
Maestro muzik, Datuk Ramli MS menegaskan dirinya tidak gentar untuk memberikan komen serta kritikan kepada mana-mana peserta Gegar Vaganza Fantasia (GVF), biarpun mereka pernah mengecapi populariti luar biasa sebelum ini.
Menurut Ramli selaku juri tetap GVF, beliau perlu bersikap jujur dalam memberikan penilaian bagi memastikan setiap peserta dapat memperbaiki mutu persembahan, sekali gus menjadikan pentas itu sebagai medan untuk mereka membuktikan kemampuan sebenar.
“Kenapa tidak? Mana-mana peserta pun saya tak kisah untuk berikan kritikan. Ini bukan masalah berani atau tidak. Walau kali ini ada konsep juri awam atau undian sekali pun, saya tak kisah.
“Ini adalah pentas GV di mana para peserta kena menyanyi dengan betul. Mereka tiada bantuan daripada luar. Kalau dia menyanyi sumbang, takkan saya nak senyum?
“Memang tugas kami untuk memberikan komen agar mereka boleh buat penambahbaikkan pada minggu berikutnya,” katanya kepada MH.
Bintang program Projek Bapak-Bapak itu berkata demikian ketika ditemui pada sidang media GVF, baru-baru ini.
Kritikan Bukan Untuk Menghentam
Jelas Ramli, setiap kritikan yang diberikan bukan bertujuan untuk menghentam peserta sewenang-wenangnya. Sebaliknya, teguran tersebut diharap dapat membuatkan mereka lebih serius dan tidak mengambil mudah peluang yang diberikan di pentas GVF.
“Kami bukan menghentam atau mengkritik sesuka hati. Namun, jika ada diantara mereka yang malas atau buat sambil lewa, mereka akan kena.
“Mereka hanya ada dua minit 30 saat sahaja untuk buat persembahan di atas pentas. Kenapa tak nak buat elok-elok? 2 minit 30 sangat dengan 20 tahun ada perbezaannya.
“Kita ada 11 minggu dan mereka sendiri tak tahu minggu ke berapa mereka akan terkeluar. Jika anda tidak berikan persembahan terbaik, anda akan tersingkir. Ini memang format program ini,” ujarnya lagi.
Ramli menambah, beliau berharap para peserta dapat memanfaatkan segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang menyertai program Akademi Fantasia (AF) suatu ketika dahulu, sekali gus membuktikan kemampuan masing-masing menerusi persembahan yang lebih berkualiti.
“Kami bukan tegas tapi akan lebih keras dalam kritikan. Kami sudah berikan anda ilmu dan pembelajaran di akademi. Kami berikan segalanya.
“Jika mereka bandingkan diri dengan artis-artis lain dalam tempoh 20 tahun ini, kebanyakkan mereka tidak punyai ilmu asas.
“Namun, para peserta ini diberikan ilmu teori dan praktikal. Jadi, kami menuntut semula apa yang telah kami berikan dahulu. Tunjukan kepada kami kebolehan anda dengan standard yang lebih tinggi,” kongsinya lagi.


Baca Artikel Lain;
Ramli MS Jangka Kualiti Nyanyian Lebih Baik Selepas 20 Tahun
Jelas Ramli, tempoh hampir dua dekad sejak menyertai program realiti itu sepatutnya menjadi ruang untuk para peserta mematangkan kualiti nyanyian, sekali gus tampil dengan persembahan yang lebih meyakinkan.
Anda mungkin berminat dengan
“Saya tak nak dengar apa-apa alasan. Pada saya ketika ini, suara mereka sudah matang.
“Jadi, ekspektasi saya agak tinggi. Mereka sudah pun belajar tentang teori dan praktikal satu ketika dahulu.
“Dalam tempoh 20 tahun, saya jangkakan kualiti mereka akan bertambah baik. Datang ke GV13, beraksilah sebaiknya,” akhirinya.
Selain Ramli, GV13 turut menampilkan guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat dan legenda Indonesia, Hetty Koes Endang sebagai juri tetap.
GVF bakal bersiaran bermula 8 November ini menerusi saluran Astro Ria, Astro Go dan sooka.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!


