
Penyanyi dan vokalis kumpulan New Boyz, Tomok memohon bantuan orang ramai untuk menjejaki bekas pemain bass kumpulan berkenaan, Syuk yang dikatakan sudah lama terputus hubungan dengannya.
Menurut Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, dia sebenarnya sudah hampir berbelas tahun cuba menjejaki dan berkomunikasi dengan Syuk, namun usaha tersebut masih belum berhasil.

“Berbelas tahun rasanya saya tak dapat bercakap dengan beliau. Kalau ada keluarga atau kawan-kawan yang ada contact dengan beliau, boleh DM saya.
“Saya mencari Syuk New Boyz,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan penyanyi lagu Sejarah Mungkin Berulang itu menerusi satu hantaran di Instagram Story pada Selasa.

Susulan itu, Tomok berharap mana-mana individu yang masih mempunyai maklumat untuk menghubungi Syuk atau mengetahui keberadaannya dapat menghubunginya bagi membantu usaha menjejaki bekas anggota New Boyz tersebut.

Syuk Tidak Kelihatan Dalam Dua Konsert Reunion
Terdahulu, kumpulan New Boyz baru sahaja mengumumkan mereka bakal mengadakan Konsert New Boyz ‘Meraung’ Live In Singapore pada 5 Disember depan.
Sebelum ini, New Boyz sudah dua kali mengadakan konsert reunion, namun kelibat Syuk tidak kelihatan pada kedua-dua acara berkenaan.

Anda mungkin berminat dengan
Malah, sebelum ini, Syuk pernah mengeluarkan kenyataan bahawa pengundurannya daripada kumpulan tersebut disebabkan jodoh yang tidak panjang, selain menyifatkan dunia glamor penuh dengan pancaroba dan cabaran.
Sekadar informasi, Syuk atau nama sebenarnya Mohd Syukri Shanusi merupakan antara anggota asal New Boyz ketika kumpulan itu mula mencipta fenomena sekitar penghujung 1990-an.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Tomok & Carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

