
Usahawan dan pempengaruh, Anas Zahrin terus ampuh dalam mengukuhkan jenama yang diusahakannya, ANAS Cosmetics sejak hampir sedekad lalu.
Malah, jenama yang diusahakan anak jati Kota Tinggi, Johor sejak tahun 2017 itu saban tahun mengecap kejayaan manis dan pencapaian membanggakan, termasuk di platform dalam talian e-dagang seperti TikTok dan Shopee.
Tahun ini, jenama berkenaan turut mencatatkan jualan hampir 12 juta unit di TikTok Shop, sekali gus berada di tangga nombor satu di Malaysia menewaskan jenama tempatan lainnya.
Ia dinyatakan dalam laporan platform dalam talian, Echotik Blog bertarikh 8 Julai lalu yang berkongsi data, berita, tips, strategi untuk platform TikTok dan penjanaan kewangan (monetization).
Menurut laporan itu, rata-rata produk kosmetik dan kecantikan masih menjadi pilihan ramai di platform TikTok seluruh dunia, termasuklah jenama Medicube dan Unilever di pasaran negara lain.
“Setiap hari saya tak pernah putus doa mengharapkan perjalanan perniagaan kosmetik dan penjagaan peribadi saya terus memberi manfaat ramai.
Ternyata, di sebalik keadaan ekonomi tidak menentu dan persaingan jualan banyak produk di TikTok, barangan kosmetik keluaran saya masih menjadi pilihan ramai.
“Menjadi yang pertama di TikTok Shop itu juga buka tiket untuk saya mendabik dada.
“Sebaliknya pencapaian itu menjadi kayu pengukur bahawa memang ada produk keluaran tempatan atau bumiputera yang boleh diterima ramai.
“Kita boleh bangga dengan produk keluaran anak tempatan. Jika jenama terkenal luar negara boleh, Kita juga boleh ikut jejak sama atau lebih Baik daripada mereka,” katanya.
Anas yang berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi menunaikan umrah hari ini turut memanjatkan rasa syukur kerana saban tahun, jenamanya diiktiraf di TikTok.
“Usaha Tak pernah mengkhianati hasil. Ungkapan keramat itu takkan lekang dalam diri. Setiap hari menjadi penanda baharu dan motivasi untuk terus maju ke hadapan.
“Baru-baru ini, saya juga cukup teruja kerana mencapai jualan satu juta dalam tempoh sekali penstriman langsung diadakan di TikTok.
“Dulu pada awalnya tiada siapa yang percaya, malah ada yang sinis ketawa memandang rendah saat saya jadikan platform TikTok untuk berniaga.
“Bahkan akhirnya, saya berjaya buktikan yang platform ini juga boleh menjadi satu medan magnet rezeki untuk saya kongsi dengan semua pihak,” katanya lagi.

Baca Artikel Lain;
Rezeki, Doa Ibu Jadi Pegangan
Dalam pada itu, Pemenang Anugerah Tiktok Malaysia 2023 bagi kategori Tiktok Shop Creator of The Year itu juga percaya rezeki yang datang berkat doa ibu tersayang, Hajjah Hamida Dan.
“Selain doa mak dan keluarga, sahabat tersayang serta staf juga menjadi individu yang tak henti dan tanpa jemu menyokong perniagaan dilakukan ini. Terima kasih tak terhingga dari dalam hati ini.
Anda mungkin berminat dengan
“Doakan saya terus melakar sejarah dan terbang lebih tinggi. Doakan saya di kelilingi orang yang baik baik supaya boleh kongsi rezeki dengan lebih ramai insan.
“Semoga Allah SWT terus kurniakan rezeki yang melimpah ruah. Rezeki yang tak putus putus. Bukan saya yang hebat tapi doa mustajab mak yang tak pernah penat dipanjangkan,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Anas turut memberitahu yang dia juga dilantik TikTok sebagai mentor bagi pencipta kandungan lain di TikTok Shop Creator Icon musim kedua.
“khairul Aming pun bertindak sebagai mentor dalam gerakan diusahakan TikTok itu.
“Malah ahli perniagaan hebat juga diundang termasuk Datuk Seri Aliff Syukri sebagai tetamu untuk berkongsi pengalaman mereka,” katanya lagi.
Kejayaan yang diraih membuktikan bahawa sudah tiba masanya rakyat Malaysia terus menyokong produk tempatan.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

