Ads

“Kami Tak Fake…,” – Dini Schatzmann & Janna Nick Tak Kejar Kesempurnaan, Tiada Tekanan Jadi Pasangan Contoh

Pelakon, Dini Schatzmann akui teruja apabila kandungan media sosial yang dihasilkan bersama isteri yang juga selebriti terkenal, Janna Nick mendapat sambutan positif daripada peminat.

Malah, pasangan itu turut meraih pengiktirafan apabila dinobatkan sebagai pemenang trofi Selebriti Couple Goals Terhangat pada Anugerah Melodi Terhangat 2026 (AMT2026), baru-baru ini.

“Kami Tak Fake…,” - Dini Schatzmann & Janna Nick Tak Kejar Kesempurnaan, Tiada Tekanan Jadi Pasangan Contoh

Menurut Dini, dia menghargai sokongan semua pihak yang mengundi mereka, malah berasa gembira sekiranya kandungan yang dikongsikan dapat menceriakan hari-hari penonton.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengundi kami. Namun, bagi kami, walaupun anda tidak mengundi tetapi tetap menonton konten-konten yang kami kongsikan dan ia mampu membawa kebahagiaan kepada anda, itu sudah cukup bermakna buat kami.

“Saya dan Janna buat konten itu hanya suka-suka dan tiada perancangan khusus. Apa yang jadi, jadilah. Kalau anda menyukainya, ia sudah buat kami bahagia,” katanya kepada MH.

Ads

Dini dan Janna berkata sedemikian ketika ditemui di acara sidang media AMT2026, baru-baru ini.

Konten Tampilkan Sisi Kehidupan

Dalam masa sama, Dini menjelaskan dia dan Janna tidak terlalu mementingkan kesempurnaan dalam setiap video yang dikongsikan, sebaliknya lebih selesa menampilkan sisi kehidupan mereka secara spontan dan bersahaja.

“Kami Tak Fake…,” - Dini Schatzmann & Janna Nick Tak Kejar Kesempurnaan, Tiada Tekanan Jadi Pasangan Contoh

“Konten-konten kami tidak pernah sempurna. Ia bukan berkonsepkan pasangan inspirasi. Kami hanya berkongsi kebahagiaan. Itulah tujuan asal kami,” ujarnya lagi.

Ads

Sementara itu, Janna pula mendedahkan dia dan suami tidak pernah tertekan dengan ekspektasi peminat yang mahu melihat mereka menjadi pasangan contoh di media sosial.

“Kami Tak Fake…,” - Dini Schatzmann & Janna Nick Tak Kejar Kesempurnaan, Tiada Tekanan Jadi Pasangan Contoh

“Konten-konten kami sangat ‘raw’ dan ‘genuine’. Kami tidak memaparkan hanya yang indah-indah sahaja. Kita juga tunjuk kehidupan yang sangat marhain dan ringkas.

Ads

“Jadi, kami tak pernah tertekan kerana kami menjadi diri sendiri dan tak fake. Tekanan itu tiada,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

Malah, bekas pengacara Melodi ini turut marakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak, khususnya peminat yang masih setia memberikan sokongan dan mengundi mereka meskipun kini menetap jauh di United Kingdom (UK).

“Kami Tak Fake…,” - Dini Schatzmann & Janna Nick Tak Kejar Kesempurnaan, Tiada Tekanan Jadi Pasangan Contoh
“Walaupun kami jauh tapi media sosial yang merapatkan kita. Kami memang tak putus untuk membuat konten. Saya dan Dini pun nak orang ingat kita.

“Bila menang anugerah AMT2026, kami sangat tak sangka. Itu bermakna konten-konten kami ini sampai ke penonton Malaysia dan bukan hanya di United Kingdom sahaja,” katanya lagi.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Paris Oldies Cafe, Port Lepak Santai Buat Peminat Suasana Old-School

Kalau anda jenis yang suka mencari tempat makan dengan suasana yang unik, ada identiti tersendiri dan tidak terlalu moden, Paris Oldies Cafe di Ulu Tiram, Johor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Kafe ini bukan sekadar tempat untuk menikmati makanan dan minuman, tetapi turut menawarkan pengalaman santai dengan konsep nostalgia yang membawa pengunjung seolah-olah kembali ke zaman dahulu.