Ads

“Rozi Dan Siti, Terima Kasih Kerana Masih Mengingati Kak Ani,” – Noraniza Idris

Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris meluahkan rasa syukur dan terharu selepas berkongsi pentas bersama Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi Konsert Tradisional Gema Bumantara di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada Sabtu.

Menerusi perkongsian di Threads, Noraniza atau mesra disapa Kak Ani menyifatkan jemputan itu cukup bermakna, apatah lagi selepas sekian lama tidak membuat persembahan bersama penyanyi nombor satu negara itu.

Menurutnya, segala penat lelah menjalani latihan demi latihan sebelum konsert berlangsung terasa berbaloi apabila berjaya menyempurnakan amanah yang diberikan.

“Pentas sudah sunyi, tetapi kenangan malam tadi masih belum reda dalam hati Kak Ani.

“Terima kasih kepada semua yang hadir dan menyambut Hati Kama serta Dondang Dendang dengan penuh kasih.

“Selepas beberapa hari melalui latihan demi latihan, Alhamdulillah, Allah pinjamkan kekuatan untuk Kak Ani menyempurnakan amanah ini.

“Saat berdiri di hadapan anda semua, segala penat terasa begitu berbaloi,” kongsinya.

Dalam masa sama, Noraniza turut merakamkan penghargaan kepada Siti dan pengurus, Rozi Abdul Razak kerana masih mengingati dirinya serta memberikan kesempatan untuk kembali menyerikan pentas menerusi persembahan muzik tradisional.

Ads

“Rozi dan Siti, terima kasih kerana masih mengingati Kak Ani. Jemputan ini sangat besar maknanya,” katanya.

Penyanyi yang popular menerusi lagu Dikir Puteri dan Ting Ting itu juga turut menghargai setiap sokongan yang diberikan peminat.

“Rozi Dan Siti, Terima Kasih Kerana Masih Mengingati Kak Ani,” - Noraniza Idris

Sementara itu, kemunculan semula Noraniza dan Siti menerusi lagu Hati Kama menjadi momen istimewa buat peminat muzik tradisional, apatah lagi apabila kedua-duanya kembali berduet selepas lebih dua dekad tidak menyanyikan lagu itu bersama di pentas.

Ads

Persembahan berkenaan bukan sahaja mengimbau nostalgia, malah memperlihatkan keistimewaan muzik tradisional yang terus mendapat tempat di hati peminat merentasi generasi.

Baca Artikel Lain;

https://www.mediahiburan.my/siti-nurhaliza-noraniza-idris-kembali-sepentas-sempat-imbau-memori-atas-pentas-rebana-gergasi-sukom98-siti-jangan-berhenti-teruskan-legasi-irama-malaysia-kita/

Konsert Irama Malaysia Terbesar, Siti Dendangkan Lebih 30 Lagu

Konsert Tradisional Gema Bumantara yang menghimpunkan lebih 60,000 penonton itu berlangsung meriah dengan kehadiran peminat daripada pelbagai latar belakang yang segak dan anggun mengenakan busana tradisional, bersesuaian dengan tema persembahan.

Ads

Memulakan persembahan sekitar jam 8.35 malam, Siti membuka tirai konsert dengan aksi silat penuh bertenaga sebelum mendendangkan lagu Mahligai Permata.

Anda mungkin berminat dengan

Berlangsung selama kira-kira tiga jam 30 minit, konsert tersebut menampilkan keindahan irama tradisional menerusi gabungan elemen muzik klasik dan moden dengan iringan Leman Band serta Orkestra Istana Budaya.

Antara lagu malar segar yang dipersembahkan ialah Joget Kasih Tak Sudah, Musalmah Manis, Hati Yang Rindu, Badarsila, Nirmala, Di Taman Teman dan banyak lagi.

Persembahan turut diserikan dengan kemunculan pelakon, Izara Aishah ketika Siti menyampaikan lagu Walinong Sari.

Malah, kemunculan Zariff Ghazzi yang mengayuh beca ketika Siti mendendangkan lagu Kurik Kundi selepas menyampaikan Masri Manis turut menjadi sorotan.

Sepanjang konsert, Siti mempersembahkan lebih 30 lagu selain menampilkan empat artis jemputan yang memeriahkan pentas, termasuk Noraniza, Haziq Rosebi serta dua artis Indonesia, King Nassar dan Lesti

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial)

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

DJ Kidd Ulas Hubungan Dengan Emma Maembong – “Saya Akan Menjaga...

Teman kepada pelakon Emma Maembong, DJ Kidd menyifatkan kehadiran aktres itu sebagai antara punca rezeki dalam kehidupannya.