Ads

Bukan Gimik! Penerbit Jaja Ishak Dedah Sebab Kehilangan Noorkhiriah, Didakwa Pernah Merajuk – “Saya Ada Hubungi Dato’ Fizz Fairuz Dan…”

Penerbit dari rumah produksi Jaja Ishak Channel, Jaja Ishak, menepis dakwaan kononnya kehilangan Noorkhiriah daripada dunia seni serta tindakan pelakon itu yang menyahaktifkan akaun media sosial sebagai sebahagian daripada strategi promosi untuk menarik perhatian terhadap drama terbitannya, Boss Kid.

Menurut Jaja atau nama sebenarnya Surja Khairul Ishak, 44, situasi yang melibatkan Noorkhiriah itu berlaku secara kebetulan ketika drama berkenaan sedang ditayangkan di kaca televisyen.

Malah jelasnya, pihak produksi tidak pernah merancang atau menggunakan kehilangan pelakon berkenaan sebagai publisiti bagi meningkatkan sambutan terhadap drama 20 episod itu.

“Sebenarnya, Kak Nor (Norkhiriah) sudah hilang beberapa bulan, kali terakhir berjumpa ketika kami menjemputnya menjadi pengacara bagi program Perantau Anak Pahang di PWTC, Kuala Lumpur.

“Kemudian, dia tiba-tiba ‘hilang’. Cuma saya difahamkan, dia sedikit merajuk dengan industri kerana sudah lama tidak mendapat tawaran.

“Lalu secara kebetulan pula drama ini pula baru saja ditayangkan dan cerita mengenai kehilangannya juga sudah tersebar di merata-rata tempat.

“Perkara itu sedikit sebanyak memberi nilai tambah untuk menaikkan semula nama Noorkhiriah dan drama kami tapi ini bukan gimik. Semua berlaku secara kebetulan dan tidak ada kena-mengena dengan syarikat produksi,” katanya.

Bukan Gimik! Penerbit Jaja Ishak Dedah Sebab Kehilangan Noorkhiriah, Didakwa Pernah Merajuk - “Saya Ada Hubungi Dato’ Fizz Fairuz Dan…”

Bukan Gimik! Penerbit Jaja Ishak Dedah Sebab Kehilangan Noorkhiriah, Didakwa Pernah Merajuk - “Saya Ada Hubungi Dato’ Fizz Fairuz Dan…”

Ads

Bukan Gimik! Penerbit Jaja Ishak Dedah Sebab Kehilangan Noorkhiriah, Didakwa Pernah Merajuk - “Saya Ada Hubungi Dato’ Fizz Fairuz Dan…”

Baca Artikel Lain; 

https://www.mediahiburan.my/jaja-ishak-berani-taruh-shahz-jaszle-farah-nabilah-kurangkan-trend-ceo-kehidupan-mewah-pilih-kisah-dekat-dengan-jiwa-masyarakat/

Hulurkan Peluang Kepada Noorkhiriah

Mengulas hubungannya dengan Noorkhiriah sepanjang pelakon itu menyepi, Jaja berkata dia sebenarnya pernah berusaha menawarkan beberapa peluang kepada rakannya itu, khususnya membabitkan program di Pahang.

“Di Pahang, banyak program melibatkan selebriti dan artis dianjurkan. Jadi, saya ada cuba menawarkannya menyertai beberapa program yang bersesuaian.

Ads

‘Malah saya ada hubungi Datuk Fizz Fairuz dan dia cakap Kak Nor memang menghilang buat sementara waktu. Namun, kebetulan seminggu sebelum drama Boss Kid ditayangkan, Kak Nor menghubungi saya melalui WhatsApp.

“Dia berjanji tidak akan menghilang lagi kerana sudah sedar dirinya masih relevan dan diperlukan dalam industri seni.

“Jadi saya rasa inilah masa yang tepat untuknya kembali dalam industri seni kerana kami sangat memerlukan pelakon yang berkualiti sepertinya.

“Dia tidak bermasalah, tinggi disiplin, berkualiti, berbakat besar dan kami semua sayangkan Kak Nor,” katanya.

Bukan Gimik! Penerbit Jaja Ishak Dedah Sebab Kehilangan Noorkhiriah, Didakwa Pernah Merajuk - “Saya Ada Hubungi Dato’ Fizz Fairuz Dan…” Bukan Gimik! Penerbit Jaja Ishak Dedah Sebab Kehilangan Noorkhiriah, Didakwa Pernah Merajuk - “Saya Ada Hubungi Dato’ Fizz Fairuz Dan…” Bukan Gimik! Penerbit Jaja Ishak Dedah Sebab Kehilangan Noorkhiriah, Didakwa Pernah Merajuk - “Saya Ada Hubungi Dato’ Fizz Fairuz Dan…”

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Harap Lebih Banyak Tawaran Selepas Boss Kid

Dalam pada itu, Jaja berharap kejayaan Boss Kid mampu membuka lebih banyak peluang kepada Noorkhiriah untuk menerima tawaran daripada penerbit dan pengarah lain.

“Saya berharap rentetan daripada tayangan drama kita yang semakin mendapat tempat di hati peminat drama Melayu, penerbit-penerbit di luar sana tidak melupakan Noorkhiriah.

“Walaupun kita tahu ramai artis baharu muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan, kongsikanlah juga peluang kepada Kak Nor kerana anda tidak akan menyesal dengan kualiti lakonan dan disiplin yang diberikan kepada rumah produksi,” katanya.

Boss Kid mula bersiaran menerusi slot Lestary TV3 pada 21 Ogos lalu.

Drama berkenaan mengisahkan seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun yang berusaha mengubah kehidupan keluarganya menerusi kreativiti, keberanian dan kebijaksanaan memanfaatkan media sosial.

Selain Noorkhiriah, drama arahan Shuhaimi Zulkefli itu turut dibintangi Syed Irfan, Datuk Fizz Fairuz, Ummar Dzariff dan Qistina Raisah.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Nak Puaskan Hati Semua Orang, Memang Tak Bergeraklah,” – Noh Salleh...

Penyanyi dan komposer, Noh Salleh tidak mahu mengambil peduli kritikan segelintir pihak yang menyifatkan muzik video (MV) lagu Sang Penikam 2026, duet bersama Aina Abdul, yang didakwa memaparkan visual ‘seram’ dan tidak sesuai untuk tontonan umum.