Ads

Bkay Nair Galak Anak Muda Teroka Peluang, Selebriti Juga Ada Peranan Tersendiri – “Fesyen Perlu Dilihat Sebagai A Money-Making Business.”

Industri fesyen tidak seharusnya dilihat hanya dari sudut kreativiti semata-mata, sebaliknya ia mempunyai potensi besar sebagai sebuah ekosistem yang mampu menjana pendapatan dan membuka peluang perniagaan.

Menurut model dan pelakon, Bkay Nair, industri tersebut merangkumi pelbagai bidang termasuk tekstil, kraftangan, produksi, peragaan, fotografi, videografi, penggayaan, solekan, penjenamaan, pemasaran, peruncitan, e-dagang, media dan pengurusan acara.

Justeru menerusi REKA RONA 2026, Persatuan Pembangunan Perniagaan Fesyen Malaysia (PEFEM) mahu membuka ruang lebih luas kepada pemain industri termasuk generasi muda.

“Kita mahu peluang itu bergerak merentasi keseluruhan ekosistem. Fesyen juga perlu dilihat sebagai a money-making business.

“Kreativiti memang penting, tetapi kita juga perlu melihat bagaimana kreativiti itu boleh menghasilkan nilai ekonomi, pendapatan dan banyak peluang bisnes,” katanya.

Bkay Nair Galak Anak Muda Teroka Peluang, Selebriti Juga Ada Peranan Tersendiri - “Fesyen Perlu Dilihat Sebagai A Money-Making Business.” Bkay Nair Galak Anak Muda Teroka Peluang, Selebriti Juga Ada Peranan Tersendiri - “Fesyen Perlu Dilihat Sebagai A Money-Making Business.” Bkay Nair Galak Anak Muda Teroka Peluang, Selebriti Juga Ada Peranan Tersendiri - “Fesyen Perlu Dilihat Sebagai A Money-Making Business.”

Peluang Ekonomi Anak Muda

Bkay turut optimis bahawa REKA RONA menyediakan ruang kepada institusi pendidikan, pereka, pelajar, model, artisan, pasukan produksi, media serta pemain industri untuk mendapatkan pendedahan dan pengalaman dunia sebenar.

Menurutnya, PEFEM tidak mahu meletakkan sasaran angka tertentu berkaitan peluang pekerjaan kerana matlamat utama REKA RONA adalah untuk mewujudkan laluan dan peluang baharu dalam industri.

“Saya mahu generasi muda bukan sahaja bertanya, ‘What job can I get in the fashion industry?’ tetapi juga ‘What opportunity can I create in the fashion industry?’” katanya lagi.

Sebagai pelakon dan model yang turut berada dalam ekosistem fesyen, BK Nair melihat golongan artis juga mempunyai tanggungjawab untuk membantu membuka ruang dan peluang ekonomi kepada pemain industri lain.

Ads

Peranan Selebriti Dalam Industri Fesyen

Tambah Bkay lagi, peranan artis bukan sekadar menjadi wajah kepada sesuatu produk atau koleksi, sebaliknya mereka juga boleh membantu meningkatkan keterlihatan (visibility), membina permintaan (demand) serta memperkenalkan bakat dan karya tempatan kepada khalayak yang lebih luas.

“Saya percaya sebagai seorang artis dan model, kita juga ada tanggungjawab. Kita berada dalam satu ekosistem yang saling berkait dan kalau kita mempunyai platform, kita perlu gunakan platform itu untuk membuka peluang kepada orang lain.

“Bukan hanya untuk diri kita, tetapi bagaimana kita boleh membantu designer, grafik, model, stylist, photographer dan pemain industri lain mendapat peluang.

“Bagi saya, itu juga sebahagian daripada tanggungjawab selebriti dalam membantu membangunkan ekonomi kreatif,” katanya.

REKA RONA 2026 belum lagi dibangunkan sebagai platform pasaran komersial.

Sebaliknya, acara itu memberikan penekanan kepada pembangunan perniagaan menerusi pendedahan, pengalaman industri, pengiktirafan dan keterlihatan, khususnya kepada pereka baharu serta bakat muda.

Bkay Nair Galak Anak Muda Teroka Peluang, Selebriti Juga Ada Peranan Tersendiri - “Fesyen Perlu Dilihat Sebagai A Money-Making Business.” Bkay Nair Galak Anak Muda Teroka Peluang, Selebriti Juga Ada Peranan Tersendiri - “Fesyen Perlu Dilihat Sebagai A Money-Making Business.” Bkay Nair Galak Anak Muda Teroka Peluang, Selebriti Juga Ada Peranan Tersendiri - “Fesyen Perlu Dilihat Sebagai A Money-Making Business.”

Ads

Baca Artikel Lain; 

https://www.mediahiburan.my/pelakon-ratu-cantik-bkay-nair-mahu-bawa-sari-batik-ke-unesco-bakal-hasilkan-filem-dokumentari-banyak-kisah-menarik-mengenai/

Idea Kreatif Boleh Jadi Bisnes

Bintang filem Ratu ini juga pada masa sama mahu melihat ia berkembang kepada akses pasaran, peruncitan, e-dagang, kerjasama dan peluang komersial pada masa akan datang.

“Bakat boleh dibangunkan menjadi jenama, kreativiti mampu mencipta nilai, manakala idea boleh dikembangkan menjadi sebuah perniagaan,” katanya.

Menyentuh kesinambungan selepas acara, Bkay berkata lima karya terpilih akan dipamerkan di Muzium Tekstil Negara sehingga akhir tahun, sekali gus memberikan satu lagi ruang pendedahan kepada peserta.

Katanya, PEFEM juga mahu terus berperanan sebagai penghubung antara bakat, institusi pendidikan dan pemain industri menerusi peluang jaringan, kerjasama serta pendedahan kepada industri.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Pejuang Fesyen Warisan Malaysia

Dalam masa sama, Bkay melihat acara anjurannya itu bertepatan dengan usahanya untuk terus memperjuangkan fesyen Malaysia dan warisan tekstil tempatan.

“Saya sentiasa memperjuangkan fesyen Malaysia dan warisan tempatan kerana saya adalah rakyat Malaysia. Apa sahaja berkaitan Malaysia akan sentiasa menjadi keutamaan saya,” katanya.

Menurutnya, warisan tekstil Malaysia bukan hanya terhad kepada batik dan songket, malah merangkumi pelbagai tradisi seperti Limar, Songket, Pua Kumbu, Tenun Pahang, Keringkam, Linangkit dan Telepuk.

Malah, kerjasama dengan Muzium Tekstil Negara juga penting bagi memberikan peluang kepada generasi muda dan pereka baharu untuk memahami kekayaan warisan tekstil tempatan, selain meneroka cara menggabungkan warisan dengan reka bentuk serta inovasi..

Untuk info, REKA RONA 2026 berlangsung pada 2 Oktober lalu di Kraftangan Malaysia, Kuala Lumpur, dengan penglibatan pelbagai pihak termasuk institusi pengajian tinggi.

Pada acara tersebut, Anugerah Bakat Muda dimenangi oleh GiatMara HQ, manakala Anugerah Kreativiti Dan Inovasi disandang oleh Universiti Teknologi MARA.

Sementara itu, Anugerah Warisan Terbaik dinobatkan kepada Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad, Anugerah Rekaan Kontemporari Terbaik menjadi milik Kolej Vokasional ERT Setapak, manakala Anugerah Rekaan Keseluruhan Terbaik dimenangi oleh GiatMara MARA HQ.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial)

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

DOLLA Tembusi Pasaran Eropah! Paris, Berlin & Amsterdam Jadi Destinasi Jelajah...

Girl-group, DOLLA bakal membawa muzik mereka ke pentas Eropah menerusi kerjasama dengan penyanyi rap Def Jam Thailand, Tobii, menerusi DOLLA × Tobii Europe Showcase...