
Tahniah diucapkan kepada penyanyi dan pelakon, Bella Astillah yabg telah sah bergelar isteri kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selepas pasangan itu selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz pada pukul 10.40 pagi tadi.
Majlis akad nikah tersebut disempurnakan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YABhg. Dato’ Seri Dr. Hj Zulkifli Mohamad Al-Bakri selaku jurunikah.
Bella yang juga ibu kepada dua cahaya mata itu, menerima Syed Saddiq sebagai suami dengan berwalikan bapanya, Awang Astillah Abdullah @ Dullah, manakala Ustaz Syed Abdullah Syed Nordin dan Ustaz Mohd Nizam Md Nor bertindak sebagai saksi.
Pada majlis berkenaan, Syed Saddiq menyerahkan mas kahwin bernilai RM500, selain tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki yang dibalas dengan sembilan dulang daripada pihak wanita.
Pasangan mempelai turut tampil sedondon dalam busana rekaan pereka fesyen terkenal, Zaimi Zulkafli, bagi menyerikan lagi hari bersejarah pasangan raja sehari.
Lebih istimewa, Bella dan Syed Saddiq mencipta sejarah apabila menjadi pasangan pertama yang disatukan sebagai suami isteri di bangunan ikonik, Merdeka 118 Precinct.
Majlis yang bertemakan Islamic Arabic itu dihadiri seramai 255 jemputan, termasuk ahli keluarga terdekat serta kenalan rapat kedua-dua belah pihak.
Antara tetamu kehormat yang turut hadir meraikan pengantin ialah YABhg. Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Binti Dr. Wan Ismail, YBhg. Tan Sri Muhyiddin Yassin dan YBhg. Puan Sri Norainee Abdul Rahman, YBhg. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan YBhg. Datin Seri Muhaini Zainal Abidin, serta YABhg. Tun Musa Hitam dan YABhg. Toh Puan Zulaikha Sheardin.
Terdahulu, Bella dan Syed Saddiq mengikat tali pertunangan pada 28 Mac 2026 sebelum akhirnya disatukan sebagai pasangan suami isteri.

Baca Artikel Lain;
“Hari Yang Sangat Bahagia Untuk Saya.”
Berkongsi perasaannya selepas sah bergelar isteri, Bella tidak dapat menyembunyikan rasa syukur atas kebahagiaan yang dikecapinya pada hari istimewa itu.
Menurut Bella, hari ini menjadi antara detik paling membahagiakan dalam kehidupannya, selain berharap kebahagiaan berkenaan akan terus berkekalan.
“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur. Hari ini adalah hari yang sangat bahagia untuk saya, semoga bukan hari ini sahaja,” katanya.
Dalam masa sama, Bella dan Syed Saddiq turut merakamkan penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa menitipkan doa buat hubungan mereka.
Anda mungkin berminat dengan
“Ribuan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang kenal atau tidak, tetapi selalu mendoakan hubungan kami. Alhamdulillah,” katanyq lagi.
Pasangan pada masa dama turut berharap agar segala doa yang baik-baik dikembalikan kepada mereka yang tidak putus-putus mendoakan kebahagiaan rumah tangga yang baru dibina.
“Kami telah menjadi suami isteri. Semoga doa yang baik-baik berbalik kepada anda, insya-Allah,” akhirinya.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
View this post on Instagram
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

