramli MS menegaskan dirinya tidak gentar untuk memberikan komen serta kritikan kepada mana-mana peserta Gegar Vaganza Fantasia (GVF), biarpun mereka pernah...