Ads

“Andai Kata Saya Boleh Belah Badan Jadi Dua, Saya Mahu Berada Di Kedua-Dua Majlis,” – Janna Nick Tumpang Bahagia Untuk ‘BASS’

Pelakon dan pengacara, Janna Nick mengakui dirinya turut tumpang gembira dengan kebahagiaan yang dikecapi rakan artis, Bella Astillah, yang selamat melangsungkan perkahwinan bersama ahli politik, YB Syed Saddiq pada 10 Oktober lalu.

Menurut Janna, momen bahagia itu turut mengimbau kembali kenangan ketika Bella menghadiri majlis ulang tahun perkahwinannya bersama suami, Dini Schatzmann, sebelum ini.

“Andai Kata Saya Boleh Belah Badan Jadi Dua, Saya Mahu Berada Di Kedua-Dua Majlis,” - Janna Nick Tumpang Bahagia Untuk ‘BASS’

Ketika itu, Bella pernah meluahkan hasrat untuk turut mengecapi kebahagiaan dalam kehidupan berumah tangga seperti Janna dan Dini.

Video berkenaan kembali tular di media sosial dan mengundang kegembiraan ramai apabila impian Bella itu kini sudah menjadi kenyataan.

Janna Ikut Sebak Kenang Momen Bella Menangis

“Andai Kata Saya Boleh Belah Badan Jadi Dua, Saya Mahu Berada Di Kedua-Dua Majlis,” - Janna Nick Tumpang Bahagia Untuk ‘BASS’

“Saya gembira dengan apa yang Bella kecapi saat ini. Saya tahu tentang momen dia menangis ketika malam ulang tahun perkahwinan saya apabila dia memaklumkan perkara itu sewaktu kami bertemu di acara perlumbaan F1 baru-baru ini.

Ads

“Bila Bella bagitahu yang dia menangis, saya juga ikut sebak dan termenitis air mata. Kita nak orang datang ke majlis kita untuk meraikan dengan kegembiraan.

“Namun, Bella datang ke majlis saya dengan kesedihan. Kita pun ikut sedih tetapi dalam kesedihan itu, alhamdulillah Allah gantikannya dengan sesuatu yang lebih baik,” katanya kepada MH.

Janna berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Anugerah Melodi Terhangat 2026 (AMT2026), baru-baru ini.

Dalam pada itu, Janna memaklumkan bahawa dia dan suami berasa agak ralat kerana tidak dapat memenuhi jemputan ke majlis resepsi Bella yang berlangsung malam tadi berikutan komitmen kerja di AMT2026 yang telah disusun lebih awal.

Ads

“Andai Kata Saya Boleh Belah Badan Jadi Dua, Saya Mahu Berada Di Kedua-Dua Majlis,” - Janna Nick Tumpang Bahagia Untuk ‘BASS’

Ralat Tak Dapat Hadir Resepsi Bella, Doa Bahagia Hingga Syurga

“Sebagai seorang kawan, saya sangat gembira buat Bella. Malam ini (Ahad), kami sepatutnya diundang ke majlis Bella juga namun saya agak ralat kerana tidak dapat hadir.

“Andai kata saya boleh belah badan menjadi dua, saya mahu berada di kedua-dua majlis. Kami sudah pun membuat persetujuan untuk berada di sini sebagai penyampai anugerah terlebih dahulu.

“Jika saya hanya sekadar calon sahaja, mungkin saya sudah berada di majlis Bella. Namun, bila kita sudah berjanji, saya terpaksa berasa di sini.

Ads

“Apapun, saya tetap gembira untuk berada di sini kerana saya dapat bertemu dengan rakan-rakan industri yang sudah lama tidak berjumpa,” ujarnya lagi.

Anda mungkin berminat dengan

Dalam masa sama, bekas pengacara Melodi ini turut memanjatkan doa agar rumah tangga yang dibina oleh Bella dan Syed Saddiq kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

“Andai Kata Saya Boleh Belah Badan Jadi Dua, Saya Mahu Berada Di Kedua-Dua Majlis,” - Janna Nick Tumpang Bahagia Untuk ‘BASS’

“Kita doakan semoga perkahwinan YB Syed Saddiq dan Bella akan kekal bahagia hingga ke syurga,” akhirinya.

Terdahulu, tular semula video lama di media sosial yang memaparkan Bella gagal menahan air mata sambil menyebut ungkapan ‘I want one’ (saya mahu satu) ketika menghadiri majlis kesyukuran Janna dan Dini, dua tahun lalu.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Fazley Cedera Waktu Main Badminton, Vida Sanggup Pulang Awal Dari China...

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob meluahkan rasa terharu dengan sikap prihatin usahawan sensasi, Datuk Seri Vida yang sanggup pulang lebih awal dari China selepas mengetahui dirinya mengalami kecederaan ketika menjalani latihan badminton, baru-baru ini.